Sunday, April 29, 2012

Majlis Anugerah Cemerlang 2012...

cuaca mendung, menghiasi pg 28hb April 2012, yg mana telah berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) SBPIKP kali ke-8, utk thn 2012... walaupun dengan kehadiran nazir utk pemantauan bai'ah pada hari Rabu lepas, semua persiapan berjalan dengan lancar.... tp sebelum semuanya berjalan lancar, macam2 perancangan dan persiapan awal dah dibuat...

inilah rupa pentas yg dah siap...
persediaan hadiah sudah bermula 3-4 minggu sebelum majlis bermula.... tp, kemuncaknya tentulah persiapan pada hari sebelum dan pada hari upacara....




majlis raptai diadakan pada hari khamis, 26hb April sejak dari pagi hingga tengahari... tp, aku sibuk dok menyelesaikan sijil2 jd tak sempat nak tgk pun macam mana raptai pd hari tuh....

persiapan pentas 100% dapat dilihat pada ptg hari tu... kak faridah dan kak jai masing2 bwk mesin jahit utk menghasilkan langsir yg dpt korang dpt lihat pd pentas hari kejadian MAC...




then, hari jumaat 27hb April, selepas solat Isyak aku pun pegi lah ke Dewan Al-Ghazali utk melihat persiapan terakhir sebelum majlis bermula pada 28hb April... penerima2 hadiah bg ting 1, 2 dan 4 semuanya masih berlatih utk penerimaan hadiah... Khairan (2) pun masih berlatih, maklumlah pertama kali berdepan ngan hadirin yg ramai nanti... termasuklah yg memanjat tangga utk memasang langsir... kak mimi selaku S/U MAC 2012 pun terpacak disitu melihat perkembangan persiapan...




setelah semua persiapan, akhirnya tiba lah hari kejadian... menanti para hadirin, para tetamu, para penerima anugerah dan akhirnya menanti perasmi menandakan majlis sudah hampir bermula...

semua hadirin, melaporkan diri di meja pendaftaran...


ok, sambil menyelam minum air... kita amik gambar dulu...





para tetamu yang hadir...


para penerima anugerah, dan pelajar2...









dan yg penting masa majlis nih tentulah org di belakang pentas, menguruskan hadiah, menguruskan persembahan dan yg terpenting jugak, sistem PA...




dan persembahan diserikan dengan dendangan nasyid dari kumpulan Khairan (1) dan Khairan (2), serta tarian jepun, Tarian Sakura...



selepas semuanya selesai... akhir sekali, penerima anugerah bergerak ke dewan makan utk menjamu selera... dan ada yg masih tinggal utk mengabadikan kenangan terakhir di SBPIKP...




berakhir sudah Majlis Anugerah Cemerlang ke-8 SBPIKP thn 2012 ini... harap akan sentiasa menjadi lebih baik lagi thn depan... dan insyaallah, dpt lagi aku tgk MAC SBPIKP thn 2013.... 

Tuesday, April 17, 2012

meniti kejayaan...


pada hari Sabtu, 14 April 2012, kumpulan nasyid SBPIKP, kumpulan Khairan telah mewakili daerah Kubang Pasu utk ke MTQ peringkat negeri bertempat di Sungai Petani, Kedah...

alhamdulillah, thn ini, sekali lagi Khairan meneruskan perjuangan ke peringkat kebangsaan dengan menjadi Johan peringkat negeri.... tahniah di ucapkan kepada ahli2 Khairan.... 

tahniah juga utk Siti Safwatulaiman Aisyah (adik kpd Syahidul Ammar, SPM 2010) yg menjadi johan Hafazan MTQ kali ini.... TAHNIAH kepada semua yg mewakili Ikups.... semoga IKUPS sentiasa bersinar.... 

ini rakaman Khairan semasa pertandingan MTQ peringkat kebangsaan di Johor thn lepas... mana tau kot2 teringat kenangan lalu sambil2 tgk ahli2 Khairan nih.... heheheheheeee... 





Sunday, April 15, 2012

All for One, and One for All...

sabtu, selalunya mesti sedang kelas tambahan, tgk hindustan, dan aktiviti2 lepak yg lain... tp, sejak dari awal pagi semua org dok sibuk buat persiapan utk Hari Terbuka Asrama SBPIKP yg berlaku pada hari sabtu 14 April 2012.... sebenarnya, persiapan utk ini dah bermula seawal hari Rabu lagi....

byk betul rancangan utk program hari ni... yg pertama bermula pada jam 8.00pg, ialah amali sembelihan utk pelajar ting 4.... seronok sungguh tgk gelagat pelajar ting 4.... ada yg fobia darah dah duduk balik tiang, siap marah kawan yg dtg bawak ayam kat diaorg.... pelajar2 lelaki paling seronok aku tgk, asyik dok bawak ayam tuh merata-rata, sementara nak tunggu ustaz dtg dan memberikan panduan utk sembelihan yg betul....





