Sunday, November 22, 2015

gambar kelas 2015...

majalah Al-Hikmah edisi ke 11 dah di edarkan kepada pelajar pada hari terakhir persekolahan 2015... tahun 2015, aku cikgu kelas 4 Ikram... walaupunbegitu tak banyak masa aku dengan ahli kelas 4 Ikram sbb aku tak mengajar kelas nih...

walaupun x banyak masa kami bersama sebagai guru-pelajar, tp aku byk berkongsi pengalaman dengan diaorg... semoga ahli kelas 4 Ikram 2015 sentiasa cemerlang walaupun di mana jua berada...


Thursday, June 25, 2015

phuket - krabi - hatyai

alhamdullilah, dah berehat... segarlah sikit.... hari ni, nak balik ke Krabi... pagi tuh, kami pi sarapan kat kedai depan hotel je... nasi campur ala Thai, sedap...

lepas makan, kami pun check-out dari hotel... sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Krabi, kami singgah kat tepi pantai sekali lagi... dan amik gambar dulu, utk kenang-kenangan...


lepas tuh, kami pun meneruskan perjalanan pulang.... aku ingatkan ayah aku utk singgah di 'Sarasin Bridge'.... sekali, terlepas plak jalan utk ke bahagian bawah jambatan tuh.... x de rezeki nak amik gambar kat jambatan tuh...

tp, kami berhenti gak kat jambatan tuh, sbb ada gerai2 menjual barangan laut kering kat situ.... dan ayah aku beli nenas madu yang mmg manis gila...

sekali lg aku gunakan khidmat Waze utk penunjuk jalan pulang ke Krabi... ttp macam mana ntah, aplikasi Waze telah memberikan laluan terjauh utk sampai ke Krabi... dan kami terpaksa berpatah balik ke jalan yang asal... macam mana yang tersedar jalan jauh tuh..? bila berenti utk isi minyak, ayah dok beramah mesra bertanya kan jalan ke Krabi...

org tempatan di situ pun menunjukkan lah jalan ke Krabi.... ayah aku pun heran lah sbb dalam Waze tunjuk sebelah lain... lalu org2 di situ, suruh kami patah balik... sebenarnya jalan yg kami nak pergi berdasarkan Waze tuh pun betul, tp perjalanannya sgt jauh...

patutlah, nampak keadaan x berapa nak sama dgn keadaan masa nak pi Phuket hari tuh... heheheheee, dah salah jalan semua je perasan.... itu salah itu betul....

masa kami sampai di Ao Nang dah agak ptg... niat di hati nak tinggal di hotel tempat kami menginap dulu, La Venice Hotel... tp, agak susah nak parking kat kawasan tuh... kami melilau gak nak cari hotel dekat Ao Nang... pi tanya sana sini, semuanya full, kalau x full harga mahal gila...

last sekali, kami pergi je ke pekan Krabi dan tido di Hotel BoonSiam, hotel kami menginap masa dtg hari tu... selesa dan harga yang berpatutan...

esok harinya, kami teruskan perjalanan pulang ke Hatyai... dari Hatyai terus balik ke Malaysia... lepas ni, aku rasa aku akan buat tempahan awal utk hotel...

tidak ada masalah utk mencari hotel pada hari kejadian... byk pilihan hotel yang ada di sana... tp, aku rasa dengan buat tempahan 'online' kita dapat jimat gak wang sbb ada byk promosi harga kadang2 hanya ada pada tempahan 'online'... satu lagi, x perlulah kita melilau mencari hotel yg menepati bajet kita.....

lepas nih, kalau ada rezeki yang lebih, mungkin aku akan dtg sekali lagi ke Phuket, dengan lebih persedian nak terjun laut.... heheheheheeee...

