Wednesday, February 27, 2013

bercuti ke Ho Chi Minh (hari 1)

bercuti adalah utk berehat.... so, bg org yg bekerja, bercuti adalah satu nikmat yg payah utk didapati... jd, cuti panjang, kena digunakan sebaik mungkin...

ini kisah aku masa cuti yg lepas... aku berpeluang kali ni utk terbang ke Ho Chi Minh, Vietnam... hmmmm, kami pergi dgn travel agent... bermaksud, semuanya sudah diuruskan termasuk tiket penerbangan, penginapan dan perjalanan di Vietnam nanti....

tak sabar weihhh, nak terbang2 ke Vietnam pulak... Vietnam adalah negara dalam Asia Tenggara, yg mana berjiran dgn Cambodia dan Laos... rasanya tak byk beza antara Thailand ngan Vietnam kot... aku bandingkan dgn Thailand, sbb itulah negara Asia Tenggara terdekat pernah aku pergi...

kami terbang menaiki Air Asia terus ke Ho Chi Minh... penerbangan dari LCCT ke Ho Chi Minh, ambil masa dlm 2 jam... kami semua berkumpul kat LCCT, dan waktu tuh lah aku baru berkenalan ngan beberapa org, yg kebanyakkan nya kawan kepada Kak Leez....


nasib baik ada Yon, hahahahhahaa... tak lah aku boring sorg2, tak kenal sapa2.... ok, dah sampai masa naik kapal terbang.... yg ikut terbang bersama sekali wakil dari travel agent, Mr Edward dan Kent...

aku suka, aku suka, aku suka.... dpt tempat kat tepi tingkap.... hmmmm, bagus gak aku tak mabuk udara macam aku mabuk laut... kalau kat laut, dah lama aku tutup mata, nak muntah bagai.... tp, kalau naik flite, aku suka dok tepi tingkap.... ntah lah, seronok tgk pemandangan dari atas, semua benda kat bawah jd kecik2 je....

dok tepi tingkap, apa lagi dok seronok amik gambar awan je.... aku teringat kawan aku cita, waktu dia kecik2, kawan dia naik kapal terbang bg tau kat dia, "kalau nak pegang awan tuh, bukak je tingkap".... hahahhahaaa... kau!!! waktu kecik2 mmg aku percaya nak mampus lah boleh pegang awan....

awan Vietnam ngan awan Malaysia ada rupa lain ka..??? yg pi amik gambar beria tu...??? hahahhahaaa, dak pun... saja galak seronok pegang kamera....takpa takpa, biar awan tuh kat situ... 



bila dah hampir sampai ke destinasi, kapal pun dah terasa menurun, lebih jelas pemandangan kat bawah... kebetulan Ho Chi Minh agak berdekatan ngan laut... byk aliran sungai yg boleh dilihat dari atas, berselirat sana sini, bersimpang siur semua menuju ke laut....



akhirnya tiba masanya, kami mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa TanSonNhat, Ho Chi Minh, Vietnam...


lepas semua dah amik bagasi masing2, kami semua pun keluar dan ada bas mini dgn pemandu pelancong yang menunggu kami kat luar... rombongan kami ada hampir 15 org, jd kami semua akan bergerak dgn bas mini nih sepanjang lawatan.... 


pemandu pelancong kami menyambut kedatangan kami ke Ho Chi Minh dengan penuh cerita... dan bg yang tak tahu, nama lama bagi Ho Chi Minh ialah Saigon... bandar ni mmg penuh dgn motosikal... penduduk di Ho Chi Minh byk menggunakan motosikal dlm kehidupan seharian... 

sampaikan pemandu pelancong kami kata, kalau nak melintas jalan yg penuh dgn motosikal pun, tak kan ada accident... sapa2 yg lintas jalan, hanya perlu jalan, tanpa perlu peduli dgn motosikal yg mendatang, sbb pemandu2 motosikal yg akan mengelak org yg sedang melintas tuh.... aku tak berani buat... tp, aku tgk dgn mata kepala aku sendiri seperti apa yg diceritakan pemandu pelancong kami tuh...


