Tuesday, April 23, 2013

Que Sera Sera

When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me

Que Sera, Sera
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said

Que Sera, Sera
Whatever will be, will be
the future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be

Now I have children of my own
They asked their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly

Que Sera, Sera
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be

lagu yang dipersembahkan secara koir oleh pelajar IKUPS semasa Majlis Anugerah Cemerlang 2013 IKUPS pada 20 April 2013... diiringi dgn alunan piano oleh Miss Wong... sgt mengasyikan...

Sunday, April 21, 2013

bercuti ke Ho Chi Minh (hari 2)

setelah berehat dgn selesanya, hari ni bermula perjalanan utk hari kedua plak... seawal pagi, kami semua turun utk bersarapan...


lepas sarapan, bermulalah perjalanan hari ni.. pg ni kami menuju ke terowong bawah tanah tinggalan tentera Vietnam iaitu 'Chu Chi Tunnel'... tak sabar nak jalan2 nih...


sampai kat sana, kami semua di bawa ke satu tempat utk mendengar taklimat mengenai penggunaan terowong bawah tanah ni semasa waktu perang dulu... mmg agak terpegun dgn kedudukan dan kepanjangan terowong bawah tanah tuh walaupun hanya berdasarkan peta...



setelah khusyuk mendengar taklimat dan cerita, sekarang masa utk melihat keadaan sebenarnya pulak... sambil2 berjalan, 'tourist guide' kami asyik bercerita.... byk betul penerangan dia...


kemudian sampai ke satu tempat lapang, kami ditunjukkan lubang tersembunyi utk masuk ke dalam terowong...



apa...??? macam mana nak terjun masuk dlm lubang sekecil itu..??? aku tgk mamat mat saleh tu cuba masuk pun aku rasa macam tersangkut dah... aku takut dia tersekat je... fuh, mmg waktu perang org boleh buat apa saja...

jalan2 lagi, sambil mendengar penerangan... kemudian sampai satu hentian yg tunjuk semua jenis perangkap yg di gunakan... huh, agak ngeri tgk semua perangkap2 tuh... sbb semua perangkap mesti akan ada buluh runcing kat bahagian dasar...


mmg tertipu dgn rupa... sekali terpijak, mesti terjatuh dan mati sbb kat dlm tuh ada buluh runcing atau pun besi yg tajam...


dan mmg tak best lah, kalau dah pi melawat terowong bawah tanah, tp tak rasa pengalaman berada dlm terowong... ada terowong yg dibuka utk pelawat2... rasanya ada yg perjalanannya 5 meter, 10 meter dan 15 meter... kami cuba terowong yg paling pendeklah...


mmg seksa gila... mmg semangat kental lah org2 yg sanggup duduk dalam terowong nih... dah lah cukup2 ruang utk jalan je, sempit gila...

dah abes melawat sekitar kawasan terowong, kami disajikan dengan ubi kayu rebus dgn air teh panas... sedap jugak makan ubi rebus sekali sekala...


dari terowong bawah tanah, bergerak utk makan tengahari dulu... dah kenyang, baru kami bergerak pulak ke muzium perang...


setiap tingkat di muzium ni menceritakan detik2 perang di antara tentera US dgn Vietnam dulu... byk gambar dpt dilihat pada setiap tingkat menceritakan kisah semasa peperangan... aku rasa nak nangis bila tgk gambar2 tuh... betapa perang sgt2 menyeksakan semua rakyat...




dah abes melawat muzium tuh, kami di bawa ke tempat penghasilan seni lakuer... sgt cantik hasilnya... bila tgk macam mana buat, rupanya menggunakan kulit telur yg dipecahkan kecil2, jadi serpihan lalu di lekatkan dan dijadikan bentuk dan gambar... mmg agak rumit dan penuh kesabaran... mmg sgt logik harga setiap barangan lebih dari RM100...




dan destinasi terakhir lawatan hari ni, ialah bangunan pejabat pos... masa kami sampai hujan renyai2... walaupun hujan, aku tetap bergambar dgn gembiranya...


aku sempat mencari poskad utk di jadikan cenderahati buat student2 aku nanti... lepas berjalan sana sini, perut pun dah lapar...



sebelum makan, tiba2 ada pengumuman kepada 2 org yg kebetulan menyambut hari kelahiran pada bulan Mei... wah wah, best, ada kek...


menyambut hari lahir di negara org... macam best jer...


lepas makan, balik semula ke tempat penginapan... kami di beritahu ada pasar malam di kawasan market Benthanh... tp, mata aku dah sgt mengantuk, rasanya esok lah kami jalan2 membeli belah...

berehat utk hari ini... esok kita akan mulakan operasi membeli belah... 

