Friday, March 15, 2013

ingin menggapai bintang (ii)

perlawanan hari ni cuma akan bermula jam 10.30pg nanti... aku turun ke gelanggang agak lambat hari nih... lg pun perlawanan yang pertama jam 9.30pg tidak melibatkan IKUPS...

sekali lagi, kecewa menimpa.... perlawanan pasukan lelaki menentang IGOP jatuh pada waktu yg sama... tak dapat lah pegi tgk dan memberi semangat...

hari ni Teh tak dak... rindu gak kat Teh bila dia tak dak... maklumlah bkn selalu nak dgr 'ayat suci' dari dia kecuali waktu game jer... (ex-basketballer IKUPS mesti penah dgr 'ayat suci cg Teh kan.. heheheheeee)

masa aku ngan Yon sampai kat gelanggang, waktu tuh perlawanan antara KUPSIS (SMS Kubang Pasu dan SAKBA (SMS Kepala Batas) tgh berlangsung....

selesai je perlawanan KUPSIS dan SAKBA, pasukan IKUPS dan JENAN masing2 memulakan latihan sebelum mula perlawanan... "ingat mesti menang dgn JENAN nih... kalau kalah, kiraan bilangan bola bolos mesti tak kan menyebelahi IKUPS..." aku dok mengomel kat situ...

sebelum main amik gambar dulu... muka semua mcm confident tak kalah... hehehehehehee...


perlawanan dgn JENAN tak sesengit perlawanan dgn SESTA pg semalam... sejak dari mula, IKUPS berjaya mendahului mata berbanding pihak lawan...



dan perlawanan akhirnya dimenangi oleh IKUPS dgn 24-9... kegembiraan berganda, bila berita menayatakan pasukan lelaki juga memenangi perlawanan menentang IGOP...

dan kemenangan itu menjadikan pasukan perempuan johan kumpulan B dgn menang 2 dari 2 perlawanan... pasukan lelaki pun mengikut jejak yg sama, menjadi johan kumpulan A bila menang semua perlawanan dalam kumpulan...

jd dgn secara rasminya, pasukan lelaki dan perempuan IKUPS berjaya ke perlawanan suku akhir ptg nanti... dan utk pengetahuan, semua perlawanan suku akhir sudah ditetapkan dan disebut dalam taklimat kepada pengurus dan jurulatih pada malam taklimat...

utk suku akhir lelaki,
JA akan bertemu dgn NJB, IKUPS bertemu SEMUJI
JD akan bertemu dgn NJC, KUPSIS bertemu Syed Putra
JB akan bertemu dgn NJD, Syed Sheh bertemu SAINA
JC akan bertemu dgn NJA, SAKBA bertemu STAR

utk suku akhir perempuan.
JA akan bertemu dgn NJB, SEMESTI bertemu SESTA
JD akan bertemu dgn NJC, SABDA bertemu Syed Sheh
JB akan bertemu dgn NJD, IKUPS bertemu SAINA
JC akan bertemu dgn NJA, IGOP bertemu SERATAS

perlawanan bagi pasukan perempuan jam 3.00ptg, pasukan lelaki pulak jam 4.00ptg... nampaknya mmg tak rezeki nak tgk game pasukan lelaki...

balik lunch dulu... nanti ptg kita tgk perlawanan suku akhir yek...

No comments:

Post a Comment