Monday, February 27, 2012

kilat...

apa yg kita tahu tentang kilat...???


  • kilat ialah pengeluaran caj elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir.
  • kadangkala kejadian kilat boleh berlaku semasa letusan gunung berapi atau debu akibat pembakaran hutan.
  • kebanyakkan panjang panahan kilat adalah kira-kira 1.6km
  • rekod panahan kilat terpanjang yang pernah dicatatkan ialah 190km yang dilihat berdekatan Dallas, Texas, Amerika Syarikat.
  • semasa berlakunya kejadian kilat, kilat akan memanaskan udara sekitar kira-kira 10,000°C hampir serta merta.
  • haba akibat daripada udara panas tersebut akan menghasilkan gelombang kejutan yang dapat didengari oleh kita semua yang dikenali sebagai guruh
  • oleh sebab itulah apabila berlakunya kilat, guruh juga akan berbunyi

JENIS-JENIS KILAT

Di dalam Awan
Paling lazim berlaku dan biasanya tidak kelihatan apabila berlaku pada waktu siang.

Awan ke Bumi
Berlaku apabila kilat memancar ke bumi dan menjadi ancaman kepada nyawa dan harta benda.

Bumi ke Awan
Apabila bumi melepaskan caj elektrik ke awan melalui gerakan menegak ke atas.

Kilat Kering
Kilat ini berlaku semasa ribut petir yang tidak menghasilkan hujan.


dan rupanya Malaysia merupakan negara kedua yang paling banyak menerima panahan petir di DUNIA... 

Saturday, February 25, 2012

menghilangkan stress...???? bandung-jakarta (iii)

apa nak buat kat Jakarta.??? kat sini pun ada tmpat shopping gak macam di Bandung, iaitu Tanah Abang dan Mangga... tapi, kalau bandingkan mmg menang kat Bandung lah, mmg byk barang, compare ngan Tanah Abang ngan Mangga...

Tanah Abang ialah satu bangunan, sama macam Pasar Baru, Bandung gak... tp, nampak macam moden sikitlah berbanding ngan Pasar Baru... kebetulan plak, kawasan jualan diperbesarkan, jd ada dua blok besar, blok A dan blok B... kat sini byk kedai yg menjual blaus... tp, bila ada aku berkenan, time tu jugaklah saiz yg aku nak tu abes...

*Tanah Abang...
kat sini kebanyakkannya menjual secara borong... bila kita tanya harga, dia akan tanya kita nak beli sepotong atau sedozen... aku macam org gila dok pikir, apa tuh sepotong..??? rupanya sepotong tuh mksdnya satu je lah... yg sebutan sedozen pun tak jelas, macam bunyi seusin, sedosin, tp, bila dah lama2 baru lah paham...

nak beli pakaian muslimah sgt byk pilihan kat sini... terutama sekali utk anak2 kecil... sbb kalau beli gaun labuh mesti beserta dengan tudung... ada aku belikan bj utk anak sedara aku yg berumur sethn, dah lah baju tuh comel, ditambah pulak ada tudung comel sama warna dengan baju tuh...

dah penat 'window shopping' dan ber'shopping' di Tanah Abang, jom kita p ke Mangga lak... kat Mangga lak, byk menjual cermin mata... ada satu tingkat yg semua kedainya ialah menjual cermin mata je... baju renang muslimah pun senang jumpa kat sini... tp, tak beli pun sbb duit Rupiah dah abes licin utk shopping, yg tinggal utk bahagian lain...

*pintu Mangga 2...
kalau nak membeli T-shirt kenang-kenangan yg tertulis perkataan Jakarta, byk gak pilihan kat sini berbanding kat Tanah Abang, tak de langsung... dan aku perhatikan, dari Bandung sampai Jakarta, yg paling byk dijual ialah beg... maklumlah, kot2 sapa yg bawak beg kecik, boleh beli beg kat sana... tak pun, tak payah susah2 bawak beg besar2 dari Malaysia, sampai kat sini, beli satu ke dua ke...

