Saturday, March 30, 2013

ingin menggapai bintang (iii)

aku dah bersedia utk turun ke gelanggang utk tgk perlawanan suku akhir pasukan perempuan IKUPS bertemu dgn SAINA...

penuh angan, sama ada diaorg berjaya utk sampai ke separuh akhir dan terus ke perlawanan akhir...?? angan2 tuh sekejap je, bila tiba2 aku mendapat tahu yg ada org membantah perlawanan yg akan berlangsung... 

lepas mendengar kisah bangkangan tuh, aku dgn rasa sakit hati, terus balik ke asrama, dan tertido... hah, terjaga dah dekat jam 3.15ptg... alamak, game pukul 4.00ptg... aku terus bgn dan kejutkan Yon, dan bersiap utk turun pi gelanggang...

aku pun terus je berjalan ke gelanggang, dgn keadaan baru bgn tido, heheheheheee... bila aku sampai aku nampak dioarg tgh dok kat bawah khemah masih menunggu... fuhhh, ingat dah terlambat.... masa tuh aku pun bgtau mengenai insiden yg berlaku... dan undian yg dijalankan menyebabkan separuh akhir nanti, pasukan IKUPS akan bertemu dgn SEMESTI kalau menang suku akhir kejap lagi...

diaorg terperanjat... tanya aku serius ka... ada plak aku main2, siap tertido sbb marah punya pasal, hahahahaaa ... teringat aku thn lepas masa HKSBP di SEMESTI, yg mana pasukan perempuan IKUPS kalah ngan SEMESTI masa separuh akhir jugak...

TAPI...!!! utk bertemu dgn SEMESTI di separuh akhir, kena menang suku akhir dulu... ni dah perasan nak masuk separuh akhir...

perlawanan suku akhir dgn SAINA mmg mendebarkan... macam dirancang, seperti thn lepas bertemu dgn tuan rumah... thn ni pun sama jugak, bertemu tuan rumah di suku akhir... sokongan dan sorakan mestilah lebih ramai kepada tuan rumah...


bila pihak SAINA mula mendahului, tahap ketensenan dan kerisauan mmg sgt tinggi... tu lah berangan nak p separuh akhir konon, suku akhir ni pun dah setengah mati...

tp, bila IKUPS mengikut dari belakang dgn menyamakan mata 11-11 ada harapan bersinar sikit... semua cubaan pasukan IKUPS utk mendptkan 3 mata semua kebykkan nya gagal... arrggghhhh, TENSEN..!! sbb tensen yg tinggi, jd tak sempat nak snap gambar....

bila mata dah sama, SAINA plak berjaya memboloskan diri dan menyumbat mata... apa nih main macam nih...??? weiiiih, TENSEN weiiii....!!! sekali lagi IKUPS menyamakan keadaan 13-13, kemudian sekali lagi 15-15, dan yg terakhir 18-18...

bila 18-18 tuh aku terpikir kalau kena masa tambahan, IKUPS mesti tak de peluang dah... tinggal 7 saat terakhir.... aarrrggghhhh, apakah...?? tiba2 Zatul Shazreena cuba utk 3 mata, dan MASUK....!!! aku terus, melompat teruja... terus bunyi wisel penamat dan secara rasmi IKUPS menang 21-18...

warrrrgghhhhhh, apa, MENANG...?? hahahahhaa, nak tercabut jantung punya berdebar debar... keadaan macam tuh mmg bergantung pada siapa yg bernasib baik... dan nasib itu menyebelahi IKUPS, dan melayakkan IKUPS ke separuh akhir...

semua org kegembiraan.... keadaan genting macam tuh, mmg menyeksa diri... aku dapat rasakan yg pasukan SAINA merasa kesal kerana membiarkan IKUPS dpt menyumbatkan mata...

oppps, sudahlah gembira sikit2... kena bersedia utk perlawanan seterusnya...

berehat sekejap... 