Wednesday, June 24, 2015

krabi - phuket

alhamdullilah, setelah berehat, segarlah sikit nak menyambung perjalanan ke Phuket plak hari nih.... sebelum pi mana pun kena isi perut dulu... aku rasa agak mudah kalau nak cari makan terutamanya makanan Islam kat kawasan Krabi... majoriti penduduk Krabi beragama Islam....

lepas makan sarapan pagi ala kadar, sekadar mengisi perut, aku ajak ayah utk singgah di Aonang sekejap... dah malam td, tak de jodoh nak sampai ke Aonang... lgpun bila cuaca cerah, senang sikit nak cari jalan... kalau tersesat pun tak lah risau sgt...

dan seperti sebelum ini, aku gunakan khidmat Waze sebagai penunjuk jalan ke Aonang... rupanya agak jauh gak perjalanan dari pekan Krabi menuju ke Aonang... walaupun hanya memakan masa sekitar 20-30 minit tp, kalau sesat, tension gak lah... mau tak tension, kiri kanan penuh dengan pokok kayu balak, tak kayu balak hutan belukar...

alhamdullilah, akhirnya kami sampai gak di Aonang.... dan aku abadikan lah sekeping gambar kat Aonang nih... lepas tuh, kami teruskan perjalanan ke Phuket... perjalanan ni amik masa lebih kurang 2 jam...

xde pemandangan yang menarik sepanjang ke Phuket... yang ada, hanyalah kiri kanan jalan dihiasi dengan pokok balak yg hampir 3-4 meter tinggi aku rasa... xdelah nak jumpa bangunan yang tinggi2...  dan jalan nak ke Phuket ni agak banyak mendaki dan bengkang bengkok sikit... bg aku ni, gayat sikit lah...

di sebabkan aku x pernah sampai ke Phuket, walaupun menaiki kapal terbang, aku agak teruja utk melihat bagaimana Pulau Phuket terpisah dari tanah besar... ayah aku memberitahu ada jambatan yang menyambung pulau Phuket ni dgn tanah besar... dan aku membayangkan macam Pulau Pinang dengan Seberang Jaya...

perjalanan memandu ke Phuket lebih mudah berbanding memandu ke Krabi, sbb papan tanda kebanyakkan di tulis dalam tulisan rumi.... berbanding byk tulisan Siam semasa perjalanan dari Hatyai ke Krabi...

dan akhirnya, kami selamat tiba di Phuket, dengan merentasi jambatan 'Sarasin Bridge'... ada tempat bagi pejalan kaki di bahagian bawah jambatan nih... jd aku bgtau ayah aku untuk singgah kat jambatan tuh waktu balik nanti...

tempat pertama yang kami pergi ialah 'Patong Beach'... dan sekali lagi sebelum sampai ke destinasi, kena merentas muka bumi Phuket yang berbukit bukau ni... maksudnya jalan mesti bengkang bengkok dan mendaki bukit.... jgn lupa pastikan kereta yang anda naiki mmg diselenggara dgn baik sbb mmg Phuket ini xde yang tidak berbukit....

di sbbkan Phuket merupakan sebuah pulau.,..  jd, Phuket dikelilingi dgn laut... sepanjang perjalanan, banyak je pantai2 yang ada....

akhirnya setelah merentasi jalan berbukit bukau bengkak bengkok, kami sampai ke pantai Patong... salah satu tempat di mana berlakunya Tsunami pada Disember 2004 yang lalu...


dah lama gila dalam keta, perut pun dah lapar, kebetulan pun dah tengahari... ayah ajak jalan2 cari mana kedai makan yang ada... masa nak cari kedai makan, ternampak byk gerai2 makan tepi2 laut nih.... singgah je lah, lagipun dah lapar gila nih....

kami pun meninjau lah apa makanan yang ada... sambil2 tuh ayah bertanya kepada peniaga yang menjual di situ.... rupanya ada ekspo makanan muslim di pantai mulai malam tuh.... wah bestnya... x perlu lagi melilau nak cari kedai makan, makan je kat sini..


aku sgt suka makanan Thai... sbb pedas dan masam yg sgt sedap...

lepas makan, barulah kami bergerak mencari hotel utk menginap malam ni... hotel kat sini byk... cuma harga je lain... setelah bertanyakan harga setiap hotel yang kami singgah, akhirnya dpt lah satu yg menepati... murah dan bilik di tingkat bawah....


dan yang best sekali ialah kolam dok depan bilik... aku dah semangat nak terjun kolam malam tuh... TAPI...!!!! aku tak bawak plak baju nak pi terjun kolam... ayah aku kata, kita p beli je kat kedai2 depan tuh... setakat t-shirt ngan seluar basahan... malas lah pulak.... so, tgk je lah kolam tuh...