*ini baru satu kedai jual beg... 
lepas membeli barang dan membelah duit di Tanah Abang dan Mangga, kami semua merehatkan minda lah pulak... jd kami pun bergerak menuju ke MONAS (monumen nasional)... tp, kalau org yang suka membeli belah tuh, mmg akan berjam-jam menghabiskan masa di Tanah Abang dan Mangga...

apa itu MONAS..??? monumen ini didirikan utk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia utk merebut kemerdekaan dari pemerintahran kolonial Hindia Belanda. Di atas monumen ini terdapat seperti nyalaan api yg dilapisi oleh emas yg melambangkan semangat perjuangan yg menyala-nyala dalam berjuang dan tidak pernah surut atau padam sepanjang masa, yg juga dikenali sebagai 'Api Nan Tak Kunjung Padam'...

pandangan MONAS dari jauh...
ada muzium di bahagian bawah tugu MONAS nih, tp kami semua sampai pun dah lewat petang... rasanya hanya dibuka sehingga jam 3ptg (waktu Indonesia Barat)... so, kami lepak kat dataran tu je lah... amik gambar, berposing, dan menghilangkan penat 'window shopping' td...

kami berlima bergambar dgn Andi dan MONAS...
mengikut jadual kami, hari ni hari terakhir di Jakarta... so, lepak lah lama2 sikit, nanti dah balik Malaysia, bkn senang nak ke Jakarta tiba2 je... tp, dah gelap, dan perut pun, menunjukkan ciri2 lapar so, kami pun beransur lah mencari makan...
  
*gambar2 diambil dari himpunan gambar En. Muhammad Faizal... terima kasih...

Friday, February 24, 2012

menghilangkan stress...???? bandung-jakarta (ii)

tak sabar nak pergi Jakarta lepas 2 hari berada di Bandung... perjalanan antara Bandung dan Jakarta hanya dalam 3-4jam... tp, ditambah dengan jem, jadi perjalanan sebenar tak dapat di tentukan... jd sebelum bertolak ke Jakarta, kami semua dah sepakat sehati seia sekata, utk singgah ke beberapa tempat yg berada dalam perjalanan ke Jakarta...

tempat pertama yang menjadi persinggahan kami ialah Kawah Putih... menurut member aku Kawah Putih ni dipanggil Kawah Putih sbb air dia putih... dan pemandangan kat sini mmg cantik gila... sekali lagi, ini mmg kawah gunung berapi... kan Indonesia berada di atas lingkaran gunung berapi (betul kan istilah tuh..???)..

batu tanda dah sampai Kawah Putih...
tp, nasib kitaog kurang baik sikit hari tuh... hujan turun waktu kami sampai kat Gunung Patuha tuh...  jd, sekali lagi, mesti dah agak keadaan mesti sgt sejuk, dan berkabus... bg yang ada asma, agak kurang digalakkan lah naik ke Kawah Putih, ataupun mana2 kawah gunung berapi... maklumlah bukan sejuk je, siap makan sulfur lagi (sbb angin kencang)...  bukan menghalang, kalau boleh hindarkan... tp, kalau tahan lasak, belasah je lah...

baca arahan di papan kenyataan tuh... 
latar belakang Kawah Putih...
berkabus, tak dapat menikmati kecantikan Kawah Putih..
syg, kecantikan Kawah Putih, tak dapat dilihat dengan jelas sbb berkabus... walaupun dah jam 10.00pg kami sampai, tp sbb hujan, kabus menyelimuti kawasan Kawah Putih... tp, nampak gak lah, warna air dalam kekaburan kabus tuh...

then, dari situ, kami terus bergerak ke Situ Patengan, yg berdekatan ngan kawasan Kawah Putih... Situ Patengan atau dikenali sbg 'Batu Cinta' menjadi lokasi pengambaran satu filem Indonesia "Love Story" yg dilakonkan oleh Acha Septriasa dan Irwansyah... ada sejarahnya wujudnya tempat 'Batu Cinta' nih, sori, tak ingat dah...

