Monday, April 28, 2014

melancong ke Beijing

alhamdullilah, akhirnya waktu yang aku tunggu dah tiba... setelah semua persediaan di buat, aku dah bersedia utk melancong ke Beijing plak...

tp, ntah kenapa, setiap kali aku nak melancong ke luar negara mesti akan ada peristiwa yang berlaku sebelum aku bertolak ke tempat yang nak di lawati... 3 minggu sebelum aku dijadualkan terbang ke Beijing, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370 yang mana destinasinya ialah Beijing...

mmg agak terkejut, tp aku masih meneruskan rancangan aku ke Beijing... tak terfikir utk membatalkan perjalanan aku tuh, lagi pun semua sudah siap sedia tinggal menunggu hari penerbangan je...

sampai pada hari kejadian, mak ayah aku mmg selalu akan jd penghantar setia aku ke lapangan terbang... aku malas nak naik bas ke KL, so, selalu aku guna terbang2 je lah... lepas makan semua, kami bertolak ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang... selalu mmg aku p awal sbb tak boleh 'predict' keadaan di atas Jambatan Pulau Pinang tuh...

nampak macam keadaan ok je, tp "ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari"... elok je belok masuk ke dalam tol, baru kelihatan yang keta bergerak macam siput.... warrggghhhh, aku nak naik kapal terbang nih..!! satgi kalau lambat, aku kena tinggal, nak beli tiket lain dah tak dak duit...!!!

pasai apa ni...?? tak puas hati punya pasal aku guna kecanggihan tepon Samsung S3 aku utk 'google' info trafik di atas jambatan... rupanya ada lori yang tayarnya pecah di tengah jalan... huhuhuuu, 1 jam lebih tersangkut atas Jambatan Pulau Pinang tuh... alhamdullilah, sempat aku sampai ke lapangan terbang sebelum masa berlepas...

di KLIA, kawan aku dari Sabah dah tunggu aku... penerbangan dari Penang - Kuala Lumpur pun 'on-time' dan semua berjalan lancar... sambil kami menunggu utk berjumpa dgn kumpulan yang dijadualkan jam 3 ptg tuh, kami makan2 dulu mengisi perut...

lepas solat kami pun pergi lah ke tempat yang dijanjikan... kat situ kami berkenalan ngan Syazwan dari Honey Vacation, org yg bertanggungjawab membawa kami dari Kuala Lumpur ke Beijing nanti... jumpa dgn rakan2 baru, aza dan suami serta ainna dgn mak dan makcik dia.... ada satu keluarga yang besar dalam kumpulan kami nanti...


lepas 'check-in' aku ngan kawan aku pi cari roti utk buat bekal, sbb dijadualkan kami akan sampai di Beijing tgh malam nanti... kot satgi lapar plak bila sampai sanan nanti... kami jalan2 kejap tiba2 terjumpa plak anak murid aku... keciknya dunia...!!

dah siap makan malam semua, kami pun dah bersedia utk 'boarding' dan menunggu utk sampai ke destinasi... dalam penerbangan kami disajikan dengan makan malam dan aku sambung tgk 'movie' then tertido...
ZzZzZzZZZZzzzzzz

persediaan melancong ke Beijing...

pertama kali nak melancong ke Beijing, yg mula2 terbayang ialah Tembok Besar China... yg lain2 tuh aku rasa hanya pelengkap kepada acara melancong ke Beijing (pendapat aku je)... heheheheeee...

perjalanan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur - Capital Beijing mengambil masa 6 jam... bg aku, kurangkan waktu tido sebelum pi jalan2 tuh... pasalnya, nanti kita akan cepat ngantuk bila dlm flite tuh, nanti cepat sikit tertido, sedar2 dah sampai destinasi... hehehehehee

satu lagi, kalau boleh pakailah 'flight socks' bagi mengelakkan DVT atau nama panjang dia Deep Vein Thrombosis, atau senangnya, pemakaian stokin ni memudahkan aliran darah dari bahagian kaki ke otak... tak pasti kalau yg pernah lalui perkara nih.... simptom yang paling ketara ialah, kaki kita akan bengkak, dan selalunya kita cuma sedar masa dah mendarat... tp, biasalah, kalau teruk mungkin boleh menyebabkan kematian...

jangan lupa perkara utama, tukar duit ringgit malaysia ke mata wang China, Yuan atau kadang2 org panggil Remimbi... maklumlah mesti nak membeli belah punya....
tp, ada beberapa perkara kecil yang perlu dititik beratkan semasa melancong dan khususnya apabila berada di Beijing...