Friday, March 15, 2013

ingin menggapai bintang (ii)

perlawanan hari ni cuma akan bermula jam 10.30pg nanti... aku turun ke gelanggang agak lambat hari nih... lg pun perlawanan yang pertama jam 9.30pg tidak melibatkan IKUPS...

sekali lagi, kecewa menimpa.... perlawanan pasukan lelaki menentang IGOP jatuh pada waktu yg sama... tak dapat lah pegi tgk dan memberi semangat...

hari ni Teh tak dak... rindu gak kat Teh bila dia tak dak... maklumlah bkn selalu nak dgr 'ayat suci' dari dia kecuali waktu game jer... (ex-basketballer IKUPS mesti penah dgr 'ayat suci cg Teh kan.. heheheheeee)

masa aku ngan Yon sampai kat gelanggang, waktu tuh perlawanan antara KUPSIS (SMS Kubang Pasu dan SAKBA (SMS Kepala Batas) tgh berlangsung....

selesai je perlawanan KUPSIS dan SAKBA, pasukan IKUPS dan JENAN masing2 memulakan latihan sebelum mula perlawanan... "ingat mesti menang dgn JENAN nih... kalau kalah, kiraan bilangan bola bolos mesti tak kan menyebelahi IKUPS..." aku dok mengomel kat situ...

sebelum main amik gambar dulu... muka semua mcm confident tak kalah... hehehehehehee...


perlawanan dgn JENAN tak sesengit perlawanan dgn SESTA pg semalam... sejak dari mula, IKUPS berjaya mendahului mata berbanding pihak lawan...



dan perlawanan akhirnya dimenangi oleh IKUPS dgn 24-9... kegembiraan berganda, bila berita menayatakan pasukan lelaki juga memenangi perlawanan menentang IGOP...

dan kemenangan itu menjadikan pasukan perempuan johan kumpulan B dgn menang 2 dari 2 perlawanan... pasukan lelaki pun mengikut jejak yg sama, menjadi johan kumpulan A bila menang semua perlawanan dalam kumpulan...

jd dgn secara rasminya, pasukan lelaki dan perempuan IKUPS berjaya ke perlawanan suku akhir ptg nanti... dan utk pengetahuan, semua perlawanan suku akhir sudah ditetapkan dan disebut dalam taklimat kepada pengurus dan jurulatih pada malam taklimat...

utk suku akhir lelaki,
JA akan bertemu dgn NJB, IKUPS bertemu SEMUJI
JD akan bertemu dgn NJC, KUPSIS bertemu Syed Putra
JB akan bertemu dgn NJD, Syed Sheh bertemu SAINA
JC akan bertemu dgn NJA, SAKBA bertemu STAR

utk suku akhir perempuan.
JA akan bertemu dgn NJB, SEMESTI bertemu SESTA
JD akan bertemu dgn NJC, SABDA bertemu Syed Sheh
JB akan bertemu dgn NJD, IKUPS bertemu SAINA
JC akan bertemu dgn NJA, IGOP bertemu SERATAS

perlawanan bagi pasukan perempuan jam 3.00ptg, pasukan lelaki pulak jam 4.00ptg... nampaknya mmg tak rezeki nak tgk game pasukan lelaki...

balik lunch dulu... nanti ptg kita tgk perlawanan suku akhir yek...

ingin menggapai bintang... (i)

tiba hari yang dinanti... perlawanan pusingan awal kumpulan akan bermula hari ni... pasukan perempuan tahun ni berada dalam kumpulan B bersama dgn SESTA (SMS Tapah) dan JENAN (SM Sultan Abdul Halim)...

pasukan lelaki pulak berada dlm kumpulan A besama dengan STAR (Sekolah Tunku Abdul Rahman) dan IGOP (SBP Integrasi Gopeng)... 

macam menjadi tradisi plak, mesti pasukan IKUPS akan mulakan perlawanan... game pasukan lelaki mula jam 8.30pg, game pasukan perempuan plak jam 9.30pg... agak kecewa sbb tak dapat nak tgk perlawanan pasukan lelaki sbb mereka bermain di gelanggang Kolej Mara Kuala Nerang... nak pegi balik pun dah makan masa 30 minit... 

perlawanan pertama pasukan perempuan menentang SESTA... jadual perlawanan bermula pukul 9.30pg... kalau mula awal, lagi bagus... tp tak palah, itu pengelola punya susunan, lagi pun tak dak sapa yg bantah pun hari tuh... 