destinasi pertama ialah tempat makan... lapar lah weih, dah lah 2 jam dok dalam kapal terbang... pastuh dok tunggu bagasi lah, kastam lah, cop paspot lah, perut pun dah mula nyanyi2... 


tak tau lah kenapa dia bagi nama 'Satay House', sbb aku rasa tak de plak aku nampak sebarang jualan sate kat sini... tp, tak mengapa.... sedap dapat makan nasi, walaupun di Vietnam....ada sate ke takde sate ke, bersyukur alhamdullillah, kenyang... lepas makan, kami bergerak ke tempat lawatan pertama... tp, sebelum tuh, singgah dulu kat satu masjid utk bersolat...


selepas semua dah selesai, kami pun meneruskan perjalanan... nak pi mana..?? kami akan pergi ke Sg, Mekong utk melihat beberapa penempatan yang ada di sana... perjalanan mengambil masa lebih dari 1 jam... tgk pemandangan Bandaraya Ho Chi Minh yg tak kurang hebat dari Bandar Kuala Lumpur... cuma tak de lah jalan2 kat sini jem tahap melampau...

kalau diperhatikan, kebanyakkan rumah2 di sini dibina lebih dari 2 tingkat... kata pemandu pelancong kami, tanah di sini sgt mahal... jd rumah dibuat meninggi kerana katanya, tanah kena bayar tapi di atas percuma...


tgk sana, tgk sini, dgr coleteh pemandu pelancong kami, kemudian mata pun makin layu... kebetulan lak perjalanan ke Sg, Mekong tu diikuti dengan hujan lebat... sejuk, ngantok, baru turun flite, lengkap semua pakej utk tido...

alhamdullilah, bukak mata, sampai dah kat destinasi, hujan pun dah reda (seriat kata org utara).... kami akan naik bot utk menjelajah ke kawasan penempatan berdekatan...



kami semua naik bot dan menuju ke kawasan perkampungan sekitar Sg. Mekong tuh... mula2 sekali bila turun dari bot, kita akan berjumpa dgn tempat membuat gula2 kelapa... ada macam2 lagi kat sana, lebih kurang macam industri kecil dan sederhana... dan mungkin sbb kami mula2 sampai ke kawasan ni dulu, jd agak teruja membeli belah kat kawasan nih...

aku rasa dlm sejam jugak lah kami kat situ... dan akhirnya waktu nak balik, kami semua perlu naik sampan utk menuju ke tempat bot berlabuh mula2 td... maksudnya, dari awal turun bot, kita akan jalan kaki merentasi kampung... dan akan balik semula ke tempat bot, dengan menggunakan sampan... hahahahahhaa, gayat mak ngkau nak kena naik sampan...




kat atas bot masa nak balik ke pelabuhan semula, kami semua di berikan air kelapa sebagai penghilang dahaga... sambil minum2, sambil bergerak pulang... mendamaikan sungguh suasana ptg, kebetulan lak baru lepas hujan...

perjalanan pulang pun amik masa lebih dari sejam... sampai kat Saigon semula dah mlm... terus plak menuju ke Restoran Empat Musim, utk makan malam...


selesai makan, barulah kami semua menuju ke hotel utk penginapan... mak eehhh, punya berjalan...




wah, bestnya masuk2 tgk bilik sgt2 besar... mata pun dah mula berat, setelah berjalan satu hari... besok satu hari lagi jalan2... berehat lah...!! abes dah hari 1... 

