Monday, December 23, 2013

PENIPUAN...

cuti2 sekolah ni mmg agak boring dok kat umah tak buat apa2... tgh dok lepak dalam bilik pagi tuh, tiba2 hpku berbunyi... disebabkan aku ada 2 hp, jd agak terkejut bila hp kedua ku ni berbunyi... sbb tepon ku itu hanya digunakan ketika aku sesak dan hanya org tertentu je tepon no tuh... heheheheheee...

eh, berbalik pada cerita sebenar... 
tepon bunyi, apa lagi, terus macam kilat terpa kat tepon tuh... bila tgk pada nombor tertera, eissshhh, no 03-21788888, kalau kad kredit, aku tak pernah bg no tepon nih... hmmmm, takpelah, aku angkat... dgr suara robot pompuan cakap omputih... 

yg aku ingat ayat ni.... "if u had made a transaction amount RM3800 (tak ingat exact amaun) please press bla bla bla..." pastuh sora robot tuh kata "press 9 if u wish to talk to our customer service..." press 9..?? hmmm, pelik sbb jarang aku jumpa yg suruh tekan 9 utk cakap ngan operator dia... tp, aku tekan gak lah 9 tuh...

sbb aku rasa macam aku tak berapa dgr dan sebenarnya tak berapa nak paham... dah lah sora robot, dan yang paling aku tak paham ialah dia bagitau yang panggilan itu dibuat dari Ambank... sbb aku mmg tak dak akaun ngan Ambank... bila aku tekan 9, sorg lelaki jawab panggilan aku, dan aku bg tau yg aku tak paham apa yg diberitahu... 

org tu minta utk memberikan no kad pengenalan, utk semak... aku bagi lah.. dok dgr dari jauh bunyi ketikan papan kekunci... pas semak, org itu menjelaskan bahawa, kad dibawah nama aku telah digunakan utk membuat transaksi sebanyak RM3800 untuk membeli emas, di KLIA dengan menggunakan kad kredit Ambank... 

hah, sat sat sat... wei, aku tak dak akaun pun ngan Ambank, kad kredit ngan Ambank lg lah takdak... tp bila dgr RM3800 tuh, mmg cuak gak aku... gila ko, RM3800 tuh!!! lama2 dok cakap tuh, tiba2 teringat aku pernah gak terbaca pasal kes macam nih dlm fb ke dlm email ke mana ntah... tp pernah terbaca lah...

dlm dok terpikir, dgr org laki tuh cakap lagi, dia boleh blok kad tuh... then byk betul dia cakap, dan satu lagi menyebabkan aku tersedar ni antara penipuan, sbb dia sebut kad tuh sedang digunakan utk membeli emas di Poh Kong KLIA....

APA!!??? sejak bila KLIA ada Poh Kong, ke aku tak sedar selama nih... dia membebel lagi, bagitau yg ada org telah menggunakan nama aku, pastuh tanya kad pengenalan aku penah hilang ke bla bla bla... lagi aku tersedar, weih, kalau operator bank tak sompek nak cakap byk2...takpa, aku layan jer...

then last sekali dia bagitau supaya aku membuat aduan kepada Bank Negara... aku kata ok, dan nak letak tepon, tp org tuh beria ia bagi semua detail... "sila buat laporan pada Bahagian Laporan BNM, no telefon 03-27885046... no kad 4455.... dan didaftarkan di Plaza OSK Ampang, bla bla bla....

pas aku kata ok, pun dia cakap lagi... lepas tuh baru dia letak... 

ok,dah teringat cerita pasal penipuan semua tuh, tak kan aku nak tepon no yg aku tak tau tuh, jd aku tepon operator 103, tanya nombor "Ambank customer service"... bila aku call Ambank, pihak Ambank tuh pun dah tau apa yg kita nak bagitau... dia cuma tanya ada bg no akaun ker tak...? aku teringat yg aku ada bg no kad pengenalan... operator Ambank tuh kata tak jadi masalah, cuma takut bg sebarang no akaun jer... abes tuh, abes, letak tepon...

itu satu beza bila org yg menipu cakap dgn operator bank sebenar cakap... tp, agak lega mendengar jawapan dari operator Ambank tuh td... dan aku nak berterima kasih pada sesiapa yg pernah menulis cerita sebegini sebelum nih... mungkin aku baca secara tak tersengaja... 

jd, kalau ada org memberi nasihat atau peringatan dalam btk email atau dalam fb, amik tau lah jgk, sbb mana tau jadi kat diri sendiri... 

terima kasih sbb membaca... semoga kita tak jadi mangsa PENIPUAN...

