Thursday, May 22, 2014

bercuti ke Ho Chi Minh (hari 3)

selepas melawat tempat2 menarik yang ada di kawasan Ho Chi Minh, tibalah masanya utk diri sendiri, iaitu membeli belah...aku rasa antara sbb ramai org dtg ke Ho Chi Minh adalah utk membeli belah...

so, hari ni, adalah hari bersuka ria... pagi ni setelah menyiapkan wang ringgit (matawang vietnam ialah Dong) dan senarai barangan yg ingin dibeli, kami pun keluar ke pasar Ben Thanh..


kami jalan kaki je dari hotel ke pasar Ben Thanh.. dekat jer... apa ada di pasar Ben Thanh..?? sepanjang jalan utk ke pasar Ben Thanh byk kedai2 bunga... kedai bunga segar ye, bukan bunga plastik...


dan pelbagai pilihan jenis kopi, dari jenis yang mahal ke jenis yang murah... ntah lah, menurut kata, kopi terbaik dunia datang dari negara Vietnam...


bila dah masuk dalam kawasan Ben Thanh, rupanya macam2 ada dlm nih... dari barangan basah sehinggalah barangan rumah dan kain ela...



kalau rajin, jalan2 satu pasar nih, sbb pilihan terutama utk kain pasang lagi byk... pandai2 lah tawar menawar...

tp, bg yg dtg ke sini dgn objektif utk mencari kain pasang utk dibawa pulang, jgn lupa sediakan duit byk2 yek... rata2 pekedai di sini lebih suka kalau berjual beli menggunakan USD berbanding dgn Dong... matawang Dong agak kecil nilainya, hampir sama dgn nilai matawang Rupiah...


setelah penat tawar menawar td, dah sampai masa 'lunch'.... disebabkan hari ni adalah acara sendiri, jd aku ngan Yon pi lah melilau cari makan... agak susah nak cari makanan halal kat sini... tp, setelah melilau berdasarkan kad nama yg kami dpt masa membeli belah kat Ben Thanh td, dpt jugak lah berjumpa dgn kedai yg menjual makanan halal... tak tau nak makan apa, aku pilih nasi goreng je dlm senarai menu, heheheheee (baik makan kat Malaysia je)...

lepas dah kenyang, kami jalan balik semula ke hotel... sambil jalan2 nak balik ke hotel, amik gambar sama... sambil menyelam minum air...




ptg tuh, aku ngan Yon balik rehat2 dulu... member2 lain ntah sedang mengabeskan duit  membeli belah lah kot... bila malam ada ala2 pasar malam kat tepi Pasar Ben Thanh tuh... baik balik merehatkan kaki dan nanti sambung membeli belah...

malamnya, kami pun jalan lah ke Pasar Ben Thanh... pasar malam ni di sebelah kanan dan kiri Pasar Ben Thanh (Ben Thanh tutup waktu malam)... yang pastinya, mmg kalau tersesat kat kawasan ni jgn risau... kenapa..?? sbb setiap pelusuk kedai mesti ada org dari Malaysia... kalau tak pun penjual2 kat situ pun kebanyakkannya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu...

harga barang kat sini hampir sama jer... yang membezakan harga adalah kualiti barang yang dijual... tp, yang menarik perhatian aku sepanjang dok asyik membeli kat sini ialah penjualan telekung sembahyang... mmg sgt cantik lah, dan harganya murah...

dan bagi yang suka baju kurung bertatahkan labuci, aku rasa mesti suka membeli belah kat sini, sbb harga sepasang baju adalah murah berbanding kalau nak beli kat Malaysia... tp kalau pi Ho Chi Minh semata mata nak beli baju je, rasa baik beli kat Malaysia jer...


pasar malam kat sini macam gak keadaannya di Malaysia... dah agak lewat dah kami keluar ke pasar malam tuh... tak membeli byk pun, tapi penuh tgn dgn beg plastik gak... heheheheeee... esok sebelum bertolak balik ke Malaysia, aku ngan Yon bercadang nak singgah di Pasar Ben Thanh sekali lagi... 