ayah tanya kat penjaga kaunter hotel, apa tempat menarik di Phuket selain dari pantai yang bersepah... dia mencadangkan byk aktiviti yang bersesuaian... tp, kami agak tertarik bila org itu mencadangkan utk melihat pemandangan dari matahari terbenam dari 'Karon View Point'...

jd ptg tuh, kami menaiki kereta utk ke tempat yang di sebut...


kebetulan plak awal gila kami ke situ, jd aku x tunggu lah sampai matahari terbenam... tp pemandangan pulau Phuket dari atas sgt mengangumkan...


dari atas puncak Karon, kami pergi ke Rawai... tp, oleh kerana hari dah mula gelap, nak berjalan nih x berapa pasti... cari tempat mesti tak jumpa... jd malam tuh, kami pi semula ke ekspo kat pantai Patong tuh... lepas makan, kami blk bilik... urus diri, dan berehat.... esok kita jalan sebelum pulang ke Krabi....

Tuesday, June 23, 2015

hatyai - krabi

cuti pertengahan penggal... yeeeaaaayy, cuti sekolah 2015 dah mula.... macam2 dah rancangan dibuat untuk menghabiskan cuti sekolah kali ni....

rancangan awal aku ngan mak ayah aku ialah terbang melawat ke Indonesia iaitu ke Padang / Bukit Tinggi.... tp ntah pasal apa, banyak betul halangan nak pergi ke Padang / Bukit Tinggi nih... jd akhir sekali, kami sekeluarga tak jadi lah ke Padang... rancangan bertukar, bila ayah cadangkan untuk batalkan je rancangan ke Padang, dan kami ke Phuket utk cuti nanti... aku setuju jer...

disebabkan Krabi, kami dah penah sampai waktu thn 2011 dulu... tp, waktu tuh kami pergi dengan khidmat van... so, kali ni kami bercadang untuk pandu kereta sendiri dan uruskan perjalanan kami sendiri... mula2 aku nak tempah hotel guna agoda je... tp ayah aku kata, kita pergi 'walk-in' je nanti... mana2 hotel yang 'available'....

aku tak lah rasa jauh sangat perjalanan nak ke sempadan Thai, sbb aku mmg tinggal kat Bukit Kayu Hitam jer.... pg2 lepas sarapan kat rumah, kami pun bertolak lah ke Hatyai.... sebab dah banyak kali, maksud aku sudah banyyyaaaakkkk kali, so, aku tak de teruja gila....

bagi yang nak memandu sendiri ke Thailand, cuma perlu buat insuran keta Thailand... eeerrrr, tak salah aku RM14 utk seminggu kot (ini harga thn 2015 yek).... jgn lupa isi borang utk mengecap paspot dan sediakan lah RM2 masa nak cap paspot tuh.... aku tak tau bila masa barisan kat kaunter paspot ni xde orang... sbb aku pi masa mana pun, pg ke ptg ke mesti barisan panjang berjela...

zaman sekarang kan dah canggih... takut satg salah jalan ke Krabi, aku beli sim kad tepon yang boleh guna internet sekali.... tak delah mahal sangat, aku beli dalam 330Baht je (lebih kurang RM35)... kalau nak gunakan perayauan antarabangsa pun bleh... tp aku rasa agak mahal kalau guna 'roaming' merentas negara....

kami drive dulu ke Hatyai... kat sini, kami isi perut dulu sbb perjalanan dari Hatyai ke Krabi amik masa lebih kurang 4 jam.... so, aku pun mula gunakan Waze utk perjalanan kami... aku compare penggunaan Waze dgn Google Maps, xde beza sgt....

sebelum ni, tak dak lah aku tumpukan perhatian pada sekeliling kawasan semasa dalam perjalanan ke Krabi... tp bila dah drive sendiri, so, aku pekalah sikit dengan alam sekeliling.... jalan sgt cantik, tak berlubang dan besar... tak banyak sangat kenderaan yang lalu lalang, bkn sunyi, tp tak de lah sampai penuh sesak jalan dengan kenderaan...

perjalanan ke Krabi agak bosan.... bukan apa, xde langsung pemandangan yang menarik sepanjang jalan.... semuanya hanyalah hutan belukar jer.... ngantuk gak.... punyalah lama perjalanan, akhirnya kami berenti sekejap kat stesen minyak mencari tandas.... tgk dari rupa fizikal bahagian luar, macam tak berjaga... rasa macam tak selesa nak ke tandas pun.... bila masuk tgk, mmg tertipu dgn rupa luaran yang buruk tuh.... sgt bersih tandas kat situ....

