Sunday, July 18, 2021

kali kelima ialah kali terakhir???

bermain sukan adalah antara satu cara untuk menghilangkan tekanan... masa bermain selalu otak takkan berfikir perkara yang serabut, yang mana kalau dok layan pun memang tak kan abes... 

tapi bila bermain dan mewakili sekolah, pulak tuh dapat mewakili zon plak... agak-agak apa perasan korang perlu membawa harapan mewakili sekolah? mewakili zon plak... bila kita adalah orang yang mewakili, tentulah mata semua mula tertumpu pada kita..

sebenarnya, aku dah memegang gelaran guru pengiring bola keranjang ni.. sejak dari aku mula-mula berkhidmat di IKUPS lagi... aku teringat zaman mula-mula bawa pelajar mewakili sekolah ke peringkat daerah... 'dribble' bola yang paling asas pun tak reti, hahahahahaa... sehinggalah Cg Teh datang dan membawa harapan ke dalam pasukan bola keranjang...

kalau masa awal2 tahun 2005, mula2 bawak IKUPS pi wakil sekolah ke peringkat daerah Kubang Pasu, dah boleh agak dah... mesti bawak balik kalah lah... kalah dah satu hal, markah jaringan 0 plak tuh... ish ish ish... rasa nak menyorok ja dalam sekolah, tak mau keluar p mana dah... 

sebab itu lah mesti ada usaha... tp, tingkatkan usaha sahaja tanpa pengetahuan pun tak berguna... alhamdulillah, dengan kehadiran Cg Teh, dia lah antara orang yang banyak mencurahkan perhatian dan segala pengetahuan kepada pasukan Bola Keranjang IKUPS.. 

prestasi IKUPS di persada daerah Kubang Pasu naik perlahan-lahan... di sebabkan selalunya pasukan IKUPS selalu kalah awal, jd aku ni tak peduli sangat pasal pengiraan mata.. tapi bila, prestasi mula meningkat, mata aku pun mula terbuka sedikit demi sedikit... walaupun masih tak pandai sangat dalam peraturan permainan nih... 

bila prestasi di peringkat daerah mula bersinar, IKUPS pun mula mengorak kecemerlangan dalam peringkat Zon, semasa HKSBP Zon Utara... aku pun tak berapa ingat, bila pasukan IKUPS mula mendapat Johan Daerah.. tapi, pasukan lelaki agak payah sikit nak melepasi peringkat suku akhir.. kalau lepas ke suku akhir pun itu dah kira, pencapaian yang agak WOW... 

tahun 2020, IKUPS sekali lagi mendapat peluang mewakili Zon Utara untuk ke peingkat kebangsaan... setelah mendapat tempat kedua apabila kalah dengan pasukan SMSAH... kekalahan yang sangat menyakitkan dengan pasukan SMSAH... dan menjadikan kekalahan ini lebih menyakitkan, kami bertanding di SMSSAH... SMSAH adalah antara lawan tradisi IKUPS dalam perlawanan bola keranjang nih... selain dari pasukan SMK pulau Nyior.. 

aku secara serius, tak pernah menyangka dengan prestasi buruk yang ditunjukkan oleh pasukan IKUPS semasa tahun 2020, masih lagi membolehkan mereka mendapat tempat di peringkat akhir.. 

masa tahun 2019, buat kali pertama, IKUPS yang telah mewakili zon utara ke peringkat kebangsaan lima tahun berturut turut, mendapat tempat... walaupun tempat keempat... kegembiraan aku terutamanya tak dapat dinyatakan dengan lisan... pergghhh, berbunga bunga hati bila nama sekolah disebut untuk ke depan untuk disarungkan pingat.. 

aku senyum tahap lebar kot... tapi, aku berseloroh menyatakan kepada bekas2 pemain IKUPS yang kebetulan datang memberikan sokongan... "sy rasa kali kelima kita wakil zon, kali kelima baru nampak hasil... rasa ni last dah kot... sy rasa kali tak kan ada kali keenam dah kot..."

diaorg pun macam nak mengaku ya ka tak mau mengaku... muka serba salah... heheheheee.. aku kata, "takpa, kita tgk lah macam mana thn depan... ada harapan ka kita nak mai kebangsaan buat kali keenam?"

gambar: terpancar kegembiraan pada wajah pemain walaupun dapat tempat kedua...

dapat gak kalungan pingat walaupun kali ni bkn pingat emas... 

ini lah antara kemenangan, yang rasa macam tak best nak rai... tp sebab dalam pertandingan akhir, kalau tak dapat tempat pertama, mesti dapat tempat kedua... kalau dapat tempat kedua, mmg sah akan ke peringkat kebangsaan...

ok, nampaknya telahan aku salah kot... mungkin ada jodoh ke peringkat kebangsaan untuk kali keenam... 

tapi manusia hanya merancang, Allah yang jua menentukan... akhirnya terkubur keseronokan untuk ke Kuala Lumpur untuk peringkat kebangsaan mewakili zon untuk kali keenam... terkubur kerana, bulan Mac, rakyat Malaysia dikenakan PKP... sepatutnya pertandingan peringkat kebangsaan bulan Mei...

jadi... adakah benar kali kelima ialah kali terakhir...??? 

No comments:

Post a Comment