cerita penuh mengenai Situ Patengan...
tak lepak lama kat Situ Patengan nih... hujan turun sgt2 lebat... nak tgk dan menghayati tempat 'Batu Cinta' pun tak leh... so, kami semua teruskan perjalanan ke Jakarta... 

jauh lagi ka..???
sepanjang jalan ke Jakarta, mata disajikan dengan pemandangan yang kekampungan.... sungguh mendamaikan.... kebetulan pulak, tak hujan sepanjang perjalanan.... 

pemandangan biasa sepanjang perjalanan...
then, belum sampai pun separuh perjalanan, ada kawasan yg sunyi dan sejuk mata memandang... mintak Andi berenti kat tepi, then apa lagi bergambar lah kat situ... apa pun latar belakang gambar tuh, kawasan tuh mmg cantik... 

ini sawah padi Ciwidey, Indonesia yek... bukan kat Kedah..
sudahlah bergambar.... kami pun teruskan lah perjalanan, kali ni betul2 bergerak... ada lebuhraya yang menyambungkan Bandung dan Jakarta...

lebuhraya yang luas... tp, bila jem, tak tau nak cakaplah...
menghabiskan masa dengan bersembang dan membaca papan tanda jalan... setelah agak kematu jugak punggung sbb lama sgt duduk, baru lah nampak bayang2 kota Jakarta...

ini lah Kota Jakarta (baru permulaan je ni)...
akhirnya jumpa juga kota Jakarta, setelah perjalanan bermula dari pagi td... check-in dulu apa2 hal pun... nanti kita round kota Jakarta... 

Thursday, February 23, 2012

canggihkah kita nih (II)..???

sekali lagi masih mengenai kecanggihan tamadun purba...

Teknologi perubatan yang dimiliki oleh Tamadun Mesir Purba memang menakjubkan. Penemuan arkeologi telah berjaya mengejutkan dunia kerana tidak ada sejarawan menyangka bahawa wujud teknologi yang begitu maju dalam tamadun yang wujud kira-kira 3000SM.

Mumia misalnya, dilakukan tanpa merosakkan bentuk badan dan mengeluarkan organ dalaman menunjukkan bahawa tukang-tukang mumia pada masa itu mempunyai kepakaran dalam bidang anatomi. Selain mumia, Tamadun Mesir Purba juga menikmati kemajuan lain dalam bidang perubatan.

contohnya:

  • Setiap kuil mempunyai makmal menghasilkan ubat-ubatan.
  • Doktor purba Mesir mampu membezakan antara luka yang disteril dengan luka yang dijangkiti kuman. Mereka menggunakan campuran lemak Ibex, minyak fir dan kacang tumbuk untuk membersihkan luka yang dijangkiti.
  • Penisilin dan antibiotik merupakan penemuan baru. Tetapi bagi Tamadun Mesir Purba. mereka telah menggunakan versi organik bagi penawar-penawar ini dan sekaligus berjaya menulis perincian ubat-ubatan untuk setiap penyakit.

*agak-agak ada tak 'I-Phone' waktu Tamadun Mesir Purba nih yek..???

canggihkah kita nih (I)..???

terbaca satu artikel info mengenai tamadun purba....

  1. Teknologi yang digunakan oleh manusia tamadun purba boleh dikatakan setaraf dengan teknologi pada masa kini, malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa teknologi mereka lebih canggih.
  2. Tinggalan tamadun purba telah menunjukkan bahawa pengangkutan udara telah digunakan pada masa itu. Dalam ilustrasi di bawah, tinggalan yang dijumpai di makam Firaun menunjukkan model kapal terbang dan helikopter.
  3. Model-model ini bertarikh 200SM. Penemuan model kapal terbang yang berusia 2000 tahun memang sukar dipercayai tetapi itulah hakikatnya...
Ilustrasi helikopter pada makam Firaun

Firman Allah SWT,
"Dan kami anugerahkan Sulaiman kuasa mengawal angin - sebulan perjalanan pada waktu pagi dan sebulan perjalanan (lagi) pada waktu petang....."