mata aku asyik baca 'signboard' jer.... tgk Krabi berapa jauh lg.... sebenarnya dalam waze pun, ditulis 'estimated time arrive'.... akhirnya bila sampai kat pekan Krabi, rasa macam lega.... dan pekan Krabi masih lagi sama seperti 4 thn lepas, x de byk berubah...

tempat pertama, kami amik gambar kat ikon pekan Krabi.... batu bentuk ketam kat situ.... tempat ni macam tempat wajib lah, kalau tak bukan nama sampai kat Krabi...


perut pun dah mula lapar... maklumlah lama gila dlm keta.... kami pun pergi ke kedai makan masa mula2 kami sampai thn 2011 dulu.... dah lah lapar, parking full tuh... aduih...!!! kitaorg nak makan gak kat situ, sbb kedai makan tuh kedai muslim... nak melilau cari kedai muslim agak payah sikit... last sekali ayah suruh aku ngan mak turun pergi buat pesanan, dia tunggu dalam keta jer.... elok kitaorg pesan makan, ayah pun dtg....

pastuh ayah tanya, nak tido di mana, nak cari hotel di pekan Krabi atau nak ke Aonang... aku jawab, jomlah kita ke Aonang.... so, lepas makan, kitaorg terus ke Aonang.... tp, disebabkan hari hampir malam, dan kebetulan plak samsung ku pun dah abes bateri.... x de lah Waze utk tunjuk jalan.... dah tuh, gelap plak sbb dah malam.... baca punya baca kona kanan kona kiri, aihhh.... lah ni tempat sama gak...

ikut perjalanan dalam 20 minit je dari pekan Krabi ke Aonang.... tp dah disebabkan salah tang mana ntah, kami sampai balik ke tempat yang sama iaitu kat pekan Krabi.... ayah cadangkan tido je di pekan Krabi, sbb agak berisiko nak ke tempat yang tak biasa dan malam plak....

akhirnya, kami semua tido di Hotel Boonsiam.... hotel yang sama kami tido masa datang thn 2011 dulu.... rasa mmg x de jodoh nak ke Aonang hari ni, x kesahlah, lebih baik berehat je.... lagipun dah seharian dok dalam keta hari nih...
selamat malam... insyaallah, esok akan ke Phuket plak...

journey to turkey... day 2 ~3 Jun 2014~

hari ni, hari kedua kami di Turki... hari ni segar lah sikit, dah berehat secukupnya... sarapan pagi bermula jam 7 pg di hotel tempat kami menginap... oooh, Subuh di sini masuk jam 3.30pg... jd pukul 7 tuh matahari dah tinggi segalah dah... eeerrr, takde lah segalah, itu hiperbola jer tuh, heheheheee....

kami turun ke lobi hotel dgn semua beg bagasi... lepas tuh, baru pergi utk menikmati sarapan pg... yang menarik perhatian aku kat hotel ni ialah lif hotel nih... dah lah kecik, dah tuh jenis yg kena bukak pintu lif baru boleh masuk...

kak zah, kak shima ngan kak ana jd model lif

dan lif ni paling maksimum boleh memuatkan 4 org jer pada satu2 masa... jenuhlah jgk nak menunggu giliran kalau ramai yang menunggu....

apa pun jom kita sarapan dulu lah...


kalau keju tuh, semua jenis keju ada kat situ... jem, semuanya diletakkan dalam mangkuk jer... dan sayuran hijau mmg tak terkecuali... makanan lain2 pun byk... aku amik sup, sbb sup kat sini sedap... tp, sup pagi ni aku rasa macam makan bubur cha-cha plak, heheheheee...

dah selesai makan, kami semua berkumpul kat lobi hotel utk menaiki bas ke destinasi lawatan pagi nih... sementara dok menunggu bas, kami pun amik kesempatan amik gambar kat depan hotel... wah sejuknya pagi2... cuma tak keluar asap je bila bernafas....


bila bas sampai, mulalah semua beg dimasukkan ke dalam bas.... tak sabar nak jalan dah pagi nih... bila beg semua dah masuk dalam bas, kami pun dah naik dan bersedia dalam bas, Karem pun memulakan bicara pagi nih...

