aku berpeluang ke sana baru2 nih... disebabkan aku dok kat Bukit Kayu Hitam, dah mmg dekat dgn sempadan, jd perjalanan rasa pendek sikit sbb aku tak perlu merentas negeri Kedah utk sampai ke hujung sempadan...
tp, utk pegi ke Satun, tak masuk ikut pintu sempadan Bukit Kayu Hitam... kalau nak ikut Bukit Kayu Hitam gak, jgn bimbang, boleh jugak!!! tak de masalah... cuma jaraknya agak jauh... dari pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, terus ke Hatyai, dan dari Hatyai ke Satun.... hmmm, tak salah aku jarak perjalanan keseluruhan mungkin lebih dari 200km (agak2 je nih)....
kalau nak bawak keta utk ke Thailand, jgn lupa bawak geran keta yek... utk ke Satun, perjalanan lebih dekat ikut pintu sempadan Wang Kelian, Perlis... sbb Satun bersebelahan je ngan Wang Kelian... mudah je jalan ke Wang Kelian nih... macam mana senang tuh...??
bg yg tak 'familiar' atau pertama kali memandu ke sini, dari pekan Changlun, Kedah, amik je jalan ke Kuala Perlis... then lepas je pintu gerbang sempadan Kedah-Perlis, akan nampak kampus UNIMAP (Universiti Malaysia Perlis) sebelah kanan... then akan nampak 'fly over' utk ke Chuping...
zaman waktu mula2 aku lalu jalan Chuping nih, dlm thn 2005-2006, mmg best lah pemandangan kat sini.... maklumlah, Chuping ialah kawasan penanaman tebu terbesar di Malaysia (zaman aku belajar geografi thn 1993)... mmg saujana mata memandang, penuh ngan pokok tebu... tp sekarang, huhuhuhuuuuu... semua tebu dah byk diganti dgn getah...
takpa, takpa, terus je jalan... jumpa 'roundabout' amik je pukul 12... sampai hujung jalan, akan nampak simpang ke Padang Besar sebelah kanan, ke Kangar sebelah kiri... nak singgah Padang besar membeli belah dulu pun ok gak... terus kan je lah perjalanan ke Wang Kelian, kalau tak mau pi Padang Besar... ikut je papan tanda... kalau papan tanda tak tulis WANG KELIAN, ikut je jalan ke GUA KELAM... tak de tulis Gua Kelam..??? cari lah KAKI BUKIT... tak dak jugak...??? pi berenti tanya org lah...
jalan kat sini bersuasana kampung.... penuh ngan pokok je kiri kanan jalan... dan boleh tgk lah pokok jati yg byk ditanam kat kawasan nih... mana tau kot2 tak penah tgk pokok jati kan... tp jgn dok tgk pokok jati je... tgk sama kat jalan tuh...
jalan nak ke Wang Kelian, mendaki bukit... dan sudah tentu jalannya bengkang-bengkok... setiap satu selekoh mmg hampir 360darjah 'patahnya'... jd, bawaklah dgn cermat yek... mmg hutan banat lah kawasan nih... dgr bunyi cengekerik lg...
then, nanti akan jumpa lah pos imigresen Malaysia dan Thai... selepas pos Imigresen tuh, kena berhati-hati sikit lah sbb kawasan ni penuh ngan org sbb kawasan ni kawasan membeli belah... bila masuk je ke kawasan sempadan sebelah Thai, suasana kampung yg mendamaikan menjamu mata sepanjang perjalanan...
hmmmm, dari pintu sempadan ke Satun, tak salah aku dlm 40 km... senang je jalan, dah lah tak de keta, macam jalan tuh aku yg punya, hehehehehee ... 2 lane plak tuh, cuma tak de divider je antara jalan... pekan Satun, tak de apa2 yg menarik... aktiviti laut semua kat sebelah pantai Pakbara... so, nak ke Pakbara kena teruskan perjalanan ke Trang... simpang ke Trang lepas Ban Cha-Lung (mula2 aku ingatkan Changlun)...
uikkksss... jgn terlepas ke Trang... dari simpang kat Ban Cha-Lung tuh, nak ke Pakbara, dlm 40 km gak... nanti jumpa pekan La-Ngu, dan dari La-Ngu nak ke Pakbara dlm 11 km... Satun adalah kawasan perkampungan Islam, yg agak sunyi... kawasannya bersih dan damai... dan masjid di setiap kilometer perjalanan ke Pakbara...
ini antara masjid kat La-Ngu |
insyaallah, semoga sampai dgn selamat ke Pakbara... apa ada kat Pulau Lipe...?? aku cita dlm entri seterusnya yek....
*takde byk gambar... sbb aku tgh terpegun tgk kawasan Satun... opppsss, arahan panduan memandu ini tak tau sah sampai bila... sbb zaman sekarang pesat membangun...
salam..nampak mcm senang aje nk gi satun..tpi ....kat cangloon ada ka teksi nk pi bawa saya pi santun tu..tlg kasi info sikit...su ingin sgt ke sana ni (satun)...tq
ReplyDelete