Thursday, May 22, 2014

bercuti ke Ho Chi Minh (hari 3)

selepas melawat tempat2 menarik yang ada di kawasan Ho Chi Minh, tibalah masanya utk diri sendiri, iaitu membeli belah...aku rasa antara sbb ramai org dtg ke Ho Chi Minh adalah utk membeli belah...

so, hari ni, adalah hari bersuka ria... pagi ni setelah menyiapkan wang ringgit (matawang vietnam ialah Dong) dan senarai barangan yg ingin dibeli, kami pun keluar ke pasar Ben Thanh..


kami jalan kaki je dari hotel ke pasar Ben Thanh.. dekat jer... apa ada di pasar Ben Thanh..?? sepanjang jalan utk ke pasar Ben Thanh byk kedai2 bunga... kedai bunga segar ye, bukan bunga plastik...


dan pelbagai pilihan jenis kopi, dari jenis yang mahal ke jenis yang murah... ntah lah, menurut kata, kopi terbaik dunia datang dari negara Vietnam...


bila dah masuk dalam kawasan Ben Thanh, rupanya macam2 ada dlm nih... dari barangan basah sehinggalah barangan rumah dan kain ela...



kalau rajin, jalan2 satu pasar nih, sbb pilihan terutama utk kain pasang lagi byk... pandai2 lah tawar menawar...

tp, bg yg dtg ke sini dgn objektif utk mencari kain pasang utk dibawa pulang, jgn lupa sediakan duit byk2 yek... rata2 pekedai di sini lebih suka kalau berjual beli menggunakan USD berbanding dgn Dong... matawang Dong agak kecil nilainya, hampir sama dgn nilai matawang Rupiah...


setelah penat tawar menawar td, dah sampai masa 'lunch'.... disebabkan hari ni adalah acara sendiri, jd aku ngan Yon pi lah melilau cari makan... agak susah nak cari makanan halal kat sini... tp, setelah melilau berdasarkan kad nama yg kami dpt masa membeli belah kat Ben Thanh td, dpt jugak lah berjumpa dgn kedai yg menjual makanan halal... tak tau nak makan apa, aku pilih nasi goreng je dlm senarai menu, heheheheee (baik makan kat Malaysia je)...

lepas dah kenyang, kami jalan balik semula ke hotel... sambil jalan2 nak balik ke hotel, amik gambar sama... sambil menyelam minum air...




ptg tuh, aku ngan Yon balik rehat2 dulu... member2 lain ntah sedang mengabeskan duit  membeli belah lah kot... bila malam ada ala2 pasar malam kat tepi Pasar Ben Thanh tuh... baik balik merehatkan kaki dan nanti sambung membeli belah...

malamnya, kami pun jalan lah ke Pasar Ben Thanh... pasar malam ni di sebelah kanan dan kiri Pasar Ben Thanh (Ben Thanh tutup waktu malam)... yang pastinya, mmg kalau tersesat kat kawasan ni jgn risau... kenapa..?? sbb setiap pelusuk kedai mesti ada org dari Malaysia... kalau tak pun penjual2 kat situ pun kebanyakkannya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu...

harga barang kat sini hampir sama jer... yang membezakan harga adalah kualiti barang yang dijual... tp, yang menarik perhatian aku sepanjang dok asyik membeli kat sini ialah penjualan telekung sembahyang... mmg sgt cantik lah, dan harganya murah...

dan bagi yang suka baju kurung bertatahkan labuci, aku rasa mesti suka membeli belah kat sini, sbb harga sepasang baju adalah murah berbanding kalau nak beli kat Malaysia... tp kalau pi Ho Chi Minh semata mata nak beli baju je, rasa baik beli kat Malaysia jer...


pasar malam kat sini macam gak keadaannya di Malaysia... dah agak lewat dah kami keluar ke pasar malam tuh... tak membeli byk pun, tapi penuh tgn dgn beg plastik gak... heheheheeee... esok sebelum bertolak balik ke Malaysia, aku ngan Yon bercadang nak singgah di Pasar Ben Thanh sekali lagi... 

1 comment:

  1. Salam..
    Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

    No Hp / Whatsapp: +841269930648
    Fb: Loh Aeda
    Email: abdollohvet@gmail.com
    Tq..

    ReplyDelete