Karem menceritakan serba sedikit tentang Bursa... yg mana Bursa juga sering dipanggil 'green Bursa' kerana pemandangannya yang segar dan menghijau... kami akan meninggalkan Bursa pagi nih... tp sebelum tuh, kami akan dibawa melawat ke satu masjid tertua di sini, 'grand mosque' kalau tak salah aku....

kawasan masjid ni sgt bersih dan cantik... masa kat dalam masjid ni, ada satu tempat yang menarik perhatian aku iaitu tempat wudhuk yang dibuat dalam bentuk air pancut yang sgt cantik...


dah melawat masjid dan bergambar semua, kami kemudian berjalan kaki menuju ke satu kawasan kedai, Koza Han.... tp, sbb kami di sini terlalu awal, kedai2 di sini masih lagi belum dibuka sepenuhnya... Koza Han bermaksud kedai sutera macam tuh lah...


byk tudung sutera yang dijual kat sini... ttp oleh kerana masa yang diberi terlalu singkat, aku mak aku jer yang masuk ke dalam, ayah aku dok diluar menunggu bawah pokok.... kebanyakkan tudung2 kat sini semua jenis bidang kecik, tp menarik... nak cari tudung berbidang besar agak payah.... bila dah jumpa, seronok pulak memilih... nasib baik masa yang diberi singkat, kalau tak abes semua kedai aku pusing...

selepas membeli belah kami diberitahu yang kami akan melawat di satu lagi masjid yang dipanggil Masjid Hijau.... pun nama ini diberi kerana marmar yang digunakan menampakkan warna hijau dari kejauhan... perjalanan agak lebih kurang sejam jugak lah utk ke 'Green Mosque' nih....

masa tgh dok berkumpul di luar perkarangan Koza Han, tiba2 Umair, ahli kumpulan kami yang darjah 3, dtg bertanya ttg tag nama... katanya tag dia hilang, ada nampak tak..?? Hj Muhammad ketua kumpulan kami pun melawak dgn Umair... "selalu kalau ada ahli kumpulan hilang tag nama, denda dia kena tinggal kat Turki"... pastuh ayah aku pun dok melawak jugak... tiba2 Umair menangis, wargghhhh....

semua org macam, terus buat macam2 nak pujuk si Umair... mak Umair pun pujuk sambil kata amik lah tag nama dia buat ganti... sekali tiba2 mak Umair terperasan yg tag Umair, dia yg pakai.... kami semua pakat tergelak... rupanya depa dah pi cari merata... tup tup, rupanya mak Umair yg pakai...

Umair pun dah dpt balik tag nama dia... dan kami pun naik bas dan bertolak ke destinasi seterusnya...

bila sampai, kami kena berjalan sikit utk ke perkarangan Masjid Hijau.... kemudian, diberi penerangan oleh Karem... lepas Karem abes cakap je, aku, mak dan ayah mencari tandas dulu... hahahahaa, aku rasa macam ini adalah tempat kunjungan wajib dalam ekplorasi nih... dah ke tandas barulah kami menjenguk masjid nih luaran dan dalam...

ada kawasan perkuburan raja di kawasan Masjid Hijau ni... tp kedudukan dia agak tinggi, kena mendaki tangga plak....


lepas melawat dan bergambar, kami semua pun menuju ke bas... tp sbb kedudukan bas agak jauh, so kami kena berjalan kaki menuju ke bas... sambil jalan2 tuh ada plak kedai2 kecil yang menjual cenderamata, berenti sekejap dan membeli beberapa cenderamata... ayah aku dah bising, so, aku pun x sempat beli byk....

perjalanan kami sekarang menuju ke Kusadasi, yang mengambil masa hampir 8 jam di dalam bas.... mak ehhh, jauhnya... Karem juga memberitahu, kami akan berhenti utk makan tengahari di Arkinsar iaitu pertengahan jalan ke Kusadasi....

kata Karem semakin keluar dari kawasan Bursa, warna hijau segar agak payah kelihatan... bentuk muka bumi dan iklim juga semakin berbeza dari Istanbul...

sambil2 dok mendengar cerita Karem sekali sekala, dok layan tepon... maklumlah dah ada wifi kan, kita layan whatapps lah... sambil menyampaikan berita kat adik di Malaysia ttg kesihatan mak ayah kat Turki waktu tuh...