1. perlu sentiasa berhati-hati terutama ttg penggunaan wang Yuan... apa yg sentiasa diperingatkan ialah jangan suka utk membeli terutama dgn peniaga2 yang menjual di sisi jalan... menurut kata 'tour guide' kami, byk peniaga2 di sisi jalan tidak jujur terutama apabila memberi baki wang jualan... kerana mereka akan menukarkan wang tersebut kepada matawang lain yang lebih rendah nilainya dari Yuan, ttp mempunyai ciri fizikal yang hampir sama dgn Yuan... bkn lah semua, cuma kena ada sedikit sikap hati2...

2. kalau ke Beijing, mmg terpaksa utk berkunjung ke kedai yang di wajibkan oleh kerajaan China.... dan masalahnya ialah sampai 8 kedai nak kena pi... mak kau...!! tp, tolonglah jgn lah buat perangai tak mau turun dari bas kalau di bawa ke kedai2 tuh... yg paling penting ialah jgn lah terpedaya sgt dgn hasutan diaorg nih... diaorg pandai bg cair org wooo.. mesti ada yg akan membeli nanti... padahal kalau tak beli pun tak pe....

3. pastikan betul2 pakaian yang sesuai utk dipakai semasa berada di sini (China)... kalau boleh carilah maklumat ttg musim2 di negara yang kita akan lawati... kebetulan ketika aku dan rakan2 berkunjung ke negara China kali ni, musim bunga sudah menampakkan wajahnya... kerana pada tarikh yang hampir sama pd tahun sebelumnya, ketika aku di Korea, musim sejuk masih belum melabuhkan saljinya... cara pemakaian x kan sama semasa musim yang berbeza... masa musim bunga di sini, paginya agak sejuk dan menghampiri 10°C, ttp suhu pada tgh hari menghampiri 23°C jd bagi aku agak panas... jd bawak lah pakaian yang sesuai...

4. juga penting kalau nak ke tandas... jangan lupa ini negara org... so, cara mereka ke tandas sudah tentu tidak sama dengan kita... jangan lupa membawa botol kosong utk tujuan kita ke tandas, kerana tiada paip air di dalam tandas... satu lagi perkara ialah, mmg sgt jarang pintu tandas mereka ini boleh dikunci... jd, aku sarankan supaya ajaklah teman... bkn pasal apa, utk jd penunggu sat dpn pintu utk tujuan keselamatan, mksd aku satg tgh dok dlm tandas tiba2 ada yg pi 'ter'bukak pintu tandas, mau terkejut beruk satg...

5. aku dapati di Beijing tandas awam atau senang RnR susah utk didapati... kalau nak terkencing payah wooo, nak pi tandas, tandas plak tak dak... suka aku ingatkan supaya pi lah tandas sebelum perjalanan bermula... kalau hotel tempat kita menginap dkt dgn tmpat lawatan x de lah masalah sgt... tp, kalau kedudukannya umpama aku di Kedah kau di Johor, agak lama perjalanan tuh... paham2 lah kalau nak pegi tandas tp takde plak RnR...

6. dan paling kecil sekali, belajar2 lah cakap mandarin sikit... sbb semua org di Beijing, atau mana kawasan di China semuanya menggunakan perantara dalam bahasa Mandarin atau Hokkien... walaupun ada byk perbezaan dialek antara bahasa Mandarin yg ada di Malaysia dan di China sekurang-kurangnya lebih mudah utk berkomunikasi...

itu antara perkara kecil yang kena ambil berat sikit masa di Beijing nanti... ada perkara di luar kawalan kita, tp, seboleh-bolehnya kita ambil sedikit langkah berjaga-jaga... semoga kita dapat melancong dgn gembira...