Saturday, April 20, 2013

kau aku dan HKSBP Zon Utara....

gambar kenangan ketika tiba di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena utk Hari Kecemerlangan SBP Zon Utara 2013...



walaupun gambar ni tak dapat di masukkan dalam gambar pasukan yang mewakili zon utara ke kebangsaan, sekurang2 nya ini gambar kenangan mewakili IKUPS di peringkat Zon... 

TAHNIAH walaupun tak berjaya mara ke peringkat akhir... 

jgn bimbang dgn kekalahan, kerana tanpa kekalahan tidak akan ada kemenangan... kerana kekalahan sepatutnya mengajar kita menjadi lebih baik dalam hidup... begitu jugak kalau belajar... utk belajar perlu bermain... dan utk bermain tentu kena belajar... 

harapan aku kepada pasukan IKUPS dari dulu hingga sekarang, semoga sentiasa cemerlang akademik dan juga kokurikulum... 

CEMERLANG GEMILANG TERBILANG.... 

Tuesday, April 16, 2013

suka duka HKSBP 2013...

masa tiba ke HKSBP Zon Utara 2013 di SAINA, aku rasa hati pasukan perempuan dan lelaki mesti nak kekalkan kecemerlangan thn lepas... iaitu dinobatkan sebagai Johan Zon dan secara langsung akan mewakili Zon Utara ke peringkat kebangsaan...

setelah pelbagai masalah yg dihadapi, pasukan IKUPS menerima dgn hati terbuka dengan kedua dua pasukan kalah di peringkat separuh akhir... dan menutup peluang sekali lagi utk menjadi Johan Zon terutamanya kepada pasukan lelaki...

macam2 lah di hadapi sepanjang perlawanan nih... antaranya, masa perlawanan tertunda hanya kerana kehadiran pengadil yg lewat... pemain2 sudah bersedia di gelanggang... tanpa pengadil, perlawanan tak leh mula... perlawanan tak bermula, maksudnya, perlawanan seterusnya akan meleret...

pengadil kena lah sama2 paham dlm perkara nih... tak adil hanya satu pihak menunggu, cuaca bukan makin sejuk... matahari tuh melimpahkan sinaran.... sinaran matahari panas wooo (kot2 ada yg tak pernah rasa sinaran matahari, hehehehheee)...

kemudian terpaksa menerima kekalahan di peringkat separuh akhir... dan paling terasa bagi aku ialah undian semula yg dibuat akibat bantahan seorg yg tiada dlm taklimat sebelum pertandingan... ohhhh, malang sekali org itu, kerana aku pasti akan ingat sampai bila2...

apa pun semua sudah selesai... pada majlis penutup, sekurang2nya ada jugak nama IKUPS disebut walaupun hanya sebagai pemenang tempat ketiga bersama bagi kedua dua pasukan... aku nampak pengetua agak tersenyum bila diumumkan nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu naik ke pentas utk menerima sijil...



selesai semua upacara penyampaian hadiah di dewan besar, semua pelajar dan guru pun mula bersurai... tp, team perempuan masih tak puas bergambar... kali ni nak bergambar ngan Teh lah plak, sbb sepanjang perlawanan team perempuan, Teh tak dak memberikan sokongan dalam btk 'ayat2 suci' (hanya basketballer SBPIKP je dgr 'ayat suci' ni)...


dah amik gambar, semua pelajar pun pulang ke asrama utk amik makanan... semua guru pengiring makan tengahari di kantin... lepas makan, semua kontinjen pulang ke sekolah masing2...

suka dan duka mmg akan sentiasa bersama... tiada suka kalau tiada duka, tak menarik lah hidup kalau semuanya dgn suka je... terima kasih pada tuan rumah SAINA yg menjadi rumah kami selama hampir 3 hari...

semoga bintang akan bergemerlapan di masa hadapan... 

