Friday, July 16, 2021

SELAMAT BERJUANG...

dah bersarang blog nih... lama sungguh tak update cita kat sini... dah masuk thn 2021 rupanya... dan kita pun dah menyambut ulangtahun pertama PKP sejak wabak yang dibawa oleh virus bernama Covid-19 bertandang.... banyak norma baharu yang mula dipraktikkan... terutama bagi aku sebagai guru...

'batch' tingkatan 5 yang merupakan calon SPM 2020 adalah antara yang antara yang paling mula merasai kepahitan belajar dalam keadaan norma baharu.. aku pun masa tuh mula menerokai dunia pengajaran atas talian.. bermula dengan menggunakan aplikasi Zoom untuk mengajar sehinggalah sekarang menggunakan aplikasi Delima...

tp, cita kali ni, aku nak tujukan khas buat anak2 pelajar tingkatan 5 SPM 2020.. terutama sekali yang selalu dekat dihati walau jauh di mata, pelajar kelas 5 Ikhlas dan 5 Ihsan... masa dok ber'whatsapp' baru-baru ni, tiba2 salah seorg pelajar mencetuskan idea untuk menulis terutama mengenai pelajar-pelajar ini... 

menjadi seorang guru bak kata salah seorang anak murid aku, "cg diibaratkan bintang di langit lah, terlalu banyak speciality dia, banyak ilmu macam bilangan bintang, penerang hidup di waktu malam"... ini lah jawapan aku dapat, setelah aku katakan pilihlah kerjaya lain selain dari menjadi guru... terharu gila bila baca jawapan diaorang, hahahhahaa (eeeeh, terharu tapi gelak plak, hihihihiii)... 

kisah bermula apabila sekolah tidak boleh beroperasi bermula selepas cuti Mac 2020, sehingga hampir penghujung bulan Jun 2020... dunia sekarang dah canggih, hampir setiap hari akan ada ja pelajar mengadu rindu nak balik ke sekolah... mereka mula berfikir tentang masa depan, yang mana sepatutnya mereka menduduki peperiksaan SPM pada Oktober 2020... tapi akhirnya tarikh tersebut di bawa ke hadapan sehingga lah tahun 2021...

dengan pembelajaran yang agak tak menentu dengan ketiadaan peranti, ada yang tidak mendapat akses internet di kawasan tempat tinggal... ini menyebabkan mereka mula berfikir untuk kembali ke sekolah untuk pembelajaran yang lebih baik... masa nih, korang baru teringat rindu pada cikgu yang selalu membebel dalam kelas, hahahahaha... 

menjadi seorg guru adalah yang paling indah sebenarnya, terutama sekali dengan kehadiran korang sebagai pelajar... jadi ini lah himpunan gambar, sejak tahun 2020 sehinggalah perpisahan kita pada hari peperiksaan kimia SPM 2020... 


















dan tentulah dalam ingatan paling indah pada kelas 5 Ikhlas 2020... terima kasih untuk semua kenangan manis sepanjang persekolahan bersama cikgu kelas korang nih... 
mohon maaf kalau ada yang tak dak dalam gambar... semoga ini dapat menunjukkan doa dan sayang seorang guru kepada kepada setiap pelajarnya, semoga sentiasa berjaya dalam kehidupan.. SELAMAT BERJUANG dalam meneruskan kehidupan dalam norma baharu..

4 comments:

  1. gmbaq ironman pon cg selit jugak. hahahahahaha.

    ReplyDelete
  2. Wahh semoga cikgu terus bersemangat dalam mendidik para pelajar....semoga anak2 pelajar cikgu semua terus berjaya....Insha Allah

    ReplyDelete
  3. terima kasih cg nurul, saya sayang cg nurul sangat²(muka syok HAHAHA)

    ReplyDelete