melancong ke Beijing (ii)

setelah mendapat rehat secukupnya, hari ni kami berjalan lagi... hari ni perjalanan kami menuju ke Tembok Besar China.... disebabkan kedudukan Tembok Besar dengan tempat kami menginap agak jauh, jd, Sandi meminta kami utk turun lebih awal pagi nih...


jauh sungguh perjalanan dari tempat kami menginap ke destinasi pertama... sampaikan terpaksa tahan utk ke tandas... sbb tidak ada tempat seperti RnR di sana... dalam perjalanan, kami semua singgah dulu ke Kedai Jed dan Mutiara... tp disebabkan kami sudah agak terlewat, jadi kami semua hanya singgah dan melihat jed yg dijual di situ... dan yg penting mencari tandas terlebih dahulu... heheheheeee...

lepas tgk2 dan menjamu mata, kami pun beredar dan menuju ke tempat persembahan akrobatik... sbb persembahan ni mula jam 11.15pg macam tuh, kebetulan kami antara yg awal sampai... terus je masuk dan amik tempat yang strategik....


abes dengan persembahan akrobatik, kami pergi ke kedai kristal, yang berada di sebelah tempat persembahan akrobatik tuh... biasalah kena dengarlah sikit apa yg diaorg nak cita pasal kristal, dan kemudian kami di bawa ke tempat jualan kristal...

aku tak de lah nak berminat sgt pasal barang2 kemas nih, so aku tgk2 je lah... malas nak tunggu lama2 aku naik bas lepas melilau-lilau cuci mata... perut dah berkeroncong, nasib baik Azza ada bawak roti planta, aku pi tinggal plak roti yang aku beli dari KL ari tuh... makan roti dulu sambil tunggu yang lain naik bas...

kami di bawa makan tengahari dulu.... lapar weh...


lepas makan, baru lah kami semua menuju ke Tembok Besar... punya lah byk persinggahan, sebelum sampai ke tempat yg utama, iaitu ke Tembok Besar China... ada byk cita sedih ttg pembinaan 'Great Wall' nih... dikatakan ratusan ribu rakyat dikerah utk membina tembok ni... jika ada pekerja yg mati kerana sakit ketika pembinaan, kami difahamkan bahawa mereka ditanam di dalam tembok tu...

panjang tembok ini di katakan hampir 6000km, tak ingat yang tepat... dan mengambil masa hampir 3 bulan utk menghabiskan perjalanan dari permulaan ke hujung tembok ini... tp kami cuma ada masa 50minit utk memanjat tembok nih... jadi, sebelum memulakan pendakian, kami bergambar dulu....


nasib masih tak menyebelahi kami, sbb kabus2 putih masih menutup kawasan yg cantik nih... so, gambar tak lah begitu ceria... tp, org2 dlm gambar tuh mmg ceria gila.... hehehehehehehee...

disebabkan kami diberi masa yang tak sampai sejam... wah ini nak kena mendaki dgn lebih cepat... hahahahahahaa... jd kami pun sama2 naik tangga... tp, masalahnya, asal naik tangga amik gambar, asal naik tangga amik gambar... bila nak sampai kat atas...



bila mula naik tangga, mak ooooo, curam nya...!!! dan disebabkan kegayatan ku yang melampau aku naik separuh je dari tangga kat belakang aku tuh.... warghhhh, gayat...!!



last sekali, aku berenti di pertengahan jalan, kawan aku teruskan naik sampai ke pos seterusnya... tiba2 aku dgr macam suara ahli kumpulan aku, si Azza dan Aina sedang gelak.... aii, macam dekat jer... aku gagah lah panjat tangga tuh, akhirnya sampai jgk kat tempat diaorg tgh lepak... jd kami amik gambar lah dulu...


itu adalah muka aku yang gayat tp nak bergambar jgk... akhirnya, situlah kami duduk dan bergambar sampai kawan aku sorg lagi sampai turun ke bawah tempat kami menunggu...

cabaran lagi masa nak turun, warrrggghhhhh.... gayatnya..!!!! tp pelan2 akhirnya sampai jgk ke bawah... dan kena amik gambar sbb dah berjaya sampai....