kemudian, aku bergerak ke asrama... dok jalan2 tuh ternampak taklimat mengenai kebakaran... mmg tiap2 thn aku dgr dan tgk taklimat dari pegawai bomba mengenai kebakaran, di sekolah... tp, tiap2 kali tuh lah, baru nak ingat semula... maklumlah tak jadi mmg tak kan ingat... once dah penah jadi kat kita sendiri, mmg akan berwaspada dan sentiasa alert... mmg sgt bagus ceramah nih, tp, biasalah bdk2 asal dgr perkataan ceramah je, semua hilang... buat peringatan sebenarnya...

tgh khusyuk mendengar... 

tak sempat nak amik gambar byk, sbb bateri kamera abes lak... balik charge kejap... so, terlepas lah nak amik gambar demostrasi dengan api...

waktu tuh gak, pelajar2 yg terlibat ngan aktiviti gerai, dah mula bersiap2... tp, aku terus ke Dewan Besar utk aktiviti USIM bersama dgn pelajar Sains Tulen Agama... USIM berikan pendedahan terutama kpd pelajar2 ting 5 yg mungkin nak melanjutkan pelajaran ke USIM...



lepas abes semua kat dewan, aku pun bergerak ke asrama... dan waktu tuh tetamu kehormat, Dato' Zaini dtg utk perasmian penutup... tak sempat nak amik gambar ketika tetamu memotong riben perasmian... tiba2 dah sampai ke dewan makan...


lepas makan kat dewan mkn, jalan2 ke tempat2 jualan.... tp, sbb dah kekenyangan, tak membeli apa pun yg dioarg jual kat situ...



dan ada jugak Go-Kart, RM3 utk 3 pusingan....




dan sbb seronok sgt, yg pertama, border longkang tuh pecah kena langgar... sbb punya nak tekan minyak nak race konon.... dan yg kedua, pasu bunga isteri pengetua pecah, sbb panik nak tekan brek pi belasah tekan minyak... dan yg last sekali aku tgk, sapa ntah terbabas sikit masuk parit... hai, ini lah akibatnya kalau ikut perasaan... macam teror sgt dah pi tekan minyak sampai lantai...

apa pun, semuanya berjalan lancar... dah dekat jam 3ptg, aku pun balik umah... thn depan, insyaallah, semoga boleh buat yg lebih baik dari hari nih...

*rasanya Go-Kart agak bahaya... thn depan tak payah buat dah lah.... :D

Tuesday, April 10, 2012

kenangan ini utk apa..???

mmg seronok sungguh, sekali sekala ke KL walaupun atas urusan keje... tp, dok kat area KL ni, mesti ada kesabaran yg tinggi... fuh, mau tak...!!! tiap2 pagi dan ptg mesti jalan jem... macam mana leh duduk dlm jem yg kadang2 hampir 1-2 jam...???

kadang2 rasalah sekali sekala macam mana perasaan tersangkut dalam jem, sbb bkt kayu hitam, alhamdullilah, tak de jem... kalau jem, mesti ada road block... seronok tak p KL, budak2 dok tanya, aku jawab seronok, sbb seminggu tak yah tgk kelas, heheheheheeee...

mesyuarat hanya semasa office hour je, pastu bila dah abes mesyuarat balik hotel tempat menginap... tp, sbb hotel aku lepak tuh kawasan bkt bintang, so, kawasan tuh kebanyakkannya menjual brg2 yg branded lah... yg aku beli cuma minyak wangi dari Body Shop...

tp, aku rasa kenangan aku di KL kali ni mmg aku tak leh lupa... kebykkan, aku bawak balik kenangan, dlm btk gmbar... tp, kali ni, aku bwk balik byk tanda tanya, lebih dari jawapan... tp, kenapa,aku yg kena pikirkan jawapan dan soalan yg memeningkan kepala aku nih...??? soalan yg tak kan pernah keluar dlm exam PPT, PAT jauh sekali SPM...



seronok gak lama tak pi KL nih... maklumlah dok kat UPM dulu, nak jalan2 pun, duit kureng, heheheheee... sekarang ni pun, jalan2 gak, pun duit kureng jugak...

tinggalkan lah jauh2 semua nya... aku pun balik ke SBPIKP, dengan gembira.... bertemu semula ngan pelajar2 yg aku rindu, sbb hampir seminggu tak marah dioarg, heheheheeeee....
aku culik pantun ni dari satus fb arifin...

Kinabalu gunung mengawan,
makin direnung makin terharu;
Kalau rindu pandanglah bulan,
Pesan kirim di angin lalu.

(pantun ni macam perasaan aku waktu menulis nih, hehehehehee)