Wednesday, February 20, 2013

coretan kenangan.... jalan2 eropah - Alkmaar & Volendam...

kali ni aku nak berkongsi kenangan masa jalan2 dkt negara Belanda... setelah rehat dari jalan2 sekitar Brussels, dgn hujan yg agak lebat... sgt2 berharap cuaca akn jd terang...

hujan selalu turun dalam musim panas.... mmg musim panas adalah masa yg paling baik utk jalan2, tp, kena bersedia dgn hujan yg tak menentu... pg tuh bgn bersiap dan tgk luar dari tingkap... huhuhuhuhuuu, hujan lagi kat luar... hujan berentilah yek..


bila hujan dah renyai2, kami pun keluar... sambil2 jalan, amik2 gambar dgn suasana lepas hujan... sejuk...!! aku siap pinjam kak liz punya sarung tangan...



lepas tuh, Mr Fuad dan Mr Roger pun sampai... so, kami terus bertolak ke destinasi pertama pagi ni... ke Alkmaar...

pekan ni amat damai, bersih dan nyaman... suasana tempat ni sgt cantik, tambah2 lagi baru lepas hujan...



Alkmaar atau lebih terkenal sebagai 'Cheese Market' adalah tempat lawatan kami yg pertama pg nih... ada satu tempat yg dijadikan muzium keju kat sini... mula2 kami masuk ke sini, kami disajikan dgn persembahan slaid mengenai penghasilan keju di kawasan ini... ada juga potongan2 kecil keju utk dirasa...



kat dlm ni ada ditunjukkan semua peralatan yg digunakan sejak dari zaman purbakala (bukanlah zaman batu)... dan kemudian diceritakan serba sedikit penggunaan setiap alatan yg ditunjukkan... nak tanya malas, sbb nak kena cakap omputih... hahahhahaa.... jd dgr jelah...

lepas lawatan sekitar, kami semua pegi ke kedai berhampiran yg jual pelbagai jenis keju... rasalah sikit keju2 sebelum beli mana yg berkenan... masa dok jalan2 nak balik ke kereta, tiba2 kepala aku pening... pasal apa yek..???

pikir punya pikir rupanya sbb aku makan potongan keju tadi... ooohhh, rupanya keju boleh jadi pencetus pening, mungkin akibat kehadiran nitrate dlm keju... aduihhhh, pening weihhh.... jalan2 ni, kalau terkena pening nih, mmg rasa seksa gila lah... sepanjang jalan aku rasa, aku pejam mata je... telan panadol, then harap boleh lelap kejap...

hilang sikit pening kepala... so, boleh terus bergembira... yeaaayyy...!! tang bab2 lagha, semuanya ok selalu... hehehehehhehe

apa nama tempat kami pi ntah... kat sini semua tentang bagaimana keju dihasilkan ditunjukkan... selain dari tgk macam mana penyediaan keju, kami jugak dpt tgk macam mana terompah Belanda dibuat... terompah nih lebih cantik lah dari terompah kat Malaysia... hmmm, asal usul clog atau terompah di Belanda katanya adalah disebabkan oleh keadaan alam sekitar yg berair...


Belanda sebenarnya adalah negara yg berada di bawah permukaan laut... mengikut keadaan geografinya, kebanyakkan tanah2 di sini berada di bawah permukaan laut... so, maksudnya mesti sentiasa digenangi air... jd, sebab itu lah terompah kayu byk digunakan...



ingat, nak beli lah sepasang clog dari Belanda nak bawak balik... tp, harganya, mak ngkau, mahal rupanya... tak jadi lah nak beli... aku pi beli keychain bentuk clog je lah...

dah tgk keju, dan juga terompah, kami pun terus ke destinasi terakhir hari nih iaitu Volendam... Volendam ialah satu perkampungan nelayan... mmg kedudukan Volendam betul2 di tepi laut... byk kedai2 disepanjang jalan tepi laut nih... tp, dah tak larat dah nak layan... pi kedai dekat2 je...



satu perkara yg aku ingat, masa aku masuk satu kedai utk beli cenderamata, aku ditegur oleh pekedai tuh sbb aku pasai sarung tangan semasa musim panas.... aku senyum dan kata, kat sini macam dok dalam peti sejuk, walaupun musim panas... dia ketawakan aku...!!

aku mmg tak tahan kesejukan kat sini... kalau musim panas pun sejuk, macam mana musim sejuk yek...?? heheheheheee, tak palah... org gelak pun gelak lah... so, lepas membeli ntah apa2 kat situ, kami semua pun bergerak balik... sbb esok kami akan jalan lagi...
berehat dulu... sambung cita kemudian...

