Wednesday, June 24, 2015

krabi - phuket

alhamdullilah, setelah berehat, segarlah sikit nak menyambung perjalanan ke Phuket plak hari nih.... sebelum pi mana pun kena isi perut dulu... aku rasa agak mudah kalau nak cari makan terutamanya makanan Islam kat kawasan Krabi... majoriti penduduk Krabi beragama Islam....

lepas makan sarapan pagi ala kadar, sekadar mengisi perut, aku ajak ayah utk singgah di Aonang sekejap... dah malam td, tak de jodoh nak sampai ke Aonang... lgpun bila cuaca cerah, senang sikit nak cari jalan... kalau tersesat pun tak lah risau sgt...

dan seperti sebelum ini, aku gunakan khidmat Waze sebagai penunjuk jalan ke Aonang... rupanya agak jauh gak perjalanan dari pekan Krabi menuju ke Aonang... walaupun hanya memakan masa sekitar 20-30 minit tp, kalau sesat, tension gak lah... mau tak tension, kiri kanan penuh dengan pokok kayu balak, tak kayu balak hutan belukar...

alhamdullilah, akhirnya kami sampai gak di Aonang.... dan aku abadikan lah sekeping gambar kat Aonang nih... lepas tuh, kami teruskan perjalanan ke Phuket... perjalanan ni amik masa lebih kurang 2 jam...

xde pemandangan yang menarik sepanjang ke Phuket... yang ada, hanyalah kiri kanan jalan dihiasi dengan pokok balak yg hampir 3-4 meter tinggi aku rasa... xdelah nak jumpa bangunan yang tinggi2...  dan jalan nak ke Phuket ni agak banyak mendaki dan bengkang bengkok sikit... bg aku ni, gayat sikit lah...

di sebabkan aku x pernah sampai ke Phuket, walaupun menaiki kapal terbang, aku agak teruja utk melihat bagaimana Pulau Phuket terpisah dari tanah besar... ayah aku memberitahu ada jambatan yang menyambung pulau Phuket ni dgn tanah besar... dan aku membayangkan macam Pulau Pinang dengan Seberang Jaya...

perjalanan memandu ke Phuket lebih mudah berbanding memandu ke Krabi, sbb papan tanda kebanyakkan di tulis dalam tulisan rumi.... berbanding byk tulisan Siam semasa perjalanan dari Hatyai ke Krabi...

dan akhirnya, kami selamat tiba di Phuket, dengan merentasi jambatan 'Sarasin Bridge'... ada tempat bagi pejalan kaki di bahagian bawah jambatan nih... jd aku bgtau ayah aku untuk singgah kat jambatan tuh waktu balik nanti...

tempat pertama yang kami pergi ialah 'Patong Beach'... dan sekali lagi sebelum sampai ke destinasi, kena merentas muka bumi Phuket yang berbukit bukau ni... maksudnya jalan mesti bengkang bengkok dan mendaki bukit.... jgn lupa pastikan kereta yang anda naiki mmg diselenggara dgn baik sbb mmg Phuket ini xde yang tidak berbukit....

di sbbkan Phuket merupakan sebuah pulau.,..  jd, Phuket dikelilingi dgn laut... sepanjang perjalanan, banyak je pantai2 yang ada....

akhirnya setelah merentasi jalan berbukit bukau bengkak bengkok, kami sampai ke pantai Patong... salah satu tempat di mana berlakunya Tsunami pada Disember 2004 yang lalu...


dah lama gila dalam keta, perut pun dah lapar, kebetulan pun dah tengahari... ayah ajak jalan2 cari mana kedai makan yang ada... masa nak cari kedai makan, ternampak byk gerai2 makan tepi2 laut nih.... singgah je lah, lagipun dah lapar gila nih....

kami pun meninjau lah apa makanan yang ada... sambil2 tuh ayah bertanya kepada peniaga yang menjual di situ.... rupanya ada ekspo makanan muslim di pantai mulai malam tuh.... wah bestnya... x perlu lagi melilau nak cari kedai makan, makan je kat sini..


aku sgt suka makanan Thai... sbb pedas dan masam yg sgt sedap...

lepas makan, barulah kami bergerak mencari hotel utk menginap malam ni... hotel kat sini byk... cuma harga je lain... setelah bertanyakan harga setiap hotel yang kami singgah, akhirnya dpt lah satu yg menepati... murah dan bilik di tingkat bawah....


dan yang best sekali ialah kolam dok depan bilik... aku dah semangat nak terjun kolam malam tuh... TAPI...!!!! aku tak bawak plak baju nak pi terjun kolam... ayah aku kata, kita p beli je kat kedai2 depan tuh... setakat t-shirt ngan seluar basahan... malas lah pulak.... so, tgk je lah kolam tuh...


ayah tanya kat penjaga kaunter hotel, apa tempat menarik di Phuket selain dari pantai yang bersepah... dia mencadangkan byk aktiviti yang bersesuaian... tp, kami agak tertarik bila org itu mencadangkan utk melihat pemandangan dari matahari terbenam dari 'Karon View Point'...

jd ptg tuh, kami menaiki kereta utk ke tempat yang di sebut...


kebetulan plak awal gila kami ke situ, jd aku x tunggu lah sampai matahari terbenam... tp pemandangan pulau Phuket dari atas sgt mengangumkan...


dari atas puncak Karon, kami pergi ke Rawai... tp, oleh kerana hari dah mula gelap, nak berjalan nih x berapa pasti... cari tempat mesti tak jumpa... jd malam tuh, kami pi semula ke ekspo kat pantai Patong tuh... lepas makan, kami blk bilik... urus diri, dan berehat.... esok kita jalan sebelum pulang ke Krabi....

No comments:

Post a Comment