Persoalannya, ke manakah hilangnya teknologi maju tersebut????

nak jaga tayar...???

semua org ada kereta... tp, semua org ambil kisah kah pasal tayar kereta... yang sayang kereta, mesti akan dikelebek dari dalam, ke luar... dari bahagian luar hingga bahagian dalam kereta... hanya nak berkongsi, kot2 terlupa, kita ingatkan semula... (terutama aku yg menulis nih, heheheheheheee)

TIPS PENJAGAAN TAYAR KERETA

  1. Penting sekali memilih tayar yang berSESUAIan dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3. cukuplah menggunakan 'sport rim' bersaiz 14 inci (35 cm). Jika anda menggunakan 'sport rim' bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, 'speedometer tidak akan merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol. 
  2. Jika sudah memilih saiz tayar yang bersesuaian, perhatikan pulak bahagian tepi tayar. Kalau diperhatikan betul-betul, ada rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Rangkaian nombor ini memberikan maklumat mengenai tarikh tanya dikilangkan (minggu dan tahun). Ikut piawaian antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan. Jom belek-belek lah tarikh tayar dikilang.
  3. Untuk saiz tayar pula, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50VR16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240km per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. (rujuk kepada gambar)
  4. Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira daktor kualiti dan iklim.
  5. Tahukah anda, tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukar ke kiri belakang (sesuai untuk empat tayar bersaiz sama).
  6. Jangan lupa perhatikan bunga tayar sekali sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maknanya tekanan terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.
dari 1-6, ada 1 atau 2 perkara yang pernah aku buat... yang pasal nombor tuh bukan tak perasan, tp tak tau nak baca pun... apa2 pun, jgn lah abaikan kepentingan tayar... sbb kalau tak dak tayar, enjin secanggih mana pun kereta tuh, nak bergerak macam mana, kalau tak dak TAYAR... 

    Wednesday, February 22, 2012

    kesian kucing...

    tgh2 boring mengadap laptop ni, tergerak hati nak tgk baik hasil Folio Sains pelajar ting 1, thn 2008... ada satu petikan yg agak menarik perhatian...

    ROKOK BAHAYAKAN KUCING DUA KALI GANDA...
    perhatian bagi anda yang sayangkan kucing.
    kajian di Sekolah Veterinar Tufts menunjukkan kucing yang tuan rumahnya menghisap rokok akan terdedah kepada bahaya terkena kanser, dua kali ganda daripada kucing yang tuannya tidak merokok.

    kajian seumpamanya yang pertama kali dilakukan ini dilakukan dengan kerjasama University of Massachusetts. kajian mendapati, kadar pendedahan kucing kepada pencemaran asap rokok ini sebenarnya jauh lebih tinggi daripada ahli keluarga lain yang tinggal dalam rumah itu.

    ini kerana ahli keluarga lain banyak menghabiskan masa diluar rumah. kucing didapati terdedah kepada asap rokok melalui proses penyedutan udara ataupun semasa membersihkan diri dengan menjilat bulunya.

    oleh itu, nasihatkan ahli keluarga anda untuk berHENTI MEROKOK, kerana ia bukan sahaja akan menguragkan masalah barah, serangan jantung, dan kencing manis, tetapi juga mengurangkan risiko barah anak-anak dan juga binatang kesayangan anda.

    *kesian kucing yek...