waktu turun ke gelanggang, baru jam 8.30pg... rasa macam buang masa gila dok menunggu 9.30pg... pasukan SESTA pun dok berlatih kat sebelah sana...


tunggu punya tunggu, akhirnya sampai pukul 9.30pg... penantian itu mmg satu penyeksaan...


masa perlawanan antara IKUPS dan SESTA hampir bermula, Teh tepon dan tanyakan tentang pasukan perempuan... katanya, game pasukan lelaki baru saja hendak bermula... padahal dlm jadual, perlawanan bermula jam 8.30pg...

perlawanan antara IKUPS dan SESTA mmg sgt sengit... pendapat aku kerana, semua pemain masih dalam keadaan fizikal yg baik, sbb ini baru perlawanan pertama bg kedua dua pihak... mmg harapan tinggi aku utk pemain perempuan nih... perlawanan diserikan lagi dgn kehadiran bekas basketballer IKUPS, Syed, Rashid, Izwan dan Asyraf Mazli...

walaupun mendahului dari kiraan mata, ada 4 suku utk diabeskan... panjang masa, macam2 boleh jadi... jadi bila wisel penamat dibunyikan, baru secara rasmi IKUPS memenangi perlawanan pertama menentang SESTA dgn 24-21...

dan kemenangan itu makin bermakna bila mendapat berita yang pasukan lelaki juga cemerlang menewaskan STAR pada perlawanan pertama, dgn 39-17... walaupun kecewa sikit tak dapat melihat prestasi permainan pasukan lelaki...

game kedua utk lelaki dan perempuan ialah keesokkan harinya... eeerrr, satu hari menunggu perlawanan kedua... abes ptg nih nak buat apa..?? jd, semua berehat dulu, sambil diaorg dok dgr cg Qassim memberi taklimat 'panjang'... masa dok lepak2 sambil menonton perlawanan kedua antara KUPSIS dan SABDA, tiba2 muncul Syuhada Bakri, seorg lagi bekas basketballer IKUPS...

dah sokong KUPSIS hampir kepada suku kedua, jomlah kita balik... dok berehat lagi bagus... ptg ni tgk JENAN lawan SESTA lah...

dah balik asrama, tak de benda nak buat... tido je lah keje, hahahahaa... eeehhh, dah dkt waktu makan nih, buat apa tido... lepas makan, relax2 akhirnya terlena jgk... dan akhirnya aku dikejutkan oleh Yon, sbb aku janji nak ikut utk tgk game JENAN nanti...

bila sampai kat gelanggang, semua pasukan perempuan IKUPS dah melepak kat situ... esok diaorg akan bertemu dgn JENAN, dgn jahatnya, mengharapkan JENAN kalah menentang SESTA... hehehehehheee... (sori Yon)

dan harapan menjadi kenyataan... JENAN kalah kepada SESTA... jd esok tak boleh tidak, kena pastikan yang kemenangan mesti menjadi hak milik IKUPS.... hahahahahhaa (gelak jahat)...

mlmnya, aktiviti 'Malam Silaturrahim' telah digantikan dengan aktiviti tayangan atas permintaan ramai pihak... sekurang kurangnya aktiviti tayangan mengurangkan sikit kepenatan semasa perlawanan pagi dan ptg...

dan aku pun ambik kesempatan menonton tv di asrama... besok perlawanan pasukan IKUPS hanya akan bermula pada 10.30pg... apa pun, rehat dan tido dulu lah...

esok kita tgk apa yg jadi... 

Thursday, March 14, 2013

listen listen listen....

sakit hati...!!! eeeiii, macam mana nak cakap... tak terluah dgn kata2 sungguh sakitnya hati nih... dan disebabkan hati aku terlalu sakit, jd aku nak bgtau semua org...

perkara ni terjadi masa aku di HKSBP Zon Utara baru2 nih... apa yg jadi nih..??? tak de lah kes pemberontakan macam kat Lahad Datu tuh... tp, pemberontakan dalam perlawanan bola keranjang... 

pada hari aku tgh bersedia nak melihat pasukan bola keranjang perempuan IKUPS masuk ke suku akhir menentang SAINA (SMS Pokok Sena), tiba2 pihak tuan rumah dtg dan mencari wakil guru dari IKUPS utk ke bilik urusetia...