Sunday, February 17, 2013

balik dari KOH LIPE... (v)

setelah berada 1 mlm di Pulau Lipe, tiba masa utk pulang... tiket balik ke Pakbara jam 9.30pg... sekali lagi, utk pegi ke Pantai Pattaya, kami dah mintak utk perkhidmatan moto, utk hantarkan kami sekeluarga.

sebelum balik, jalan2 dulu tepi laut menikmati matahari terbit di pagi hari... angin dari laut sgt kuat, dgr bunyi ombak menghempas pantai, pokok2 semua meliok lentok ditiup angin yg kuat... bestnya pagi ditepi laut... Allahuakbar, cantiknya dunia...!!



aku pun pi jalan ke tepi laut, sambil amik2 gambar...




aku je jd jurukamera, sbb mak aku amik gambar aku jd ntah apa2, hehehehehehee... jd aku boh gambar mak aku... boleh mak aku glamer skit (skit jer)...

baru jam 7.30pg, balik bilik dulu, sbb tiket balik pukul 9.30 pg... pukul 8.30pg nanti baru nak gerak ke Pantai Pattaya.... tunggu punya tunggu, terlelap.... ZzZzzzzz

bgn, bgn!!! rupanya mamat yg bawak moto nak jemput kami dah sampai... aku dgn terkulat kulat, bersiap mana dan je (padan muka, sapa suruh pi tido)...  terus je kami naik moto, dan rancang utk bersarapan di 'Walking Street' je nanti....

bila dah sampai kat Pantai Pattaya, tanya kat org yg uruskan 'Long Tail Boat' tuh.... dia kata sat lagi, so, ayah aku kata nak cari makan sat... last sekali tak makan pun, aku cuma membeli keychain dan fridge magnet utk kenangan... tak sempat nak tinjau2 pun, pastuh ada org panggil utk naik bot menuju ke feri....

dlm hati aku bygkan yg kami semua kena tunggu dulu kat 'jeti' terapung tuh dulu... lepas tuh, baru kami semua akan naik feri dan berangkat pulang... sambil tgk jauhnya 'jeti' tuh...!!!


waktu naik bot, aku nak dok tepi, sbb nak tgk cantiknya air laut nih... sementara nak sampai ke 'jeti' tuh nanti...


tp, sangkaan aku rupanya meleset...!! apasal plak..??? bot tuh terus je menuju ke feri, bukan ke arah 'jeti' tuh.... mak eeehhhh, nak kena terus naik feri ka..??? takpa, jom kita naik...


naik ke feri, wah kami org yg pertama naik feri nih.... best lah boleh pilih tempat mana nak duduk... tp, akhirnya jd tak best.... kenapa..?? sbb kena tunggu org lain utk penuhkan feri, waktu aku naik ada 30minit lagi utk berlepas.... sekurang-kurangnya ada lagi 50 penumpang yg perlu naik utk penuhkan feri.... waarrrrgghhhh....

abes apa masalah menunggu..??? tak dak masalah, yg masalahnya ialah, dok atas feri tuh kena pukulan ombak... penah naik bot, dan bot tu berenti terhoyong hayang atas laut..??? waktu tuh rasa pening, nak muntah semua ada... waktu tuh dgn segera teringatkan ubat mabuk laut yg diorg nak bg semalam... telan lah weh...!!!

cepatlah penuh, cepatlah penuh.... bila dah jam 9.30pg tuh, enjin feri pun dah 'start'... waktu tuh tak sabar rasanya nak feri tuh bergerak cepat... bila dah feri mula bergerak, rasa macam lega je... tp, apa nak buat, laut bukan boleh diduga.... tiba2 feri terpaksa merempuh ombak kuat, macam naik roller coaster.... jantung tertinggal kat atas, badan jatuh ke bawah... tiba2 terbayangkan kalau naik bot laju... eeerrrkkk..???