Wednesday, April 16, 2014

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) 2014...

wargh, dah masuk bulan Mac rupanya... sudah tiba masanya utk HKSBP, dan kali ini di adakan di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taiping bermula 5 Mac - 9 Mac 2014...

sebelum pegi lagi aku rasa tak best... ntah lah rasa yg macam nak pi tak mau pi... mula2 rasa tawar hati bila Teh bagitau yg tarikh HKSBP clash dgn tarikh HKBC di Kuantan... errrr, mksudnya kalau Teh tak dak, aku nak tgk team perempuan ke team lelaki..??? tanya sana, tanya sini, last sekali kak Liza kata YA... rancangannya, kak Liza akan tgk kan team perempuan aku akan jaga team lelaki...

rasanya aku perjalanan pergi pun dah nampak ketidakbestnya... KENAPA..??? ini yg aku rasa, waktu nak pergi ke Taiping tuh, kami terpaksa tunggu bas iKUP's balik dari Mersing... apa plak ada kat Mersing..??? sebenarnya bas iKUP's pi Mersing sbb program KESUMA... jadi kami kena tunggu bas balik dulu baru kami yang nak ke HKSBP boleh bertolak ke Taiping...

aku balik amik beg dulu dan tudung yg nak bawak ke SERATAS... baru nak amik beg, tiba2 Teh tepon... dia tanya sama ada aku sanggup tunggu sampai malam di SERATAS, kalau2 bas kena pegi Kuantan utk Hari Kecemerlangan Bahasa Cina (HKBC)..?? aku tentulah tak sanggup... lagipun aku bercadang utk amik cuti hari Isnin tuh... ok, full stop...

anggaran nak bertolak ke Taiping pukul 1.00tgh, akhirnya jd pukul 2.30ptg... semua pelajar yang terlibat dah bersedia tunggu kat kantin... 24 pelajar basket dan 8 pelajar OL... dan aku ngan Nazri akan ikut naik bas sekali ngan semua budak2 tuh...

then aku pun bawak semua beg aku ke kantin... masa aku letak beg, tiba2 aku dgr Teh bagitau budak basket yang mereka kena tunggu sampai malam... APA...??? WHAT..??? wei, td aku dah jawab kata tak sanggup...

aku mmg rasa dah tak best nak pi pun... aku dah terbayangkan anak2 basket aku yg nak melepak kat mana nanti... makan lagi..??? MALAM..??? dah tentu bukan setakat 9-10 mlm... mesti lebih dari tuh... dan sebenarnya aku emosional sikit hari tuh, maksud aku waktu tuh... sbbnya aku tak de persediaan utk tiba2 kena tunggu di SERATAS sehingga waktu malam... errr, macam mana nak cuti..???

lama aku rasa aku nak kembali WARAS balik... baru boleh pikir sikit... lepas tuh baru tepon kak Nisah minta dia uruskan makan pelajar2 aku di SERATAS nanti... dan minta Cg Aziz deal dgn PK HEM SERATAS utk kami tinggal sekejap sementara menunggu bas iKUP's sampai dari Kuantan dan amik kami kat Taiping...

sambil bas bergerak ke SERATAS, kepala aku pun berfikir macam2... kenapa macam tak best je kali nih... huhuhuhuhuhuu...

pastu termengantuk... akhirnya tertido dalam kepeningan... tp, bila bas membelok keluar dari lebuhraya ke arah taiping, mata aku dah terbuka... hilang terus mengantuk... pertama kali dtg ke SERATAS utk HKSBP ialah thn 2006 ke 2007, aku pun dah tak ingat...

bila sampai, kami semua di sambut oleh pelajar2 SERATAS dan terus di bawak utk bergambar di kawasan dewan besar SERATAS... terlupa terus yang tak best td tuh, heheheheheee...



eeerrr... kenapa gambar tuh agak tak cantik..?? hehehehee, jawapannya sebab aku scan ntah apa2 jer... tp tak pe lah, itu lah gambar team basket lelaki dan perempuan...

dengan adanya Teh atau tiadanya Teh bersama pasukan perempuan dan lelaki tidak menjadi sbb utk patah semangat... sbb aku bawak sekali kak Liza utk menjadi semangat baru utk mereka... semoga mendapat kejayaan di SERATAS kali ni...