Monday, June 23, 2014

korea - last day

setelah mendapat rehat yang secukupnya, pg ni kami semua akan dibawa melawat di beberapa tempat di Seoul... rupanya hari ni adalah hari terakhir kami di Korea... nampaknya dah hampir tiba ke penghujung lawatan... cepatnya masa berlalu, sedih lah pulak, huhuhuuuu..

takpelah, mari kita bersuka ria dulu... pg ni, kami mula2 di bawa ke satu tempat yang memperkenalkan tradisi Korea... seronok gak dapat mengenali sedikit sebanyak budaya dalam masyarakat Korea nih... dan antara yang utama ialah pengenalan untuk membuat 'Kimchi'... Kimchi ni sebenarnya ala2 jeruk, atau kobis yg diperam dengan cili...

Kimchi ni macam sambal belacan lah, mesti ada dalam menu makanan... adalah sorg jurcakap yg memberitahu tentang pembuatan kimchi nih... macam2 lah dia dok cita sana sini pasal kimchi...


bila dia dah abes cakap then dia mula ajar macam mana nak buat kimchi nih... dan semuanya mesti bermula dgn sayur kobislah... ini bahan utama, takde kobis, x de lah kimchi...


semua bahan dah disediakan... yang diperlukan ialah kemahiran utk menghasilkan kimchi... setelah menjeling pada Ariel, jeng jeng jeng... akhirnya, kimchi aku pun berjaya dihasilkan...


tp nih, belum siap lagi... kobis yang telah dilumur dengan cili td, akan disimpan di dalam bekas ala2 tempayan... dah peram tuh dalam sebulan gak rasanya, baru lah boleh di makan... eerrr, aku tak lalu nak makan...

dah selesai membuat kimchi, kami semua layan pakaian tradisional Korea plak, iaitu Hanbok... mesti pakai, sbb asyik tgk dlm cita korea je....



comel tak, hahahahahaaa... dah dah dah, sudah lah sesi amik gambar....

lepas tuh, kami di bawa utk program membeli belah... walaupun barangan Korea sgt cantik, dan kualiti agak baik, tapi barangan di Korea agak mahal bagi sesetengah barang... mungkin ada sesetengah barang yang mungkin mempunyai harga yang rendah...

aku plak bkn lah org yg 'shoppaholic', x de masalah dengan harga barang mahal ataupun murah... kawasan membeli belah sama ada di kompleks membeli belah mahupun jualan di kaki lima, mmg sentiasa di serbu manusia...



aku mmg tak de niat utk membeli belah selain dari cenderamata kecilan utk di bawa pulang, jd setelah pusing2 kawasan tempat jualan, aku pun duduk menunggu di tempat yang dijanjikan...

dari kawasan membeli belah, kami pergi ke satu lagi tempat utk membeli belah... tp barangan yang lebih murah harganya.... iaitu di Dongdaemun...

kat sini, byk kedai yang menjual cenderamata yang kecil seperti rantai kunci atau pun pelekat peti sejuk... kerana tempat2 yang besar seperti sebelum ni agak payah nak cari benda2 macam nih... dan harga barangan boleh dikatakan berpatutan dan murah...

aku tak berkesempatan utk mencari 'brooch' Korea yang glamer tuh... tp jika ada rezeki mungkin aku dtg lg ke sini, hehehehee...

penat dah seharian menghabeskan duit dan menjamu mata.... sekarang masa utk berehat plak, sebab esok kami akan bertolak ke Lapangan Terbang Incheon utk pulang ke Malaysia...

aku berharap jika diizinkan, semoga aku dpt pergi sekali lagi ke Korea, utk pengalaman ditempat yang berbeza pula... dah termimpikan Malaysia...
Selamat Tinggal Korea... Jumpa lagi...