Thursday, February 14, 2013

Satun-Langu-Pakbara... (ii)

"Jauh Berjalan Luas Pemandangan"... jauh memandu penat satu badan... letihhhh wooo, kalau drive... dah sampai ke destinasi, mestilah kita kena cari tempat berteduh dulu...

perjalanan dari Malaysia (Wang Kelian) ke Satun, aku rasa mengambil masa 2-3 jam (ikut kelajuan cara memandu masing2)... jalan nak ke Satun lebih lengang berbanding lebuhraya di Malaysia.... jd pemanduan kita lebih selesa sbb tak payah asyik nak tekan brek je...

utk trip kali ni, aku dan keluarga tak tempah hotel online... jadi aku rasa tindakan ni agak menyusahkan kalau perjalanan percutian di buat masa cuti sekolah tambahan lagi melibatkan cuti perayaan... jd, kami memperjudikan nasib utk mengharapkan ada ruang bilik utk tinggal semalam dua....

mungkin jikalau di hari2 biasa, tak dak lah masalah sgt kot... kita boleh jumpa chalet2 yang hanya terletak bersebelahan dengan pantai... harganya, agak berpatutan di antara 700Baht ke 1000Baht... kalau convert ke RM, dlm lingkungan RM70 - RM100 (ikut tukaran mata wang asing pada ketika ini lah yek)...

setelah memandu dari satu tempat ke satu tempat, akhirnya kami berjumpa ngan satu kawasan chalet yg dekat gila ngan pantai Pakbara, dan kebetulan, masih ada bilik kosong... sori, tak tau nama tempat tuh, sbb dia tulis dlm Thai... 



bilik yg kami sewa bilik kecik yg bumbung terus ke bawah tuh... hanya berkipas angin je... harganya lebih kurang 250Baht atau RM25... kecik je, tp sgt2 bersih... 

hah, sebelah laut lagi... wah best nya dgn angin dok kat tepi laut, dgr bunyi ombak menghempas pantai... ooohhh, tp kitaorg sampai dah ptg, jadi air pun dah surut.... ada 1-2 org mungkin penduduk berdekatan dok korek tanah cari siput... 


dah jumpa tempat tido, perut pun mula berbunyi... nak cari makan kat kawasan Pantai Pakbara tak susah, kedai makan sepanjang pantai.... lagi pulak, rasa agak mudah utk makan kat sini, kerana kawasan ni ramai yg beragama Islam... pun begitu, tidak bermaksud mereka boleh bertutur dlm Bahasa Melayu yek...

tak sah kalau dah sampai Thailand tak makan Tom Yam... mestilah kena ada dlm senarai hidangan... 


hidangan ni utk kami sekeluarga bertiga je... kami sekeluarga makan kat kedai Fasai Seafood... dan harga utk hidangan yg ada Tom Yam, Ikan Masak Tiga Rasa dan Sayur Campur nih, lebih kurang 778Baht, hampir RM78 lah... mahal ke murah..??? bg aku harga tuh agak reasonable, dgn masak yg sgt sedap macam tuh, aku boleh terima....

selepas makan, kami pun mencari cari kedai2 yg menawarkan perjalanan ke Pulau Lipe... pegi je ke arah Pakbara Pier, dan pilihlah mana2 kedai yg berkenan di hati... perjalanan ke Pulau Lipe ada dua cara... menaiki feri (ala2 feri ke Langkawi) atau menaiki bot laju.... kalau naik feri, waktu utk bertolak dari Pakbara ke Lipe hanya pada jam 11.30pg... kalau nak naik bot laju, boleh pilih antara 11.30pg dan 3.30ptg....

dan perjalanan ke Pulau Lipe hanya perjalanan sehala... maksud aku, perjalanan pergi sahaja, dan kemudian perjalanan balik adalah pada keesokkan harinya... jadi, itu bermaksud kita perlu bermalam di sana... nak cari tempat penginapan pulak...!!?? jgn bimbang lagi, tanya je terus pada agen yg menguruskan perjalanan ke Lipe tuh.... semua akan diuruskan sekaligus...

tp, jgn pergi tanpa confirm tempat tinggal di Pulau Lipe... aku hampir2 tidak pergi ke Pulau Lipe hanya kerana tiada bilik kosong di sana... frust...?? agaklah... mana tak nya jauh2 drive tiba2 tak dapat melihat keindahan Pulau Lipe...

jd pesan aku kepada sesiapa shj yg mungkin ingin membuat perjalanan tanpa menempah awal, itu maksudnya menempah risiko.... lain lah kalau ada yg suka berkhemah kat tepi2 laut tuh.... heheheheeheee...

tp, ada jugak rezeki, setelah menunggu hampir sejam, org kat kedai tuh dok asyik menelepon agen2 kat Pulau Lipe... mula2 diberikan nama satu chalet kat sana, bila dirujuk kepada org di Pulau Lipe, semua bilik abes penuh ngan pengunjung.... sabar, sabar, penantian itu satu penyeksaan dan akhirnya, semua setel.... yeeeaaayyy, esok nak pi naik feri pi Pulau Lipe....


so, dah dpt apa yg diharap... balik bilik, urus diri dan merehatkan diri setelah perjalanan yang memenatkan....   esok kita pi Pulau Lipe yek.....

No comments:

Post a Comment