Wednesday, August 20, 2014

journey to turkey... day 1 ~2 Jun 2014~

lena sungguh tido... walaupun sakit belakang sbb lebih 8 jam tido atas kerusi kapal terbang... pramugari pramugara pun dah kelihatan sibuk menghidangkan sarapan pagi... bgn ke tandas dulu... sempat aku kacau mak ayah aku yang dok kat 'seat' depan nuh...

sambil tunggu sarapan sampai ke tempat aku, layan skrin dulu... buka bahagian interaktif, nak tgk peta perjalanan... walaupun lagi 2 jam, tak sabar dah rasa... kena makan bg kenyang, sbb bila sampai nanti, terus mula perjalanan eksplorasi kami... 

alhamdullilah, setelah perjalanan penerbangan sejauh 8908km, kami selamat sampai di Lapangan Terbang Attartuk, Istanbul, pada jam 6. 12pg (waktu Turki)... aduih, yang seksa sekarang ialah nak adjust masa, maklumlah 'fly' dari Malaysia pukul 12.30tgh malam... selepas 10 jam, sampai ke destinasi pukul 6.15pg plak...

tp, selalunya kalau kita dari timur bergerak ke barat, x de masalah dgn nak 'adjust' masa... tp, bengonglah sekejap... beza masa antara Turki dan Malaysia ialah 5 jam, malaysia cepat 5 jam... maknanya, ketika kami sampai di Turki pada jam 6.12pg tuh, waktu di Malaysia ialah 11.12pg lah...

cuaca pagi ni di Istanbul hujan, sejuk... hujan sebenarnya memberikan perasaan tak best terutama bila kita nak bersiar-siar... tp, hujan atau tidak bukan kita yang aturkan.... oooohhh, dan aku nak puji gila kat pilot 'flight' nih.... best gila landing pagi nih, sgt 'smooth' sampaikan tak perasan yang kami dah mendarat...

setelah selamat mendarat, kami semua pun turun.... errrr, mana bangunan..?? rupanya, kami perlu naik bas utk menuju ke bangunan lapangan terbang... teringat plak kat King Aziz Airport, Jeddah... nak kena naik bas menuju ke bangunan utama....




sebelum turun dari kapal terbang td, penumpang telah diberitahu ttg tempat utk mengambil beg... no 11, dia sebut, ok, set... bila masuk ke dalam lapangan terbang, ayah singgah kat tandas dulu... masa tunggu kat tandas, kami berkenalan ngan kak Hawa dan suami, dari Melaka.... then barulah bergerak menuju ke kaunter pasport... teringat pesanan Tn Hj Muhammad yang kaunter di sini kena beratur berpusing-pusing... 


waktu kami bergerak utk ke kaunter utk cop pasport, x nampak bayang2 pun mana2 ahli kumpulan kami... kami pun ikut je org jalan... pastuh dah konfius, ni kat mana kita kena pegi nih, nak cop pasport kat sana ke kat sini...?? eeehhh, kat mana, eeehhhh.... dari dok pening kepala pikir dok pilih nak pi ke mana, kami pun beratur je lah....

kami pun beratur punya la panjang, dah sekerat baru terperasan yang kami salah masuk... rupanya kami termasuk kat tempat utk penerbangan transit... aduih, padan muka penat beratur... lain kali baca elok2, pi kat tempat yang dia tulis PASPORT.... hahahahahahahaa... kesian kat ayah, penat berdiri...

dah bila salah masuk, kena lah pi beratur sekali lagi... kali ni tempat yang betul... lepas cop pasport, kami pun cari kat mana 'conveyer 11' nih, nak amik beg... rupanya nun, hujung sekali... aku suruh je mak ayah aku tunggu kat situ, sbb pintu keluar kat depan tuh jer... kalau diaorg ikut p amik beg kena jalan 2 kali pegi balik... 

rupanya aku lah org terakhir dlm kumpulan tuh nak amik beg... diaorg dah tolong amikkan beg aku sbb kami semua dah diberi tag yang sama, jd mudah kenal.... bila sampai kat situ, aku kira beg alamak tak cukup lagi satu... ohhhh, tgh jalan2 atas 'conveyer' tuh.... dgn pantas aku berlari amik beg tuh... kalau tak, satg nak kena tunggu satu pusingan lagi plak... 

lepas tuh, baru kami semua beredar dan menuju ke pintu keluar... aku bgtau yang mak ayah aku tunggu kat depan sana... bila dah cukup bilangan ahli termasuk mak ayah aku, kami semua pun keluar... tgh2 Hj Muhammad dok cari 'tour guide' yang akan bawak kami, ntah dari mana dia pun muncul... 

Hj Muhammad memperkenalkan En Karem iaitu 'tour guide' kami sepanjang di Turki ini nanti... ok, jom kita pi naik bas... aku ingat bas ada kat depan tuh, rupanya kami kena berjalan lagi nak menuju ke bas... aduih mak, byknya jalan... nasib baik hujan, sejuk lah sikit... waktu tuh dah hampir jam 8.00pg...


yeay, dah sampai kat bas... penat weh tarik beg... jom jom kita naik bas... wah excitednya...!!!



ayah ngan mak naik dulu then baru aku naik ke bas... aku kata nak dok belakang sekali, best sikit... pastuh ayah aku tanya x goyang ka... aku x sempat jawab abes lagi, terus ayah ngan mak aku pun tukar tempat ke belakang... padahal td beria dok kat depan, heheheheheee....