ini semua tak de hal kalau org tuh biasa je... tp bg aku, waktu tu rasa nak muntah sgt2..!! nak buat macam mana nih? kalau nak muntah bukan leh tahan2... hah, pejam mata lah!! dgn harapan supaya aku pejam mata dan tertido... rasanya ubat mabuk laut tuh, menyebabkan aku tertido... so, mmg aku terlena, dan hanya tersedar bila feri sudah menghampiri Pelabuhan Pakbara....

yeaayyyy, alhamdullilah, dah sampai... pesanan aku, jgn lupa kalau nak pi naik feri jauh2... makan ubat mabuk laut dulu yek...

tersedar je dari tido, perut aku pun tersedar, tak makan lagi... ada hikmah gak tak makan pg td, kalau tak lagi lah nak muntah... terus pegi amik keta pi cari kedai makan dulu... dan kemudian teruskan perjalanan pulang ke Wang Kelian...

elok je sampai kat umah aku, mak ayah aku pun dah balik, tiba2 kepala aku berpusing pusing rasa ombak laut td... teringat kawan aku cakap, kalau rasa nak muntah lain kali muntah je... sbb kalau dah lepas muntah, insyaallah, lepas tuh akan hilang.... tp, kalau tak, nanti mabuk tuh, akan bawak ke darat lak... dan itu lah jd kat aku...!!

tp, itu pun tak serik lagi... takpa, mabuk laut, bukan nya sampai sethn pun (ada ke..???)... kot kalau morning sickness pasal pregnant lain lah...

oleh kerana tak larat dah kena mabuk laut, berehatlah seketika sehingga pada percutiaan seterusnya...

Saturday, February 16, 2013

KOH LIPE, THAILAND... (iv)

seronoknya bila dah turun dari feri.... akhirnya Pulau Lipe dah depan mata... tp, masih kena naik 'Long Tail Boat' utk ke sana.... sudah lah baru keluar dari feri, dok atas 'jeti' tuh, dah kena pukulan ombak pulak.... dok atas 'jeti bot' tuh pun terhoyong hayang.... agak beruntung sbb air dah mula surut waktu ptg... jd ombak pun tak begitu 'ganas'...

utk naik 'Long Tail Boat' ni, bayaran 50Baht dikenakan utk seorg... ada seorg yg dok menjual tiket yang berharga 50Baht tuh... tp, aku rasa, kalau lah ada sapa2 tak bayar pun dia tak tau... sbb tak bersistematik langsung... bahagian pulau terbahagi kepada 2... satu bahagian ialah di 'Pattaya Beach' iaitu pantai yg nampak dari jeti dan satu lagi bahagian pantai di sebelah satu lagi (tak tau nama apa)....

jd, 'Long Tail Boat' disediakan utk menghantar pengunjung terus ke setiap pantai yg diingini... aku dan keluarga akan dok di Tarutao Cabana, yg terletak di pantai sebelah satu lagi... oleh kerana nak kena naik 'Long Tail Boat' hampir dekat 20minit, aku dah mula pening kepala, sbb terbayangkan pukulan ombak laut Andaman...!!

jd, sebelum sampai ke Pulau Lipe, semua telah diuruskan ketika membeli tiket... kami akan turun di Pantai Pattaya... tp macam mana pun tak leh ngelak lah utk naik 'Long Tail Boat' tuh... cuma tak perlulah sampai 20minit, hanya 4-5minit, menuju ke Pantai Pattaya je.... selamat dari pening, heheheheheee....


dah sampai ke pasir pantai yg putih, tp, tak sampai lagi resort yg kami nak pi nih... kami dah diberitahu utk tunggu di sebuah resort kat situ... akan ada org yg dtg amik kami menaiki moto.... kami agak tercangak cangak kat situ, tiba2 ada org yg dtg tanya dan tolong kami confirm semula pada org kat kedai tempat kami beli tiket ari tu... org tuh org Satun tp pandai dan fasih berbahasa Melayu...

