Thursday, May 30, 2013

korea - day 2

rupanya dah sehari aku di Korea... hari ni, kita jln lagi.. awal pagi, jam 6.00 pg (waktu korea), kami bersarapan dulu kat hotel sebelum meneruskan perjalanan utk hari kedua nih...

lepas bersarapan, aku sorg2, jalan2 ke kawasan hadapan hotel yang dihias seperti binaan 'Stonehenge'... tgh asyik menikmati pemandangan tiba2 ada org yang menegur... rupanya pelawat yg dtg dari Thai, dan boleh bertutur Bahasa Melayu...

pada ketika itu, sekali lagi aku berasa agak rugi kerana tidak belajar bahasa Thai, walaupun aku mengajar dkt sempadan Bkt Kayu Hitam... agak asyik bersembang, rakan2 kumpulan dari Thai td memanggil kumpulan mereka utk meneruskan perjalanan mereka... selamat jalan...

sekarang, barulah boleh bergambar...


tapi kan, sejuk sangat... jd, utk mengelakkan terus sejuk terus je aku naik bas... selepas semua org dah ada dlm bas, perjalanan diteruskan ke Teddy Bear Farm, yang terletak berdekatan dgn hotel nih...


apa dlm Teddy Bear Farm..??? mestilah teddy bear yg sgt byk... dari sekecil kecil patung sampai ke sebesar besar patung ada dlm nih...





byk lagi teddy bear yg kiut kat situ... lepas abes tgk dan bergambar dgn teddy bear, then kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya pulak... kali ni, kami pergi ke National Park...


mengikut kata org2 di sini, kalau musim bunga, mesti akan penuh dgn bunga2 sakura kat kawasan nih... mesti cantik kan..??? walaupun kami pergi dlm musim bunga, tp, musim sejuk masih terasa... jd tak byk warna lah dpt dilihat...

turun je dari bas, kami semua pun bergerak... nak bergerak ke mana..?? ye lah sbb sepanjang jalan pokok dan salji je yg aku nampak... rupanya kami akan menaiki kereta kabel utk menaiki puncak gunung... kami semua diberi tiket, dan ada waktu ditulis pada tiket tuh... so, tak le naik ikut dan je... jgn berebut yek...


cantik sungguh pemandangan gunung-ganang dgn salji memutih dari kereta kabel...



bila dah sampai kat atas tuh, rupanya ada tangga utk ke puncak... dan kalau rasa nak daki lagi hingga ke hujung puncak, tiada lagi tangga yang disediakan...



jom kita naik tangga... aku ni gayat sikit, naik tangga tak tgk dah tang gaung tuh... sambil menyelam mium air... naik tangga, naik gak, tp gambar mesti diambil... mula2 ingat nak guna je kamera handphone, tp disebabkan sejuk aku pakai sarung tgn... jd susah lah nak 'swipe' skrin hp...



dan bila sampai kat atas, pemandangan lagi menakjubkan... tp, disebabkan aku gayat, gambar aku terhad lah...

kalau sapa2 suka adventure boleh lah pi panjat puncak gunung tuh...


ohh, dan ini ialah Allie dan Ariel, yg menjadi teman sepanjang perjalanan di Korea nih...



selepas dah bergambar walaupun gayat, sekarang masa utk turun semula...



dari Soeraksan, kami semua bertolak ke destinasi seterusnya... Unification Park... kat sini ada terletak kapal dan juga kapal selam yg melibatkan perang antara Korea Utara dan Korea Selatan... kisah sebenarnya, aku pun tak berapa paham, hehehehee....




sekadar mengambil gambar kenang-kenangan kat sini, then meneruskan perjalanan ke stesen keretapi yg hanya bersebelahan dengan laut... 'Jeongdongjin Train Station' ialah stesen keretapi yg paling dekat dengan laut dan merupakan satu daripada Guiness Book of Record...