Saturday, April 6, 2013

bintang bertaburan....

selesai perlawanan suku akhir, terus ptg tuh jugak akan berlangsung perlawanan separuh akhir... mmg agak kurang adil terutama bg pasukan yg bermain pd suku akhir kedua... tak sempat 'recover' dari penat... jd aku mintak agar perlawanan yg sepatutnya bermula jam 5.00 ptg, di tangguhkan ke jam 5.45 ptg...

dgn stamina semua pemain pun masih dlm keadaan penat, mesti diorg tak dpt berikan tentangan yg kuat kepada SEMESTI...

tp, kalau dah masuk separuh akhir tuh mesti lah kena cuba sedaya upaya... walaupun sudah di ketahui kekuatan lawan tuh...

sejak dari awal permainan, IKUPS sudah ditinggalkan jauh ke belakang... rasa mmg tak kan dpt kalahkan SEMESTI, terutama dgn keadaan penat selepas perlawanan awal dgn SAINA masa suku akhir td...


sampai ke sukuan ketiga, nampaknya mata yg di perolehi oleh SEMESTI tak boleh dihalang lagi... dan akhirnya kemenangan adalah kepunyaan pasukan SEMESTI...


kalah pada perlawanan separuh akhir, dgn pasukan yg sepatutnya bkn lawan IKUPS pada hari itu... ya, itu ketentuan yg perlu diterima... tp, kalah atau menang IKUPS pada hari tu, kami sambut dgn gembira... buat apa nak sedih2...

selepas game, kami semua mengabadikan kekalahan kali ini dalam gambar... tp, yg agak sedih sbb Teh takdak sbb ke perlawanan pasukan lelaki...



kalah tak perlu bersedih, menang pun tak semestinya gembira... apa pun 'life goes on'... jd tak dapat lah menggapai bintang di awan, kerana semua bintang2 tuh dah jatuh bertaburan...

mlm nanti ada jamuan makan malam perdana... lebih baik balik bersiap ada gak pekdah...

jom balik...

Friday, April 5, 2013

korea, here I come...

seronok, gembira nak jalan2 ke korea plak...

berhenti bergembira, nak kena pikir persediaan... aku akan pergi ke korea, dlm cuti pertengahan penggal bulan mac... maksudnya, musim di korea ialah di antara hujung musim sejuk (winter) sedang beralih ke musim bunga (spring)....

aku pun cuba 'google' dan tgk 'forecast' suhu di korea dlm bln 3... hah, yg paling rendah ialah -1°C... mak ehhhh, sudahlah aku ni tak tahan sejuk... ini nak kena sedia macam2 baju tebal nih...

utk sapa2 yg mungkin nak pegi berjalan2 ke negara 4 musim, terutama ketika suhu adalah rendah, perlu byk persediaan... bg sesiapa yg pernah pergi atau tinggal di negara2 4 musim ni sudah tentu arif dgn keadaan pada musim2 sejuk nih...

apa yg perlu ada:

1- 'long john' atau 'thermal wear' iaitu pakaian dlm yg mampu menahan suhu yg rendah... toksah lah kedekut sgt nak beli 'long john' nih... beli sehelai atau 2 helai boleh guna bila2 nak pi negara musim sejuk... harganya agak mahal, tp bkn nya kena beli sampai sepuluh helai...
2- 'winter coat'... ni kalau tak dak, mmg boleh mati kesejukan... sejuk musim sejuk bukan macam sejuk lepas hujan kat malaysia... teringat aku, ada org tegur aku asyik amik gambar tgn dok dlm poket... itu lah gaya paling biasa, sbb sejuk...
3-'face mask'... kalau setakat -1°C je, aku rasa tak perlu sgt benda nih... tp, kalau nak kena jalan2, hmmmm, sakit gak muka kalau kena angin sejuk nih... aku guna 'scarf muffler' aku je buat tutup muka...
4- pelembab bibir... mmg patut bawak, atau mmg patut ada... mmg bibir akan mudah pecah akibat dari sejuk....
5- losyen pelembab utk kulit... mmg tension dok kat tempat2 sejuk nih... kulit akan cepat kering... pakailah selalu, bukan sekali sehari...
6- tisu basah utk muka....
7- sebotol air... botol air ni bergantunglah, nak besar ka kecik... jgn ingat tmpat sejuk tak dahaga... mmg tak dahaga, tapi terhidrat yg amat sgt... kena minum air sgt byk... (minum byk nak ke tandas lak)...
8- aksesori yg diperlukan... selalunya aksesori hanya dipakai utk menambahkan kecantikan, tp, aksesori seperti sarung tgn, skarf, topi kepala dan stokin panjang sgt2 diperlukan...
9- 'hot packs'... aku rasa ini adalah antara yg agak penting... sbb tgn akan sentiasa sejuk dan mesti selalu masukkan dlm poket... dan kurang2 kalau ada 'hot packs' dlm poket, rasa selesa sikit...

dgn adanya semua tuh... aku sudah boleh berjalan ke korea... yeeeayyyy...

jom kita korea...