"betul, betul, tunggu kat sini, nanti ada org mai amik..." kami pun tunggu, tak lama lepas tuh ada sorg dtg dgn kertas... ayah aku beria tak mengaku sbb nama kat atas ketas tuh tulis lain dari nama dia... abes tuh, aku pun pi tgk, aku pun kata kat ayah aku... "ayah, betul lah nama ayah nih..." bkn depa eja tuh tak betul, tp, ayah aku nama Abdul Wahid, diejanya Abdoun Vahirp (bolehlah asal bunyi hampir2).... hahahahhaa...

ok, dah setel... so, pi lah ke moto dan kami semua pegi ke resort utk 'check-in'... best gak naik moto merentas pulau... macam masuk kampung mana je... yg bestnya sbb tak de jem, penuh pokok nyior je sepanjang jalan... sampai dah resort tempat kami tinggal... TARUTAO CABANA....

bila dah sampai... Subhanallah, cantiknya pemandangan.... air laut membiru, tenang... ini yg tak sabar nak terjun main laut nih...


apa pun kena pi tgk bilik dulu... harga bilik tuh 1800Baht (sori tak amik gambar)... yg mmg elok sgt ngan kami yg hanya bertiga.... dlm bilik cuma ada katil kelamin, kena minta tambah lagi satu katil... tp takde perkhidmatan katil extra kat sini... tp ada dibekalkan tilam, kira orait lah tuh... asal boleh tido...

mula2 ayah aku suruh aku pi terjun laut dulu, then pi makan... oklah, aku no hal je... lepas bersiap, kami keluar nak menuju ke laut... oooh, bilik kami agak ke belakang dari laut... tp masih nampak laut samar2 dari bilik yg kami duduk tuh... jarak cuma dlm 5minit je ke pantai...

masa jalan nak pi laut, tiba2 ayah aku pi tgk2 ada kedai2 makan ke kat kawasan nih... jalan punya jalan, ada satu kedai muslim dkt je kat situ... ayah aku kata, kita makan dulu lah... aku orait je... makan nasi goreng udang je... tp, fuuhhhh, gila punya sedap...


nampak nasik ni macam biasa je... tp, itu lah antara nasi goreng yg paling sedap aku penah makan... hahahahaha... tp harga kena terima lah, 80Baht, atau RM8... kat pulau, harga mcm tuh mmg logik lah... tp, sebab sedap, no hal 80Baht pun 80Baht lah....

dah kenyang, jd ini masanya utk terjun ke laut.... air dah mula tenang, so, tak lah ombak menghempas .... nak snorkeling,  tp tak de goggle lak... pegi je, jalan2 ke batu2 tuh, penuh je ngan ikan menyorok kat batu2 tuh.... tp, nak menyelam, dan bukak mata dlm air laut, pedih lah... goggle boleh je sewa kat sini... tp, kalau nak yg best, bawak lah yg sendiri punya...






aku main2 kat gigi air je lah... sbb tak best main air laut sorg2... pastu jalan2 lah tgk resort sebelah punya chalet...  ohhh, dari Pulau Lipe, kita boleh nampak Pulau A-dang salah satu lagi pulau yg sgt cantik... tp, pulau yg dihuni rasanya Pulau Lipe je kot... tak tau plak ada penempatan di Pulau A-dang atau tak...

kejap je lah aku main air... oklah, naik dari air terus balik ke bilik, dan urus diri... pastuh, pi keluar makan malam... makan malam, kami p ke tempat yg sama di tempat makan nasi goreng ptg td....


