Wednesday, February 20, 2013

coretan kenangan.... jalan2 eropah - Alkmaar & Volendam...

kali ni aku nak berkongsi kenangan masa jalan2 dkt negara Belanda... setelah rehat dari jalan2 sekitar Brussels, dgn hujan yg agak lebat... sgt2 berharap cuaca akn jd terang...

hujan selalu turun dalam musim panas.... mmg musim panas adalah masa yg paling baik utk jalan2, tp, kena bersedia dgn hujan yg tak menentu... pg tuh bgn bersiap dan tgk luar dari tingkap... huhuhuhuhuuu, hujan lagi kat luar... hujan berentilah yek..


bila hujan dah renyai2, kami pun keluar... sambil2 jalan, amik2 gambar dgn suasana lepas hujan... sejuk...!! aku siap pinjam kak liz punya sarung tangan...



lepas tuh, Mr Fuad dan Mr Roger pun sampai... so, kami terus bertolak ke destinasi pertama pagi ni... ke Alkmaar...

pekan ni amat damai, bersih dan nyaman... suasana tempat ni sgt cantik, tambah2 lagi baru lepas hujan...



Alkmaar atau lebih terkenal sebagai 'Cheese Market' adalah tempat lawatan kami yg pertama pg nih... ada satu tempat yg dijadikan muzium keju kat sini... mula2 kami masuk ke sini, kami disajikan dgn persembahan slaid mengenai penghasilan keju di kawasan ini... ada juga potongan2 kecil keju utk dirasa...



kat dlm ni ada ditunjukkan semua peralatan yg digunakan sejak dari zaman purbakala (bukanlah zaman batu)... dan kemudian diceritakan serba sedikit penggunaan setiap alatan yg ditunjukkan... nak tanya malas, sbb nak kena cakap omputih... hahahhahaa.... jd dgr jelah...

lepas lawatan sekitar, kami semua pegi ke kedai berhampiran yg jual pelbagai jenis keju... rasalah sikit keju2 sebelum beli mana yg berkenan... masa dok jalan2 nak balik ke kereta, tiba2 kepala aku pening... pasal apa yek..???

pikir punya pikir rupanya sbb aku makan potongan keju tadi... ooohhh, rupanya keju boleh jadi pencetus pening, mungkin akibat kehadiran nitrate dlm keju... aduihhhh, pening weihhh.... jalan2 ni, kalau terkena pening nih, mmg rasa seksa gila lah... sepanjang jalan aku rasa, aku pejam mata je... telan panadol, then harap boleh lelap kejap...

hilang sikit pening kepala... so, boleh terus bergembira... yeaaayyy...!! tang bab2 lagha, semuanya ok selalu... hehehehehhehe

apa nama tempat kami pi ntah... kat sini semua tentang bagaimana keju dihasilkan ditunjukkan... selain dari tgk macam mana penyediaan keju, kami jugak dpt tgk macam mana terompah Belanda dibuat... terompah nih lebih cantik lah dari terompah kat Malaysia... hmmm, asal usul clog atau terompah di Belanda katanya adalah disebabkan oleh keadaan alam sekitar yg berair...


Belanda sebenarnya adalah negara yg berada di bawah permukaan laut... mengikut keadaan geografinya, kebanyakkan tanah2 di sini berada di bawah permukaan laut... so, maksudnya mesti sentiasa digenangi air... jd, sebab itu lah terompah kayu byk digunakan...



ingat, nak beli lah sepasang clog dari Belanda nak bawak balik... tp, harganya, mak ngkau, mahal rupanya... tak jadi lah nak beli... aku pi beli keychain bentuk clog je lah...

dah tgk keju, dan juga terompah, kami pun terus ke destinasi terakhir hari nih iaitu Volendam... Volendam ialah satu perkampungan nelayan... mmg kedudukan Volendam betul2 di tepi laut... byk kedai2 disepanjang jalan tepi laut nih... tp, dah tak larat dah nak layan... pi kedai dekat2 je...



satu perkara yg aku ingat, masa aku masuk satu kedai utk beli cenderamata, aku ditegur oleh pekedai tuh sbb aku pasai sarung tangan semasa musim panas.... aku senyum dan kata, kat sini macam dok dalam peti sejuk, walaupun musim panas... dia ketawakan aku...!!

aku mmg tak tahan kesejukan kat sini... kalau musim panas pun sejuk, macam mana musim sejuk yek...?? heheheheheee, tak palah... org gelak pun gelak lah... so, lepas membeli ntah apa2 kat situ, kami semua pun bergerak balik... sbb esok kami akan jalan lagi...
berehat dulu... sambung cita kemudian...

No comments:

Post a Comment