apa plak nih...??? tak kan salah kira markah kot..?? macam2 dalam kepala aku sambil berjalan menuju ke bilik urusetia... eisshhh, Teh, cikgu bola keranjang IKUPS plak tak dak waktu tuh... jd aku pun ajak sorg lagi cikgu yang kebetulan masih ada di SAINA ketika tuh... 

bila dok dalam bilik urusetia, wakil2 guru dari sekolah2 yang akan bertemu di perlawanan suku akhir dah menunggu.... setiausaha kokurikulum SAINA pun bersuara menyatakan ada bangkangan dari pihak SABDA (SMS Bagan Datoh)...

eehhh, apa nih...?? nak bangkang apa plak... tak paham aku apa yg nak dibangkang...?? semua keputusan, aku rasa tak dak masalah... 

mula2 s/u koku SAINA kata yang SABDA tidak mahu bertemu SEMESTI (SMS Teluk Intan) di peringkat separuh akhir... so, what...??? itu kan dah jelas, mmg dah ditetapkan macam tuh sebelum perlawanan mula lagi... 

tp, PK Ko SABDA menyampuk dan menyatakan bkn itu maksud dia... katanya sbb SOP (Standard of Procedure) bg bola keranjang, pasukan yang masuk ke peringkat suku akhir perlu diundi untuk bertemu dgn pasukan mana... dan bkn ditetapkan...

oppppsss, ok... yg buat bantahan ialah PK Ko rupanya...

pihak pengelola pun menegaskan yang perkara tersebut sudah diubah dan telah dinyatakan dalam syarat perlawanan yang diberikan kepada jurulatih dan pengurus sebelum perlawanan bermula...

tp, sbb org yg bantah tu Penolong Kanan, dia kata, nanti perkara ni akan di bawa sampai ke peringkat atas... aku yg tak puas hati pun menyampuk... "semua ni dah di terangkan masa taklimat sebelum perlawanan, dan ketika itu, TAKDAK sapa pun yang BANTAH..."

apa dia jawab..!! dia kata dgn selamba dan menusuk hati aku, "sy tak dak waktu taklimat malam tuh, sy baru sampai dan ternampak perkara nih..." APA...???!!! weihhh, tak dak waktu taklimat, buat lah cara org tak dak... ni org dah semua setuju, tiba2 dtg ntah dari mana main bantah je... 

pastuh ditunjuk plak kawan sebelah, "hah, kawan sy ni pun org lama gak... sy rasa dia pun terlepas pandang..".. aku menyampuk "cikgu pun ada dlm meeting (tujukan pd kawan pk ko tuh)... pasal apa tak bantah apa2 pun..??" then dia jawab, "sy pun mesti terlepas pandang gak"... weeeiiiiihhhh, terlepas pandang!!!??? APAKAH..???? nak jerit je rasa...!!!

dah tuh, yg pasukan lelaki dgn gembiranya terus dgn perlawanan suku akhir dgn tak dak masalah... semuanya sbb tak dak yg BANTAH...  SOP mana ada tulis SOP perempuan, SOP lelaki.... yg dibantah pasal SOP... tp yg menjd mangsa pasukan perempuan...!! huh...

pasal apa aku marah...?? aku rasa dia macam pentingkan diri... takut bertemu SEMESTI kot... sebut plak, "bukanlah sy rasa pasukan SABDA kuat"... berlagak gila..!! pasukan aku patutnya dpt laluan tanpa bertemu SEMESTI atau SABDA... jd, aku agak benganglah...