Tom Yam tak boleh dikecualikan... so, hidangan ni ada telur dadar, Tom Yam, sayur campur dan udang masak Paprik... wah, lagi sedap...!!! dan harga utk hidangan malam ni ialah RM43.... mak eeehhhhh, aku tak tau nak cakap macam mana sedapnya.... harga bagi satu masakan yg sedap, hanya RM43, tak leh berkira lah... lainlah, kalau RM43 tp, rasa pun hampeh... apa nama kedai ni yek..??? terlupa lak amik gambar...

masa tgh2 makan tuh tiba2 aku ternampak satu kain rentang ttg program di Pulau Lipe, dgn gambar2 yg menarik... aku suruh ayah aku tanya kat org di kedai tuh... dia kata itu program utk round island... ada 2 program, yg harga hampir sama je... program 1, 550Baht, dan yg program 2, 650Baht...

dlm program tuh ada macam2 termasuk lah snorkeling dan lawatan ke pulau2 berdekatan... macam Pulau A-dang dan Pulau Rawi yg ada sebelah Pulau Lipe nih.... alah, kami nak balik dah esok... rupanya utk menjelajah ke sekeliling pulau kena uruskan dari Pulau Lipe, bkn dari Pakbara...

tak puas hati..!!! kena mai sekali lagi... dan kali ni, kena bersedia, bawak goggle... hahahhahhaa... macam nak bersedia apa lah sgt...

ada satu perkara kat pulau ni yg kurang aku berkenan, iaitu byk anjing kat sini... hmmmm, mungkin pemilik resort bela anjing utk menjaga kawasan resort diaorg... tp, bg aku, dgn adanya anjing ni, agak terganggu keseronokan menikmati ciptaan Allah, yang secantik itu... tp, anjing2 tuh tak de lah kacau org pun...

tak palah anjing... kalau ada rezeki aku akan pegi lagi ke Pulau Lipe... tp, kali ni kena bersedia, dgn tempahan bilik secara online, jgn lupa bwk goggle (berapa kali sebut dah ni), dan kena pastikan tinggal di Pulau Lipe sekurang kurangnya 2 malam...

bagi sapa2 yg suka jalan2, ada 'Walking Street' kat kawasan nih... ada deretan kedai sepanjang jalan... bg aku yg malas jalan2, tambah lagi mata dah layu sbb main air laut, lebih baik aku tido.... bermimpi semoga dapat ke Pulau Lipe lagi...

Friday, February 15, 2013

Pakbara-Lipe... (iii)

semangat nya aku pagi nih... tak sabar2 nak naik feri utk ke Pulau Lipe... utk pengetahuan, LIPE disebut sebagai dua suku kata LI dan PE...

pagi ni mak dan ayah dah buat plan nak jenguk ke pasar kat La-Ngu... La-Ngu tak jauh mana dari Pakbara... hanya 11km, dgn jalan yg sunyi tuh, sat je dah sampai.... ada apa kat situ..??? dah nama pun pasar, besalah jual baju, dokong, cempedak, pasar basah dan byk lg lah... tak de yg menarik sgt, maksud aku tak de yg lain dari Malaysia....

tp, compare pasar kat La-Ngu dgn pasar kat Hatyai, yg berbezanya ialah ramai penjual di La-Ngu yg menjual kain tudung dan juga telekung... dan mereka kebanyakkan boleh bertutur atau memahami Bahasa Melayu... jalan2 cuci2 mata, mak aku tunjukkan selipar... uiiihhh, betul jugak... nak pi pantai kena lah pakai selipar... jgn lah pakai tumit tinggi ka, kasut kulit ka sbb nanti masuk dengan air laut, 'kering'lah kasut tuh nanti....

lepas pi pasar La-Ngu, balik lepak kat chalet sat... aku plak pi tepi laut, sambil mendengar deruan ombak air laut yg semakin naik... tiket feri 11.30pg... waktu Malaysia-Thai beza sejam je... Malaysia cepat sejam...  jd kalau Thai 11.30pg, maksudnya, jam Malaysia sudah pukul 12.30tgh.... 



kalau jalan terus je, kita akan sampai ke Pelabuhan Pakbara sebenarnya... sambil2 menanti pukul 12 tgh, tiba2 berjumpa dgn seorang pengunjung dari Jitra, asyik bersembang sembang, tak sedar masa pun berlalu....