Hj Muhammad memberitahu yang bas yang kami dinaiki ini disediakan dengan perkhidmatan Wi-Fi... wah, bestnya... tp, yang tak bestnya ialah, tepon ku tiada bateri dan powerbank yang sudah mampus kerana tidak di cas.... huhuhuhuuuu... jd, tgk je lah org lain online...

dan perjalanan bermula bila Karem memperkenalkan diri dan pemandu bas kami iaitu Isa... Karem pun mula bercerita pengenalan ttg Turki dan memberitahu yang Istanbul ialah bandar terbesar di dunia dengan 15 juta penduduk di Istanbul sahaja... dan satu2 negara di dunia dipisahkan kepada 2 benua oleh selat Bosporus... sejarah Turki boleh dilihat jelas dengan tinggalan Empayar Uttmaniah dan juga Empayar Roman... 

dan banyak lagi di ceritakan oleh Karem ttg sejarah Turki... dan paling mengujakan ialah apabila Karem menyebut tempat lawatan pertama kami... tp, hati agak gusar, suasana pilu, mendung selepas hujan... harapnya kami dapat melawat dgn gembira nanti...

ohhhh, lawatan pertama kami pagi nih ialah ke Topkapi Palace... bayangkan baru turun kapal terbang selepas 10jam, mandi pun tak, gosok gigi ala kadar jer terus jalan2.... hahahahahahaaa.... dah nak jalan sgt, jom jalan.... 

masa menuju ke Topkapi Palace kami dikenalkan dengan beberapa monumen yang merupakan ikon Turki iaitu AyaSofiya dan juga Masjid Biru.... dan Topkapi Palace ini hanya bersebelahan dengan AyaSofiya.... 


nampak gambar aku dan mak ayah aku berlatar belakangkan AyaSofiya... sebelah tuh plak pintu masuk ke Topkapi Palace.... istana ini merupakan kediaman kerabat Empayar Uttmaniah lebih kurang 400 tahun dulu... sekarang kita masuk tgk macam mana keadaan istana yang berumur 400 thn... 

keadaan istana ni mmg cantik terjaga, di penuhi dengan bunga ros merah sepanjang perjalanan... 


tp, lepas turun kapal terbang terus pi jalan mmg penatlah... cuaca pulak macam mendung je sikit... aduih, berharap yang hujan tak turun masa kami tgh jalan2 melawat sekitar istana nih.... ayah aku gagahkan jugak berjalan.... kagum gila aku ngan ayah aku, boleh jalan sejauh sekitar istana yg agak luas dan jauh dari pintu masuk td... 

tp oleh kerana ayah aku dah jalan tersangat jauh, menyebabkan ayah mencari je tempat duduk utk berehat... aku dgn gembiranya terpaksa memaksa mak aku utk jalan2 sekitar istana.... sbb tuh byk gambar mak dari gambar ayah... 


dan ini ialah roomate aku, kak Azizah.... atas kapal terbang x abes berkenalan.... 


lepas abes bergambar kami semua di minta utk berkumpul di hadapan pintu masuk... dah cukup semua org, kami bergerak plak ke Masjid Biru.... dgn keadaan yang sejuk aman damai, jalan jauh x terasa pun... elok dah nampak bayang Masjid Biru dari jauh, ayah aku dah x larat nak teruskan jalan... jd, tour guide minta agar ayah aku tunggu di tempat bas akan dtg nanti...

jd, aku jalan sendirian je lah ke Masjid Biru... bkn sorg2 lah... ada lagi ahli kumpulan yg lain.... 


tp, kalau jalan sorg2, macam x best je... tp, bergambar itu mesti... kak azizah lah jd jurukamera plak... kami semua masuk ke dalam masjid... biru itu dikatakan bkn warna cat, ttp warna marmar yang membina masjid tuh.... kalau tgk mmg x nampak sgt pun birunya... tp, katanya, warna biru tu akan lebih kelihatan pada waktu malam... 


selepas melihat keindahan Masjid Biru atau nama sebenar masjid ini ialah Masjid Sultan Ahmed, kami semua bergerak pulak ke satu kawasan yg di panggil 'Hipodrome'...


menurut sejarah, tempat ini merupakan tempat perlumbaan kuda di zaman kuno dulu... yang tinggal adalah kewujudan 2 batu monumen nih... aku ni bkn peminat sejarah sgt, so, takde lah aku paham sgt cerita ttg kewujudan 'Hipodrome' nih... 

lepas mendengar Karem bercerita ttg 'Hipodrome' kami semua bergerak utk ke tempat seterusnya... kami semua jalanlah menuju ke tempat bas... mak ayah aku dah tunggu dalam bas nampaknya...