dan sebelum kami menaiki bas nak balik, ada kedai2 kat kawasan tu menjual plak sebagai tanda kita sudah menaiki Tembok Besar China... ada macam2 jenis, yg bingkai tak bingkai... korang dtg lah sendiri.... sambil2 tuh sempat lagi mengabadikan gambar di Tembok Besar nih....


dan sentiasa menyibuk di dalam 'selfie' Syazwan... menyebabkan 'selfie' menjadi 'usie'...


selepas menghabiskan masa memanjat tangga dan bergambar, akhirnya kami semua beransur menuju ke tempat makan... dan makan malam hari tuh menjadi sgt meriah bila kami mula kenal antara satu sama lain...

lepas makan malam, kami pun bergerak pulang ke hotel utk urus diri, dan bersedia utk pengembaraan esok pulak...

miss u all...

Wednesday, May 21, 2014

puding jagung....

dulu waktu aku kecik2, masa zaman sekolah rendah, mak aku selalu buat puding jagung... tukang mengacau adunan tuh mestilah aku...

so, hari ni aku nak kongsi resepi puding jagung mak aku...

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung kastad
¾ cawan susu tepung (paling best Nespray)
½ cawan gula
½ cawan air
1 tin jagung dalam krim
sedikit garam

 
CARA-CARA:

1. Sukat semua bahan dan masukkan ke dalam periuk. 


2. Masukkan air, dan gaulkan supaya semua tepung menjadi sebati. Pastikan susu tepung dan tepung kastad di gaul sempurna dan tidak ada ketulan.


3. Selepas larutan sebati, baru letak atas api yang sederhana. Sentiasa kacau, terutama di bahagian bawah periuk utk mengelakkan hangit. Kacau sehingga adunan mula pekat. (jgn ngelat)

4. Bila adunan dah mulai pekat, dan kelihatan berkilat, bolehlah masukkan jagung. Gaul dan sebatikan adunan dan jagung.


5. Bila semua dah sebati masukkan dalam acuan, dan sejukkan pada suhu bilik. Pastikan bekas dah sejuk betul baru masukkan dalam peti sejuk. 



6. Dan bila dah sejuk, bolehlah kita makan.....


bagi yang pening nak kena beli cawan standard ke apa ker, jgn bimbang... guna je cawan yang ada kat umah, saiz apa pun... kita kena byk bereksperimen, terutama dgn sukatan... mungkin terlalu manis, terlalu lembik atau terlalu keras.... selalu bila aku bawak ke sekolah ustaz Suhaimi mesti selalu tegur, lori gula tumpah ker...??? heheheheeee....

aku suka gandakan adunan... bila gandakan adunan, gula tuh kena kurangkan sikit, mmg sgt manis... air pun kena kurangkan sikit, supaya puding tak terlalu lembik... garam tuh berfungsi utk menaikkan lagi rasa lemak manis puding tuh... 

harapnya, semua suka lah dgn puding jagung resepi mak aku nih... sekadar berkongsi...

Thursday, May 15, 2014

melancong ke Beijing (i)

alhamdullilah, akhirnya sampai jugak ke destinasi yang dituju... kami semua selamat sampai di Lapangan Terbang Capital-Beijing lebih kurang jam 12.30 tgh malam... kebetulan tidak ada perbezaan dalam waktu di negara China, so, masa di Malaysia sama dgn masa di China... mudah nak tgk jam...

macam biasa bila sampai ke negara org, beratur panjanglah utk pengesahan paspot... sempat gak berbual dgn beberapa org yg melancong ke China, utk pertama kali...


lama jgk rasanya kami beratur kat sini... then, terus ke tempat mengambil bagasi... jauh gak nak jalan, mmg kawasan lapangan terbang ni besar... masa jalan2 nih, kami mula berkenalan dgn beberapa ahli kumpulan... masa jalan2 tuh aku tgk makcik kpd Ainna jalan sorg2... aku dah biasa dok tuntun tok aku, opah aku even ayah aku kalau jalan jauh... so, aku pun terus je, pegang tgn mak cik Ainna dan tolong dia jalan... jauh kau, aku pun penat, apa lagi makcik yg umur lebih dari aku (aku muda sikit je dari makcik, heheheheee)...