akhirnya setelah lama gila dalam bas, kami pun tiba di destinasi kami utk makan tengahari hari nih iaitu di Arkinsar...


itu lah rupa kebab daging... yang aku suka setiap kali makan, mesti ada sayur... aku ni mmg suka gila sayur, dan sekali lagi sup tuh menepati selera.. selepas makan tengahari, kami solat dulu... sebab perjalanan kami jauh lagi utk menuju ke destinasi....

ada lagi beberapa jam utk sampai ke destinasi... ntah bila masa aku terpejam, lena.... bila sedar dari tido, kami dah hampir sampai... dan aku tertarik dengan tanaman hiasan di tepi jalan raya, iaitu pokok oren...



dan akhirnya, kami sampai ke hotel... dan pemandangannya, ya Allah, sangat cantik dengan laut membiru.... aku ngan kak Azizah dah 'plan' nak bergambar di tepi laut lepas dapat bilik nanti...


bestnya, pemandangan dari bilik ialah laut yang terbentang luas... sementara nak menunggu makan malam, kami pi bergambar di tepi pantai dulu...


dah abes bergambar, kami pun terus pegi utk makan malam... lapar dah nih.... menu wajib mesti ada keju, ada roti dan ada buah zaitun... masakan pun agak rasa berbeza berbanding di Istanbul... lebih rasa minyak zaitun.... 


dah selesai makan, jom balik ke bilik utk urus diri setelah seharian di dalam bas... esok kita memulakan pengembaraan yang seterusnya.... 

gambar kelas 2013...

lepas mencari gambar kelas 2012, aku asyik berfikir aku jd cg kelas utk kelas mana pada tahun 2013... jenuh aku pikir...

akhir sekali, baru aku ingat... aku jd cikgu kelas ting 4 thn tuh... aku jarang2 jd cikgu kelas ting 4, sbb tuh terlupa ingatan sikit, heheheeee...

jd, setelah mencari kat sana sini, gambar kelas 4 Ikhlas  2013, akhirnya jumpa juga gambar ni.... 



Saturday, June 20, 2015

gambar kelas 2012...

hari Rabu lepas, selepas sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, kami menjamu selera di kantin sekolah utk makan tengahari...

masa tgh makan tuh, tiba2 aku dan kawan2 ditegur oleh bekas2 pelajar perempuan... dan salah seorang dari kumpulan belas pelajar tuh ialah pelajar kelas aku masa di tingkatan 5...  kemudian, ada lah aktiviti mengimbas kembali ahli kelas...

baru aku sedar yang aku tak masukkan gambar kelas 5 Ikhlas 2012...



Monday, June 15, 2015

gempa bumi 6 skala Ritcher....

aku sebenarnya tak pernah langsung pergi ke Sabah atau Sarawak setakat ini... jd bila kawan aku menyebut ttg lawatan BADAR (Badan Dakwah Kerohanian) ke Sabah, aku teruja nak ikut... dan akhirnya, dapat lah aku menjejak kaki ke Kota Kinabalu pd 3 Jun 2015...

kami bertolak ke Kundasang dari Kota Kinabalu ptg tuh... walaupun perjalanan hanya 63km, tp untuk sampai ke destinasi aku rasa hampir 1-2 jam kot... errrr, x pasti berapa lama, sbb aku tido lena gila masa tuh... aku dan rombongan menginap di 'homestay' di situ... dan pemandangannya, mmg sgt cantik dengan latar belakangnya ialah gunung Kinabalu... kami tidur di tingkat atas rumah ni... rumah kayu yg kecil tp sgt luas....

disebabkan kedatangan kami ke bumi Sabah adalah di bawah BADAR, maka aktiviti dilakukan dgn sekolah Tahfiz di kawasan Kundasang... dan selepas aktiviti rasmi, kami pergi lah membuat aktiviti tak rasmi seperti melawat kawasan menarik di situ...

dah sehari di Kundasang, tibalah hari kami nak balik semula ke Kota Kinabalu... rancangan sebelum pulang ke KK kami akan singgah ke Poring yang terkenal dengan kolam air panas... so, semua org dah bersiap, aku dah siap turunkan beg kat bawah...