waktu aku kat pintu, nk keluar menuju laut, tiba2 ada 2 org remaja Korea dtg dan bertanyakan kami dari mana... lalu aku menjawab Malaysia... kemudian 2 org Korea tersebut terpinga pinga, dan bertanya di mana Malaysia.. hah, ko tak tau Malaysia ker..?? terus aku jawab dekat ngan Singapore, terus 2 org td tuh angguk dan senyum dan berlalu... aku andaikan sbb aku BUKAN di Seoul, jd logiklah ada yg tak tau Malaysia kat mana (bersangka baik)... 

life must go on, heheheheheee... jd seterusnya kami semua singgah pulak kat 'Hourglass Park'... apa ada kat sini..?? kat sini ada terletak satu jam pasir yg sgt besar, dan pusingan jam pasir ini ialah setahun... maksudnya pasir2 yg sebyk 8 tan di dalam kaca tuh akan abes jatuh pada 31 Disember setiap thn... akan diadakan festival dan upacara membalikkan jam pasir tersebut pada setiap thn baru...



weih, tak larat dah rasanya berjalan... bila nak berehat nih... kemudian May pun kata, lepas ni kita akan terus ke hotel... tu nampak atas bukit tuh... atas bukit..?? Mana..??  rupanya yg bentuk macam kapal tuh ialah hotel... 


akibat terlalu sejuk, dgn angin dari pantai sungguh kencang, aku lepak dalam bas jer, sambil menelek2 kamera... pemandu bas dok asyik layan berita radio (dlm bahasa Korealah)... pemandu bas tu tiba2 menempik, "tomorow morning got snow"... warghhh, apa!! SALJI... agak teruja, macam mana salji turun... 

bila dah sampai ke hotel, terus je kami semua amik kunci bilik masing2... warghhh, bestnya... 



'Sun Cruise Hotel' ni sebenarnya terkenal dgn arca2 yg pelbagai di perkarangan halaman hotel... dgn keadaan letih, ditambah dgn sedikit hujan, malas rasa nak pi jalan2 amik gambar arca2 tuh... 

bkn saja hotel ni terkenal dgn arca, tp, kawasan pantai ini terkenal dgn pemandangan matahari terbit... rasanya, matahari terbit esok tidak secantik selalu agaknya, sbb ramalan salji akan turun... jd, aku abadikan kecantikan tempat ni dari balkoni bilik aku je lah...



oppppsss, jgn plak ingat yg tinggi2 tuh 'hantu pocong'... sebenarnya itu adalah pokok yg dibalut, rasanya utk mengelakkan kerosakan pada pokok akibat salji yg turun... 

dah hampir satu hari suntuk berjalan2, sampai masa utk merehatkan diri... semoga hari esok dapat berjalan2 lagi... 

Sunday, May 19, 2013

korea - day 1

akhirnya tercapai cita2 aku utk berjalan-jalan ke Korea kali ni... 2-3 hari sebelum tiba hari penerbangan, terdengar berita tentang Korea Utara yang ingin menyerang Korea Selatan...

aduh, dulu waktu aku nak terbang ke Eropah, pasal gunung berapi meletus... ini nak letuskan perang plak... tunggu lah sat... bagi aku bersuka ria kat Korea Selatan tuh, pastuh ikut ko lah nak buat apa pun.... hahahahaaaa (ada aku kesah, kata Korea Utara...)

tp, alhamdullilah, masih diberi kesempatan utk melihat keindahan bumi Allah, Korea... walaupun mendapat berita sedih dari kawan aku, bila ada hal menyebabkan dia terpaksa membatalkan niat utk ke Korea... jd aku gagahkan pergi, tanpa kawan di sisi...

aku terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke LCCT... dari LCCT aku naik bas utk ke KLIA... ini semua adalah perancangan aku dan kawan aku, yg mana sama2 akan berjumpa di LCCT... Allah juga yang menentukan...

disebabkan aku pergi dgn pakej, so, aku terus bertemu dgn 'tour leader' di KLIA dan terus check-in... oleh kerana penerbangan ke Korea pada jam 11.30 mlm, aku jalan2 sekitar KLIA, makan2, then baru masuk ke balai berlepas...