sembang punya sembang, jalan punya jalan, sampai kami semua dah amik bagasi masing2... jd kami semua keluar utk menaiki bas utk ke hotel tempat penginapan kami utk sepanjang lawatan kali nih...


apa lagi, bas sampai, kami semua pun masukkan beg ke dalam perut bas... pemandu bas dok merungut sambil masukkan beg, mengadu yang beg semua berat2 belaka... Syazwan memperkenalkan Sandi, 'tour guide' yg akan bawak kami jalan2 sekitar Beijing utk 4 hari yg akan dtg...

kat atas bas, Sandi pun memperkenalkan diri dan menceritakan serba sedikit lawatan yang kami akan lalui nanti...byk jugak si Sandi ni cakap, tak berenti, byk sungguh idea dia berceloteh... mata aku dah nak pejam, pukul 2 pg ni masa tido... dia dok berleter punya panjang, heheheheheeee....

dan Sandi menyebut, utk menghormati kepada pemandu, dipohon agar tidak dipanggil 'driver' kpd pemandu... Sandi meminta kami semua utk memanggilnya dgn 'Sifu' sbg tanda menghormatinya...

lama gak dok atas bas aku rasa, then bila Sandi sebut kata dah sampai, rasa macam teruja je... sbb nak tido... kami menginap di Taishun Business Hotel... semua bilik hotel dah siap diberikan so, kami sampai kat hotel, terus dpt kunci bilik dan terus berehat utk memulakan perjalanan lawatan pertama pagi nih... mengikut kata Sandi, kami semua akan bertolak jam 8 pg, sbb nak mengelakkan kesesakan lalu lintas utk ke tempat lawatan nanti...

apa lagi terjun lah atas katil... aduihhh, mak eehhhh, keraihnya tilam ni... hahahahaaa, aku sebenarnya terbayang tilam empuk lembut, sedapnya kalau terus 'landing' atas katil....

takpalah, empuk ka keras ka, asalkan ada tempat nak tido, jd toksah cakap byk tido je lah... pg2 nanti nak bersiap ke Summer Palace...

dgn katil yg keras lena gak aku tido, heheheheeee... kalau tilam empuk mau aku tak bgn pagi tuh... bersiap2 pg nih, sbb nak bergerak pukul 8 pg... kami pi sarapan dulu di restoran hotel ni, yg kedudukannya kena keluar dari hotel, kena pi pintu sebelah...

hmmmm, sarapan di Beijing... sgt byk pilihan sayur dan ada disediakan nasi goreng utk sesuaikan dengan selera rakyat Malaysia yg ramai menginap di sini... bubur nasi ada 2 jenis, sup sayur dan ada air soya panas...


sepatutnya dlm mangkuk tuh bubuh nasik, dalam pinggan bubuh lauk... tp apa nak buat aku belajar makan di Malaysia, terikut lah cara dok kat Malaysia...

lepas makan, semua pun naik bas utk ke tempat lawatan pertama hari ini, iaitu 'Summer Palace'... dan disebabkan sudah masuk musim bunga, byk tempat dipenuhi dgn bunga yg sgt2 cantik.. tak sempat amik semua, ini adalah antara bunga yg aku amik gmbar masa atas bas...


perjalanan rupanya agak jauh dari hotel kami menginap...
apa benda ntah yg si Sandi cita pasal istana tuh, aku pun tak ingat... nanti korg pegi dgr lah cita sejarah dia betui2 yek... negara China mmg sgt kaya dgn sejarah.... mmg seronok dgr cita yg panjang tuh, tapi mata aku lagi tertarik tgk pemandangan kat luar...

dekat sejam dalam bas, sambil dgr celoteh Sandi, akhirnya tiba juga ke destinasi pertama kami pagi nih iaitu 'Summer Palace'... bila sampai depan pintu masuk, amik gambar dulu... dan sori lah kepada Syazwan, kami telah menyebok sedikit di dalam gambarnya heheheheeee...