destinasi seterusnya ialah ke Pasar Rempah atau 'Spice Market'... apa nak beli kat sini..??? menurut kata Karem, yg byk dijual disini ialah semua rempah2, kacang2, dan macam2 jenis manisan Turki... dan ada beberapa kedai di kawasan ni yang menjual cenderamata.... 

tp, sebabkan baru je jejak kaki kat tanah Turki nih, mana nak tau apa nak cari... dari bas, kami semua kena berjalan sikit utk menuju ke Pasar Rempah tuh... sbb bas x boleh diletakkan di situ... walaupun x tau nak cari apa, aku ajak gak mak ayah aku masuk.... satg org tanya apa yg ada dalam tuh, tak tau plak... padahal kata dah sampai Turki... heheheheheee


ini adalah sebahagian jer yang aku sempat amik gambar....  mak ngan ayah dah tak larat nak jalan... dan aku pun xde benda nak beli... eeehhh, ada aku beli.... aku beli Baklava, manisan Turki yang glamer... rupa mmg cantik, tp rasanya sggggggtttt manis.... tp kacang2 kat sini mmg sedap... mungkin sbb kawasan mediteranean kot... tp, harga pun mmg sgt bersesuaian lah dgn sedap tuh, mahal lah jugak....

tp, ssb td ayah dah x larat nak jalan, jadi kami bertiga pun keluar, dan aku tertarik dgn roti pintal yang dijual... yg aku tgk dari Topkapi Palace lagi... nak kena beli nih... harga semua jenis roti, pintal ke pusing ke semua 1 Lira... alah, aku plak takdak duit Lira, tanya USD boleh dak.. dia kata 1 USD lebih kurang macam 2 Lira... tp rugi lah sikit... sori, sbb aku suka sgt roti nih, aku lupa nak amik gambar rupa roti tuh... 

sedapnya roti nih, nyum nyum... baru tersedar, yang kami belum makan lagi... dah tgh hari nih weih, patutlah lapar!!! tp kena tunggu semua org dulu... kebetulan ada masjid dpn Pasar Rempah ni, jd semua bersolat dulu sebelum bertolak utk makan... 

menunggu di tangga masjid
di dalam perkarangan masjid
pemandangan dari atas tangga masjid..
di luar 'Spice Market'
cuaca pun dah semakin panas, matahari pun dah mula meninggi... sambil2 menunggu semua org berkumpul, aku bertanya kepada Karem perjalanan dari Istanbul ke Bursa nanti... katanya mengambil masa hampir 5 jam utk sampai... boleh qada' tido dlm bas nanti, maklumlah dah kepenatan...

yg penting makan dulu, tak kisahlah nak ke Bursa ke mana ke... kami makan di sebuah kedai kebab... nama kedai tu Surbalik kalau x silap...


dalam set makanan, mesti ada salad sayur, sup sbg pembuka selera... kebab pula ialah kepingan daging yg ada nasik sikit... dan disebabkan lapar, mmglah kebab itu sgt sedap... dan pencuci mulut tuh pun aku belasah abes.... dah selesai makan, sekarang baru rasa best sikit nak teruskan perjalanan... nasib baik gak td aku telan sarapan pg atas kapal terbang, kalau tak kebulur lah jgk...

sekarang, kami semua akan bergerak menuju ke Bursa... kami akan menaiki feri utk menuju ke Bursa... macam feri dari Dover ke Calais gak... feri akan membawa muatan kereta dan lori2 kecil utk ke seberang sana.... perjalanan ini mengambil masa lebih kurang dalam 20 minit seingat aku (lebih kurang)...

aku dan mak aku turun dari bas dan menikmati pemandangan sepanjang perjalanan di atas feri ni.... 


dari feri, kemudian perjalanan diteruskan ke Bursa... dan sepanjang perjalanan tuh aku tertido... sedar2 dah nak sampai ke destinasi.... iaitu hotel tempat penginapan kami malam nih, Hotel Kervansaray... wah, bestnya, tak sabar dah nak berehat... dan kami juga diberitahu yg makan malam pukul 7mlm... 

kami sampai pun dah dekat pukul 7mlm... lepas selesai je masuk bilik dan simpan semua beg, kami semua turun utk makan malam... lepas makan, mulalah aktiviti urus diri setelah seharian berjalan dan penat dari atas kapal terbang lg... bilik mak ayah aku kat sebelah bilik aku je... senang nak lompat sana sini... heheheheee


alhamdullilah, selesai perjalanan utk hari pertama... sekarang, mulakan aktiviti mengecas tepon dan juga 'powerbank'... esok perjalanan masih jauh lg utk menjelajah Turki... oohhh, jgn lupa kat Turki pakai plug 2 pin (macam dlm gambar)... dah seleasai semua, sembang2 sikit ngan kak Zah, tutup lampu, dan terus terTIDO... 

2 comments:

  1. assalamualaikum. adik ok x trip andalusia turki ni?

    ReplyDelete
  2. Sama macam plug dekat Malaysia 2 pin.. so tak payah pakai Universal adapter kan ?

    ReplyDelete