bila dah naik kapal terbang, rasa macam seronok gila nak pi Korea nih... perjalanan ke Korea amik masa 6 jam... lama sungguh nak tunggu 6 jam... aku tgk movie, main game, sampai dah tak tau nak buat apa, akhirnya aku terlena...

bila bgn, dah dekat nak sampai ke destinasi... yeaaay, seronoknya... waktu tiba di Incheon pukul 5 pg (waktu Korea)... dah cerah dah bila sampai ke Incheon... ooohhh, perbezaan masa dgn Malaysia ialah satu jam... mamai lagi lepas bgn tido... tadi kat Malaysia, sekarang dah kat Korea, heheheheheheee...

bila dah turun dari kapal terbang, kami semua diberi masa utk tukar pakaian, ke pakaian musim sejuk... suhu di Korea waktu kami mendarat ialah 1°C... tp, dlm airport, tak de lah rasa sejuk pun... lepas semua dah selesai, lepas kastam, lepas amik beg, so, kami semua pun mula beredar dari Lapangan Terbang Incheon...

bila keluar je dari pintu lapangan terbang, mak eeehhhh, SEJUKnya... sejuk macam mana..??? sejuk sampai bernafas pun berasap... kami semua terus naik ke bas, dan mulakan perjalanan ke Seoul... jauh jugak perjalanan dari Incheon ke Seoul... mula2 dok menikmati pemandangan, last2 tertido sbb tak larat nak tgk dah...

bila dah nak sampai tuh, aku mamai2 terbgn... kami sampai ke destinasi pertama... jom kita turun bas, tp kat luar tuh sejuk gila... warrggghhhh...!!! walaupun panas terik, tak terasa sikit pun kesan matahari... mula2 tak de tempat lain nak pi, mesti cari tandas dulu, heheheheeee...

baru lah boleh berposing...




dan dari situ, berjalan kaki ke Cheongwadae atau pun sebenarnya Istana kediaman Ketua Daerah (lebih kurang)... tak amik pun gambar 'Blue House' tuh...


berdepan dgn Cheongwadae atau 'Blue House' ialah Istana Gyeongbokgung... rasanya tiket masuk ke istana ni W2,400...




dari situ kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya pulak... iaitu ke Pulau Nami, tempat pengambaran drama Korea yg popular iaitu "Winter Sonata"...


sbb nama dia pun pulau, jadi mestilah nak pergi ke situ mestilah kena naik feri... ramai sungguh org yg nak pegi ke Pulau Nami... perjalanan dgn bot hanya memakan masa 5 minit je...


kalau betul2 nak jelajah pulau ni rasa aku, mesti mengambil masa yg panjang... dgn kehadiran org yg ramai, aku pun malas nak bergambar sgt... lagipun dah letih, turun2 kapal terbang terus jalan2...

dari Pulau Nami, kami semua pun dibawa ke tempat penginapan... hotel ni berdekatan dgn kawasan Soeraksan...


dan bila masuk dalam bilik hotel nih, macam takjub je... mak eehhh, besar gila...!!


dan pemandangan dari balkoni bilik ni, ya Allah... menakjubkan... dgn salji memutih, gunung ganang, masyaallah cantik sungguh...



dan pastinya SEJUK....

mlm tuh keluar makan malam... satu yg menarik aku tgk dalam makanan Korea, mesti ada senarai jeruk sayuran, rumpai laut dan yg wajib mesti ada Kimchi (jeruk kobis)...



aku sebenarnya, siap bawak bekal dari Malaysia lg, iaitu sambal tumis ikan bilis ibuku... kalau2 kot tak lalu makan makanan di Korea... tp, alhamdullilah, tak de mati kebulur pun kat sana...

balik dari makan mlm, terus ke hotel utk urus diri... insyaallah, pagi esok ada lagi perjalanan yg menarik... 

*terima kasih May (tour leader), yg selalu tolong amik gambar aku...