sebelum pegi ke Poring, isi perut dulu, sarapan... masa tgh makan, tiba-tiba, dgr hentakan kuat sangat dari lantai tingkat atas... rumah kayu biasalah, kalau kita jalan sikit je dah berkeriuk... tp, ini bkn bunyi org jalan, tp, macam org melompat lompat... aku baru nak tegur pelajar-pelajar, tp tiba2 aku teringat yg semua dah berada di tingkat bawah bersedia nak balik...

dan bila, tersedar semua tuh, tiba2 aku ternampak yang rumah nampak bergoyang ke kiri kanan... masa tuh, takde apa yang aku pikir, yg ingat hanya nak lari keluar dari rumah.... dan masa semua dah lari keluar rumah, kami jerit 'keluar, keluar' dari luar rumah... nak pastikan semua dah keluar...

masa kami semua ada di luar rumah, tangan aku sgt menggigil... sgt sgt menggigil... dan masa tuh mata kami semua tertumpu pada gunung Kinabalu.... semua senyap... sbb bunyi gegaran sgt sgt mengerunkan.... tak de ayat yg boleh cerita perasaan mendengar bunyi yg sgt kuat tuh... seolah-olah ada helikopter yang berlegar, kapal terbang yang terbang, guruh... itulah bunyi yg mungkin boleh di sebut...

dan mata kami semua tertumpu pada gunung Kinabalu, dgn bunyi yg sgt kuat... perasaan masa tuh, macam rasa ada raksasa nak keluar dari situ.... dan ada gak terpikir, nak runtuh ka batu2 tuh...??? dan bunyi tu macam bergerak dari bawah dan menuju ke gunung Kinabalu dan terus hilang...

lepas beberapa ketika, perasaan dah mula tenang, dan kami mula bercakap, kami masuk semula ke dalam rumah... walaupun masih takut nak masuk rumah... aku baru duduk sekejap, tiba2 terasa lagi gegaran, dan aku terus jerit dan berlari.... tp, kemudian gegaran tuh hilang...

waktu tuh, nak pergi bilik air pun beratus kali pikir... takut kalau ada gegaran lagi... dan masa tuh kami semua mula memikirkan apa jd kat gunung Kinabalu..???

kepala aku asyik memikirkan kat mana gempa bumi nih..? kalau gempa bumi di Indonesia, aku rasa tak kan sekuat itu, sbb mesti akan terkena tempias pada Kalimantan dulu... kalau lah gempa itu berpusat di Filipina, mungkin Kota Kinabalu akan terima tempias dulu...

dan rupanya kami sedang berada di atas pusat gempa...!!

dan alhamdullilah, perjalanan pulang dari Kundasang ke Kota Kinabalu selamat, dan jalan raya tak dak cacat cela... tp, yg pasti aku masih ternampak-nampak kelibat gunung Kinabalu masa gegaran tuh...

masa aku menulis, dah hampir seminggu kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah... hanya ingin berkongsi perasaan... tuan rumah kami masa di Kundasang baru menyampaikan berita yang banjir lumpur melanda Mesilau... dan mereka sedang dalam keadaan berjaga-jaga...

dan sedikit berasa sedih, masih ada yg menviralkan macam2 cerita ttg gempa bumi di Sabah... dan aku bersyukur, yang kami hanya merasa gempa bumi 6 skala Ritcher itu hanya sekali sahaja..  bagi aku dan kawan yang merasa keadaan tersebut, keadaan yang bukan biasa di bumi Malaysia, sgt2 terasa dengan kesusahan dan kebimbangan mereka....

aku di sini doakan, semoga semua yang berada di kawasan gempa di Sabah sentiasa selamat dan tabah menghadapi dugaan yang dtg....

Tuesday, January 13, 2015

gambar kelas 2014...

majalah Al-Hikmah dah diterima oleh aku sebelum cuti akhir persekolahan tahun 2014 lagi... jd, semua calon SPM 2014 dapat menatap majalah sekolah sebelum menghabiskan persekolahan di Ikups... masa mula2 kelas 5 Ikhlas 2014 dapat majalah Al-Hikmah, semuanya tekun menelek dan membaca majalah tuh...

tekun tuh..!! macam dalam majalah tuh ada soalan exam... mmg semua senyap jer... heheheheeee... kat sini cuma aku nak berkongsi gambar kelas 5 Ikhlas 2014, bg sesiapa yg teringin nak tau siapa ahli kelas nih...