    Saturday, February 18, 2012

    zaman kejatuhan...

    sakit sungguh kalau jatuh... tp, jatuh nih menyebabkan sakit hati je.... hmmmm, dah lama sgt rasa duduk di atas, kadang2 kena rasa macam mana tergolek jatuh ke bawah lak...

    tp, jatuh waktu tgh main, benjol di dahi (gambar sebenar)... 

    eeeh, jatuh apa nih..?? hari ni perlawanan separuh akhir bola keranjang peringkat daerah Kubang Pasu utk thn 2012... pasukan perempuan dengan gembiranya dikalahkan oleh pasukan SMK Pulau Nyior pg td... ptg semalam, kalah ngan SMSAH, utk dapat naib johan kumpulan je.... walaupun masuk separuh akhir, macam malu je, main pun macam ntah apa2... main macam kat sekolah tak de gelanggang bola keranjang, teruk gila... teringat zaman mula2 bola keranjang kat SBPIKP... gelanggang pun tak dak... kurang2 kalau kalah, sbb tak de tmpat nak berlatih.... boleh lah cover sikit....

    sebelum ini, pasukan perempuan SBPIKP pernah pegang Johan Daerah Kubang Pasu 2 thn berturut turut, thn 2009 dan 2010... tp, thn lepas dapat naib johan je, itu pun kalah ngan SMK Pulau Nyior di perlawanan akhir... dan thn ni, setakat separuh akhir je... mmg agaknya jodoh SBPIKP asyik kena jumpa ngan SMK Pulau Nyior kot.... tak jumpa di pusingan akhir, jumpa di separuh akhir...

    tiba2, teringat waktu peringkat awal2 dulu, 'drible' bola pun tak betul... teringat waktu HKSBP kat SBPI Gopeng thn 2005 dulu... macam lawak je pi antar wakil, dahlah pertama kali... senang2 je kena belasah, semua game mesti score ialah 0 tak pun 2... lebih dari tuh, mmg jauh pinggan dari api lah....

    pasukan lelaki thn ni, agak beruntung sbb terus ke separuh akhir... tp, lawan di separuh akhir, tak kurang hebat, mmg antara musuh tradisi diaorg dalam bola keranjang, SMK Changlun.... tp, tak dapat menandingi ketangkasan pemain2 SMK Changlun... walaupun kalah 35-46, sekurang kurangnya, bukan mudah laluan nak ke separuh akhir ni...

    tahniah kerana dapat ke separuh akhir, dan takziah sbb tak dapat ke pusingan akhir...

    Tuesday, February 14, 2012

    menghilangkan stress...???? bandung-jakarta (i)

    tak sabar2 nak tunggu cuti utk Tahun baru Cina baru2 nih... apa tak nya, seronok nak pi berjalan ke Bandung dan Jakarta... duit kureng, tp, bila sebut je pasal jalan2, lupa terus pasal duit kureng tuh, heheheheheee... sampai je 20hb Januari, macam nak lompat rasa... tak sabar nak naik kapal terbang pi Bandung... satu cara utk menghilangkan stress, padahal baru 3 minggu keje (stress konon)...

    perjalanan dari penang ke KL tension sungguh.... dah lah flight delay dekat 1 jam, so, sampai LCCT, KL dah dekat jam 6 ptg... dari LCCT ke KL Sentral hampir 1 jam gak, dah maghrib aku sampai kat KL Sentral... then aku tepon makcik aku kat Shah Alam, bgtau kata aku dah sampai... jd, aku pun nak naik lah komuter ke Shah Alam... turun2 ke platform, mak ehhhh, manusia, ramai gila... tunggu tren ke Pelabuhan Klang, hampir 3 jam... aku sampai umah makcik aku dah jam 11mlm... nak jalan punya pasal, 3 jam pun 3 jam lah....

    esoknya, adik sepupu aku tolong antar ke LCCT sbb meeting point kami kat sana... then, kami sama2 naik flight ke Bandung dari LCCT.... akhirnya sampai jugak ke Bandung, Indonesia, selamatnya, alhamdullilah... tp, yg seronok tgk airport dia... satu pintu masuk, satu pintu keluar... 

    muka baru keluar dari kapal terbang lepas 2 jam....

    inilah rupa airport Bandung...

