Monday, June 15, 2015

gempa bumi 6 skala Ritcher....

aku sebenarnya tak pernah langsung pergi ke Sabah atau Sarawak setakat ini... jd bila kawan aku menyebut ttg lawatan BADAR (Badan Dakwah Kerohanian) ke Sabah, aku teruja nak ikut... dan akhirnya, dapat lah aku menjejak kaki ke Kota Kinabalu pd 3 Jun 2015...

kami bertolak ke Kundasang dari Kota Kinabalu ptg tuh... walaupun perjalanan hanya 63km, tp untuk sampai ke destinasi aku rasa hampir 1-2 jam kot... errrr, x pasti berapa lama, sbb aku tido lena gila masa tuh... aku dan rombongan menginap di 'homestay' di situ... dan pemandangannya, mmg sgt cantik dengan latar belakangnya ialah gunung Kinabalu... kami tidur di tingkat atas rumah ni... rumah kayu yg kecil tp sgt luas....

disebabkan kedatangan kami ke bumi Sabah adalah di bawah BADAR, maka aktiviti dilakukan dgn sekolah Tahfiz di kawasan Kundasang... dan selepas aktiviti rasmi, kami pergi lah membuat aktiviti tak rasmi seperti melawat kawasan menarik di situ...

dah sehari di Kundasang, tibalah hari kami nak balik semula ke Kota Kinabalu... rancangan sebelum pulang ke KK kami akan singgah ke Poring yang terkenal dengan kolam air panas... so, semua org dah bersiap, aku dah siap turunkan beg kat bawah...

sebelum pegi ke Poring, isi perut dulu, sarapan... masa tgh makan, tiba-tiba, dgr hentakan kuat sangat dari lantai tingkat atas... rumah kayu biasalah, kalau kita jalan sikit je dah berkeriuk... tp, ini bkn bunyi org jalan, tp, macam org melompat lompat... aku baru nak tegur pelajar-pelajar, tp tiba2 aku teringat yg semua dah berada di tingkat bawah bersedia nak balik...

dan bila, tersedar semua tuh, tiba2 aku ternampak yang rumah nampak bergoyang ke kiri kanan... masa tuh, takde apa yang aku pikir, yg ingat hanya nak lari keluar dari rumah.... dan masa semua dah lari keluar rumah, kami jerit 'keluar, keluar' dari luar rumah... nak pastikan semua dah keluar...

masa kami semua ada di luar rumah, tangan aku sgt menggigil... sgt sgt menggigil... dan masa tuh mata kami semua tertumpu pada gunung Kinabalu.... semua senyap... sbb bunyi gegaran sgt sgt mengerunkan.... tak de ayat yg boleh cerita perasaan mendengar bunyi yg sgt kuat tuh... seolah-olah ada helikopter yang berlegar, kapal terbang yang terbang, guruh... itulah bunyi yg mungkin boleh di sebut...

dan mata kami semua tertumpu pada gunung Kinabalu, dgn bunyi yg sgt kuat... perasaan masa tuh, macam rasa ada raksasa nak keluar dari situ.... dan ada gak terpikir, nak runtuh ka batu2 tuh...??? dan bunyi tu macam bergerak dari bawah dan menuju ke gunung Kinabalu dan terus hilang...

lepas beberapa ketika, perasaan dah mula tenang, dan kami mula bercakap, kami masuk semula ke dalam rumah... walaupun masih takut nak masuk rumah... aku baru duduk sekejap, tiba2 terasa lagi gegaran, dan aku terus jerit dan berlari.... tp, kemudian gegaran tuh hilang...

waktu tuh, nak pergi bilik air pun beratus kali pikir... takut kalau ada gegaran lagi... dan masa tuh kami semua mula memikirkan apa jd kat gunung Kinabalu..???

kepala aku asyik memikirkan kat mana gempa bumi nih..? kalau gempa bumi di Indonesia, aku rasa tak kan sekuat itu, sbb mesti akan terkena tempias pada Kalimantan dulu... kalau lah gempa itu berpusat di Filipina, mungkin Kota Kinabalu akan terima tempias dulu...

dan rupanya kami sedang berada di atas pusat gempa...!!

dan alhamdullilah, perjalanan pulang dari Kundasang ke Kota Kinabalu selamat, dan jalan raya tak dak cacat cela... tp, yg pasti aku masih ternampak-nampak kelibat gunung Kinabalu masa gegaran tuh...

masa aku menulis, dah hampir seminggu kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah... hanya ingin berkongsi perasaan... tuan rumah kami masa di Kundasang baru menyampaikan berita yang banjir lumpur melanda Mesilau... dan mereka sedang dalam keadaan berjaga-jaga...

dan sedikit berasa sedih, masih ada yg menviralkan macam2 cerita ttg gempa bumi di Sabah... dan aku bersyukur, yang kami hanya merasa gempa bumi 6 skala Ritcher itu hanya sekali sahaja..  bagi aku dan kawan yang merasa keadaan tersebut, keadaan yang bukan biasa di bumi Malaysia, sgt2 terasa dengan kesusahan dan kebimbangan mereka....

aku di sini doakan, semoga semua yang berada di kawasan gempa di Sabah sentiasa selamat dan tabah menghadapi dugaan yang dtg....

1 comment:

  1. takutnya.
    rupa2nya ada berbunyi jugak waktu gempa tu yer? ingatkan bergoyang je.

    ReplyDelete