Friday, March 15, 2013

ingin menggapai bintang... (i)

tiba hari yang dinanti... perlawanan pusingan awal kumpulan akan bermula hari ni... pasukan perempuan tahun ni berada dalam kumpulan B bersama dgn SESTA (SMS Tapah) dan JENAN (SM Sultan Abdul Halim)...

pasukan lelaki pulak berada dlm kumpulan A besama dengan STAR (Sekolah Tunku Abdul Rahman) dan IGOP (SBP Integrasi Gopeng)... 

macam menjadi tradisi plak, mesti pasukan IKUPS akan mulakan perlawanan... game pasukan lelaki mula jam 8.30pg, game pasukan perempuan plak jam 9.30pg... agak kecewa sbb tak dapat nak tgk perlawanan pasukan lelaki sbb mereka bermain di gelanggang Kolej Mara Kuala Nerang... nak pegi balik pun dah makan masa 30 minit... 

perlawanan pertama pasukan perempuan menentang SESTA... jadual perlawanan bermula pukul 9.30pg... kalau mula awal, lagi bagus... tp tak palah, itu pengelola punya susunan, lagi pun tak dak sapa yg bantah pun hari tuh... 


waktu turun ke gelanggang, baru jam 8.30pg... rasa macam buang masa gila dok menunggu 9.30pg... pasukan SESTA pun dok berlatih kat sebelah sana...


tunggu punya tunggu, akhirnya sampai pukul 9.30pg... penantian itu mmg satu penyeksaan...


masa perlawanan antara IKUPS dan SESTA hampir bermula, Teh tepon dan tanyakan tentang pasukan perempuan... katanya, game pasukan lelaki baru saja hendak bermula... padahal dlm jadual, perlawanan bermula jam 8.30pg...

perlawanan antara IKUPS dan SESTA mmg sgt sengit... pendapat aku kerana, semua pemain masih dalam keadaan fizikal yg baik, sbb ini baru perlawanan pertama bg kedua dua pihak... mmg harapan tinggi aku utk pemain perempuan nih... perlawanan diserikan lagi dgn kehadiran bekas basketballer IKUPS, Syed, Rashid, Izwan dan Asyraf Mazli...

walaupun mendahului dari kiraan mata, ada 4 suku utk diabeskan... panjang masa, macam2 boleh jadi... jadi bila wisel penamat dibunyikan, baru secara rasmi IKUPS memenangi perlawanan pertama menentang SESTA dgn 24-21...

dan kemenangan itu makin bermakna bila mendapat berita yang pasukan lelaki juga cemerlang menewaskan STAR pada perlawanan pertama, dgn 39-17... walaupun kecewa sikit tak dapat melihat prestasi permainan pasukan lelaki...

game kedua utk lelaki dan perempuan ialah keesokkan harinya... eeerrr, satu hari menunggu perlawanan kedua... abes ptg nih nak buat apa..?? jd, semua berehat dulu, sambil diaorg dok dgr cg Qassim memberi taklimat 'panjang'... masa dok lepak2 sambil menonton perlawanan kedua antara KUPSIS dan SABDA, tiba2 muncul Syuhada Bakri, seorg lagi bekas basketballer IKUPS...

dah sokong KUPSIS hampir kepada suku kedua, jomlah kita balik... dok berehat lagi bagus... ptg ni tgk JENAN lawan SESTA lah...

dah balik asrama, tak de benda nak buat... tido je lah keje, hahahahaa... eeehhh, dah dkt waktu makan nih, buat apa tido... lepas makan, relax2 akhirnya terlena jgk... dan akhirnya aku dikejutkan oleh Yon, sbb aku janji nak ikut utk tgk game JENAN nanti...

bila sampai kat gelanggang, semua pasukan perempuan IKUPS dah melepak kat situ... esok diaorg akan bertemu dgn JENAN, dgn jahatnya, mengharapkan JENAN kalah menentang SESTA... hehehehehheee... (sori Yon)

dan harapan menjadi kenyataan... JENAN kalah kepada SESTA... jd esok tak boleh tidak, kena pastikan yang kemenangan mesti menjadi hak milik IKUPS.... hahahahahhaa (gelak jahat)...

mlmnya, aktiviti 'Malam Silaturrahim' telah digantikan dengan aktiviti tayangan atas permintaan ramai pihak... sekurang kurangnya aktiviti tayangan mengurangkan sikit kepenatan semasa perlawanan pagi dan ptg...

dan aku pun ambik kesempatan menonton tv di asrama... besok perlawanan pasukan IKUPS hanya akan bermula pada 10.30pg... apa pun, rehat dan tido dulu lah...

esok kita tgk apa yg jadi... 

No comments:

Post a Comment