    kena ada bukti dah sampai....
    so, kami bertiga di jemput oleh Andi di airport... Andi lah yg akan bawak kami nanti bergerak ke sekitar Bandung dan ke Jakarta... jejak je kaki ke Bandung, greeting yg di beri oleh Andi, ialah "Selamat datang ke Bandung, kota shopping"... tak dapat bygkan apa yg nak dibeli belah di Bandung nih... walaupun dok dengar cita ramai org ttg keseronokan membeli belah di Bandung...

    then, kami semua naik van, sbb nanti ada lagi 3 org yg akan join... pi shoping dulu, waktu tuh nak tergelak jugak, first time pegang duit besar gila... cashier tuh minta Rp 10,000 aku belasah bg Rp100,000... cashier tuh pun senyum je, nampak sangat nih mai dari ceruk mana ntah, hahahahhaaaa... abes gak sekerat duit aku... mana tak abes, sekali convert, terkejut beruk, murah gila... hah, belasah lah, apa lagi... patutlah dinobatkan sebagai kota shopping...!!!

    tp, sabar gak, sbb objektif asal nak p Pasar Baru..... wuuuuiissshhh, mak aku siap pesan macam2 dah... duit yg ada kena belanja secara berhemah, heheheheheheee... then, malam tuh, lepas shopping2 tuh pi jemput member lagi 3 org kat airport...

    esok pg, semua setuju nak pegi ke Tangkuban Perahu dulu, sbb jalan ke situ selalu macet (jem)... orait, jam 7.30pg kami semua dah siap nak bergerak... sarapan dulu, then bertolak ke destinasi... mmg dah target, atas2 gunung nih mesti sejuk punya... bila sampai, bukan setakat sejuk, ngan angin punya kuat, rasa macam nak terpelanting je, kena tiup ngan angin... yg satu tak leh tahan, punya gayat, boleh main parking2 keta dekat tepi pagar... pagar lak pagar kayu je, kat sebelah pagar tuh kawah gunung berapi... gila punya gayat aku...

    Kawah Ratu...

    punya kuat angin...

    ambil gambar dgn gayatnya....
    dah tgk kawah gunung berapi, so, kami turun dari Tangkuban Perahu dan balik semula ke Bandung.... so, objektif kami seterusnya ialah menuju ke Pasar Baru.... dalam kepala aku ni, dah terbayang nak cari telekung, tudung, pastu kain pasang dan apa2 yg terjumpalah di Pasar Baru tuh... amik kau, rupanya, 6 tingkat semuanya.... masa lak terhad, Pasar Baru ni tutup jam 5 ptg... apa lagi, kami memulakan aktiviti membeli belah dgn jayanya.... 

    pilihan telekung yang pelbagai...

    kebetulan lak kami mula dari tingkat atas sekali.... so, menuruni tingkatlah kami... last sekali sampai kat tingkat 2, jenguk ke bawah tingkat 1, manusia punyalah ramai gila2... so, kami amik keputusan, tak payah lah turun ke bawah, lagipun barang2 yg kami cari semua dah ada dalam tangan... aku rasa utk org yg suka shopping, mmg gila seronoklah ke Pasar Baru nih, mau tak, mintak je kurang, insyaallah, mesti kurang punya lah... aduh, tgn pun naik lenguh dah dgn beg penuh di tgn.... jom lah balik....!!!

    mlm tuh, balik hotel, macam biasalah dok tayang barang yg baru beli td, dok banding harga lah, dok pikir nanti nak dtg lagi lah, macam2... tidolah, esok nak p Jakarta lak... 

    Saturday, February 11, 2012

    permulaan....

    setiap perkara yg terjadi mesti akan ada permulaan... so, inilah permulaan aku, buat BLOG... bukannya rajin sgt nak menulis, tp tergerak hati lak nak mencuba cara yg agak menjadi macam trend zaman sekarang nih... maklumlah sekarang nih dah zaman online, semua org tgk depan komputer yg berinternet je utk dapatkan maklumat...

    jom kita menulis...