BANTAHAN itu menyebabkan aku rasa disabotaj... kerana disbbkan BANTAHAN tiba2 tuh, menyebabkan perlawanan separuh akhir diundi... kononnnya utk mengelakkan kesalahan ini berterusan maka, diminta utk undian dibuat utk perlawanan separuh akhir...

abes, kenapa aku setuju separuh akhir diundi...?? aku tak setuju... tapi utk menghormati org yg lebih tua dari aku... undilah... kalau itu membuatkan dia gembira... nak sgt menang... ambik lah..!!

aku tak nak perlawanan suku akhir diundi semula... eeehhh, mana boleh... semua ahli pasukan aku dah bersedia mental fizikal akan bertemu dgn SAINA di peringkat suku akhir... utk perlawanan suku akhir diundi semula, NO WAY...!!

semua ni jadi sbb apa:
1. org buat taklimat, hari pertama sebelum perlawanan... kalau rasa nak bangkang, mai lah dok hari pertama...
2. org yg buat bantahan tuh pk ko... setahu aku, bkn ke ada mesyuarat semua PK Ko utk undian kumpulan sebelum HKSBP bermula lagi... kenapa waktu tuh tak cakap kat pengelola, jgn lupa ikut SOP na... ooohh, lupa, mungkin dia tak dak jugak waktu tuh... 
3. guna perkataan SOP... tp, SOP tuh umum, utk perempuan dan lelaki... tp kenapa yg terima akibat hanya pasukan perempuan jer...???
4. kawan yg lama tuh pasal apa tiba2 terlepas pandang..??? padahal sama2 ada dlm taklimat...
5. lain kali kalau nak BANTAH guna SOP, bawak sekali SOP original yek... tak dak org boleh pertikai, termasuk aku...
6. apa guna tuan rumah, kalau tidak menghormati keputusan mereka..???

dan apa pun, pasukan IKUPS terpaksa terima tempiasnya... kalah atau menang mmg itu adat pertandingan... tp, kekalahan pasukan aku disebabkan bantahan seorg yg tidak ada dlm taklimat... dan aku rasa ini tak patut sgt2... 

aku rasa s/u ko SAINA juga agak terasa, bila dia ada menyebut "hilanglah kuasa sy sbg pihak pengelola..."

*aku minta maaf kalau ada pihak tersinggung... sbb aku rasa tersinggung dgn apa yg jd pada aku... pasal pasukan aku kalah, aku boleh terima... sbb itu mmg ketentuan yg sudah ditakdirkan utk pasukan IKUPS... tp, sbb cara pasukan aku kalah tuh yg menyebabkan aku yg akan simpan dlm hati... dan kalau pasal SOP tuh yg nak dibawa ke peringkat atas, sekarang dgr yg bkn SOP ni bising plak... 

Sunday, March 10, 2013

Hari Kecemerlangan SBP Zon Utara 2013...

selalunya, HKSBP Zon Utara mesti akan dibuat waktu cuti pertengahan MAC... aku sebenarnya sudah ingin menarik diri dari menjadi guru pengiring ke HKSBP thn ni sbb ada program yang sudah aku rancangkan masa cuti nanti... tp, agaknya, jodoh aku sbg guru pengiring itu masih kuat, tiba2 HKSBP dipercepatkan pada 7 - 10 Mac 2013...

kali ni tuan rumah HKSBP dekat je ngan IKUPS, walaupun berada di daerah berbeza... kami keluar dari sekolah pukul 2.30ptg, sbb nak bagi laluan utk pasukan hoki dulu... lepas antar pasukan hoki, kami teruskan perjalanan ke SAINA (SMS Pokok Sena), tuan rumah HKSBP 2013...

kami sampai pun dah dekat pukul 5ptg... pi pendaftaran, simpan beg, amik gambar, dah dekat pukul 5.30ptg... Mr Liew minta utk jumpa dgn pemain pukul 5.45ptg... aku minta diaorg pi jumpa dulu then pegi solat Asar... aku tak tunggu pun ptg tuh, sbb aku pun balik asrama utk solat Asar...

mlm tuh, macam biasa, taklimat bagi pengurus dan jurulatih bola keranjang... tak de isu yg menarik muncul... cuma pengurus pasukan STAR minta di awalkan perlawanan antara STAR dan IGOP... cuaca pun, terang alhamdullilah... insyaallah, perlawanan esok akan berjalan dgn lancar... 

kawasan SAINA ni sgt besar... jauh kami berjalan dari asrama nak ke blok akademik.... penat woooo... nasib baik, ada org nak tolong antarkan balik ke asrama lepas meeting tuh... 

tidolah, esok pagi ada game... hehehehee, macam aku yg main...