sebelum menjelajah masuk, Sandi pun menceritakan serba sedikit kisah berdasarkan peta lama kawasan istana tersebut...


kami hanya di beri masa sejam utk meneroka kawasan istana yg sgt sgt sgt luas ni... heheheheheee, mksdnya tak sempat lah nak menjelajah ke semua tempat yang ada... mmg kawasan ni sgt cantik... cuma kami tak cukup bertuah pada lawatan kali ni, sbb kawasan cantik ini diselimuti dgn kabus...




lepas tuh, kami semua di bawa pula ke kedai Sutera... apa namanya kedai nih, tak ingat dah... bila sampai tuh macam biasa lah, kami semua dgr dulu penerangan diaorang tentang pemprosesan sutera ni dari ulat sutera hinggalah jd sutera....


lepas tuh, harap korang semua bersedia... jgn lah terpengaruh byk sgt membeli sutera nih... kalau nak beli, beli lah, tp jgn lah sampai melampau sgt....

lama weh dok kat sini, sampai kebuluran terasa.... hehehee, lapar je tak le sampai kebuluran... lepas semua aktiviti membeli barang dan membelah duit selesai, kami semua dibawa ke salah sebuah restoran Muslim di sini utk menikmati makan tengah hari... wah, laparnya rasa...


punyalah lapar, sampai makanan tak sampai semua lagi kami belasah dah...


dah belasah semua hampir nak abes, tiba2 ada lagi makanan yg sampai... hah, amik hang td punya lapar sampai kenyang makan, sekali ada lagi plak... makanan Cina ada lebih kurang 7 atau 8 lauk semuanya, dan mesti akan ada sup...

lepas makan, kami semua bergerak satu destinasi wajib lagi iaitu kedai herba... mmg agak best kerana pelanggan di beri urutan kaki sebelum mereka memulakan jualan... mula2 diaorg bawa masuk baldi kayu yg ada air panas dgn uncang herba... dan kami diminta utk memasukkan kaki ke dalam baldi air panas tuh...

ceh, dgn seronoknya celuplah kaki.... warrggghhhhhh!!!!! PANAS nya... terbakar kaki, air mendidih ka apa dia boh nih... katanya itu bagus utk peredaran darah... lagi panas air tuh lagi bagus... aku macam errkkk, macam mana nak celup kaki nih, PANAS....

tp, celuplah sikit2 dan lama2 aku dpt celup keseluruhan kaki aku... sedapnya rupanya, macam lega je rasa... elok sedap2 kaki dlm air panas, diaorg pun dtg angkat dan picitkan kaki... waktu tuh ada pakar yang akan dtg menjual herba dan menggunakan nadi kita sebagai pengesan sakit yang di hadapi... sapa nak beli, beli lah, aku tak de duit... heheheheheee...

abes je melayan kedai herba tuh, kami semua di bawa bergerak ke destinasi wajib yang seterusnya... kali ni kedai menjual Teh... byk lah teh yang di jual di sini... mula2 diaorg demo dulu semua teh yg ada kat sini, rasa sorg sikit...


malas nak beli teh nih... tp pada pengemar teh bolehlah cuba macam2 teh kat sini, dari Oolong, Puer dan macam2 lah kat sini...

dan, setelah penat berjalan dan menghabeskan separuh wang yang di bawa, kami pun di bawa ke restoran utk makan malam pada hari nih...


disebabkan negara China adalah negara yang agak jauh dari laut, maka ikan yg dihidangkan bkn ikan laut... semua ikan dihidangkan adalah ikan sungai... kalau dah sebut ikan sungai, jgn lupa bayangkan tentang tulang2 yg ada...


selepas makan malam, alhamdullilah, sedap semuanya... oohhh, masakan org Cina mesti ada sayur, so, dari 7 - 8 lauk tuh mesti 3 - 4 darinya adalah sayuran... nasib baik aku ni suka sayur.... lepas makan, mata pun dah nak lelap... maklumlah seharian berjalan nih...

kami semua bergerak balik ke hotel, dan bersiap utk melawat tempat seterusnya esok hari... kita tido dulu.... ZZZzzzZZzzzz...