sudah masa utk berangkat, so, kami semua pun pergi ke kedai tempat kami berurusan utk ke Pulau Lipe semalam.... keta macam mana..??? insyaallah, selamat... sbb ada satu tempat yg dikhususkan utk meletak kereta dan bayaran utk semalaman ialah 100Baht... 

tambang feri dari Pakbara-Lipe ialah 1000Baht seorg... kalau sapa yg pernah jalan2 ke Krabi, tambang bot laju utk mengelilingi kepulauan Phi Phi pun ialah 1000Baht seorg... 1000Baht lebih kurang RM100... chalet di Lipe..??? harga kat sana tak leh lah expect sama harga ngan di tanah besar... harga barang kat pulau tentulah lebih dari harga di tanah besar...

tauke kedai tempat kami beli tiket, pun bawak kami jalan kaki terus ke pelabuhan utk naik feri... kena bayar 20Baht utk masuk ke kawasan pelabuhan, lebih kurang macam cukai lah... then, dia tinggalkan kami utk naik feri... belum pun jam 11.30pg lg... jd aku pun pi lah amik gambar2 kawasan sekeliling...




perjalanan dari Pakbara-Lipe mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit... kami akan naik feri "Siam Princess" ke Pulau Lipe... makin lama dah makin ramai org menunggu... beg2 terus je bg kat diaorg, sbb diaorg akan masukkan beg ke dalam feri terlebih dahulu, org masuk kemudian... 


ingatkan kad ni adalah no tempat duduk kat dalam feri... rupanya kad ni sebagai gantian tiket je... so, tempat duduk dalam feri adalah bebas... pilih je tempat yg disukai... satu perkara yg kadang2 terlupa, MABUK LAUT.... nak pi ke laut tp, tak tahan gelora ombak.... sekali lagi, pihak feri telah menyediakan ubat mabuk laut... tp, aku berlagak sikit, tak pa tak rasa nak muntah pun... ceh sikit pun tak pandang kat ubat tuh... heheheheeee

dah dok dlm feri, boring gak... walaupun ada tv dalam tuh, tp depa pasang cita dlm Bahasa Thai lah.... feri ni lebih kecik dari feri ke Langkawi... tak salah aku boleh muat dalam 60-70 org penumpang kata ayah aku.... last sekali aku amik handphone ayah aku, main game soduku... 


main punya main, mata pun tiba2 layu... then, aku tertido... uikkksss, tiba2 terkejut bila tiba2 riuh je dlm feri... ooohhh, rupanya diaorg sedang berhenti kat satu pulau, katanya nama pulau tuh Pulau Telur... dlm kemamaian aku, aku pun tgk kat luar tingkap... tak bgn pun pi amik gambar ke apa ke... lepas tuh aku sambung balik tido... 

dah dekat nak sampai, aku terjaga... feri pun mula perlahan... kat sini tak de jeti batu, macam kat Langkawi ke Pangkor ke.... sbb diaorg nak preserve batu2 karang yang ada pada pesisiran pantai tuh... ada satu hentian di tgh2, yg hanya sebenarnya bot yg besar... so, semua penumpang turun kat situ dan akan teruskan perjalanan ke Pulau Lipe dgn menggunakan 'Long Tail Boat', atau sampan yg ada enjin...

manusia begitu ramai, mana tak nya, satu feri je boleh bawak berapa org... mau 2-3 feri sampai, tak penuh tempat tuh... dah lah tempat tuh agak kecik utk org yg ramai... tak terurus aku rasa kat situ, maksud aku, dengan manusia yg ramai, tak terkawal rasa... hmmmm, macam ala2 filem P.Ramlee dlm cita Pendekar Bujang Lapok tuh... tp, keadaan dia ramai org dok berebut nak naik bot....




tgklah berapa ramainya manusia di atas satu jeti terapung... nasib baik kami lepas dpt naik bot... ok, Pulau Lipe sudah semakin hampir...
Pulau Lipe aku dtg... heheheheee...