Tuesday, June 18, 2013

korea - day 3

dah hari ketiga aku di korea... sekejapnya masa berlalu... bgn dari tido, tiba2 teringat ramalan kaji cuaca tentang salji akan turun pagi ni... tgk2 lah kat luar, tak de apa pun... dlm pukul 6 pg tiba2 nampak macam kapas terbang2... wah, SALJI... hahahahaa, org pèrak, tak penah tgk salji lah katakan... oppsss, 6 pg dah cerah terang berderang yek...


lepas siap2 semua, aku pun pi utk sarapan... sambil makan sarapan, sambil tgk salji yg makin lebat... 


mcm best je, makan sambil tgk salji... kalau kat Malaysia, selalu tgk hujan lebat, kat sini, salji lebat... tp, sebenarnya aku tak prepare pun utk keadaan ketika bersalji... sbb selalunya bulan Mac dah masuk musim bunga...

lepas siap bersarapan, kami semua pun mula berkemas utk bertolak ke Seoul plak pagi nih... sepanjang jln, semua tempat penuh dgn salji... terpikir gak aku, macam mana keadaan di Seoul..? sementara nak sampai ke Seoul layan lah salji dulu...



fuh, berpinau mata tgk salji... perjalanan pun jauh plak tuh, apa lagi, mata pun penat, lalu terlelap lah... bila sedar dari tido, dah sampai masa utk lunch...

ok dah sampai Seoul... destinasi seterusnya ialah Everland... taman tema terbesar di Korea... hmmmm, ala2 Disneyland lah jugak... yg sgt menakjubkan, betapa salji yg lebat td masa di Gang-Won, di Seoul plak pd hari yg sama, berpinau mata dgn sinaran matahari....

kawasan letak kenderaan kat sini sungguh luas... jd, utk pergi ke pintu masuk taman tema Everland nih, kami semua berkumpul utk naik bas yg disediakan oleh pihak Everland...


sampai je kat hentian, beberapa kakitangan Everland menyambut kedatangan kami turun dari bas dgn senyuman dan lambaian... cute je cara diaorg lambai...


biasalah nak masuk mestilah kena beratur dulu... ikut barisan semua...


jgn tertipu dgn cahaya matahari yg terang tuh yek, kerana keadaannya sungguh sejuk... best berjalan sejuk2 nih... bg yg tidak pernah pegi ke taman2 tema seperti Disneyland atau pun Everland nih, byk bahagian yg boleh kita kunjungi... tgk je peta, pilih je ke mana destinasi nak pegi dalam Everland tuh...

mula2 bila sampai, kami di bawa terus ke 'Safari World'... dan pertama sekali yg menarik perhatian aku masa masuk ke Everland nih ialah kehadiran bunga tulip yg sgt byk... wah, tak payah pi Kaukenhoff nak tgk tulip...


utk ke bahagian 'Safari World' ada macam2 cara nak pegi... kami di bawa menaiki keta kabel... aku dah lah gayat, tp kalau tak nak naik keta kabel tuh, kena jalan kaki yg tentulah lagi jauh... huhuhuhuhuhuuu, naik je lah... tp, sebenarnya best jer... heheheheheee


setelah bergembira di atas keta kabel, yg mungkin 2-3 meter dari aras tanah akhirnya sampai jugak ke penghujung... bila dah sampai penghujung, kami teruskan perjalanan utk ke 'Safari World'... bila dah sampai, kena beratur panjang utk naik 'tour bus'... bas tuh akan bawak jalan2 dlm kawasan yg penuh dgn haiwan liar...

sebenarnya agak teruja jugak, bila, dpt tgk beruang, harimau, singa, dlm jarak yg sgt dekat... mmg penah tgk kat Zoo, tp, pengalaman nih lain sikit bila dapat tgk dlm jarak dekat...




dah abes melawat 'Safari World' kami diberi masa utk menikmati kawasan Everland nih... so, aku, May dan Ariel jalan2 utk ke 'Secret Garden'... semestinya masa berjln2 mesti lah amik gambar...


eehhhh, kejap lagi ada 'parade' lah... tunggu je lah, nak tgk 'parade'...


ada dekat 10minit dok tunggu, dari kejauhan dgr mzik dan penuh belon2 sabun... layan sat lah...



dah abes 'parade' tuh, kami pun jalan ke 'Secret Garden' plak... kawasan ni mmg penuh dgn bunga...



bukan sekadar tempat2 menarik jer... permainan pun sgt byk, yg wajib ada mesti lah 'roller coaster'... permainan wajib yg mmg aku tak kan naik, hehehehehee...


yg ni je lah kot yg aku berani naik... tp sbb masa dah suntuk, so, amik gambar je lah yg sempat... ok, jom balik, kita pi tempat lain plak...

lepas mkn mlm, kami semua akan pegi tgk satu persembahan, yg hampir sama dgn 'Nanta Show'... tajuknya ialah 'Wedding'... sebelum masuk, para pelakon utama berada di luar utk menyambut penonton...


lepas amik gambar ngan pelakon tuh, aku pun masuk... wah seat kat depan nuh... persembahan ni di mulakan dgn jln cerita pada layar putih...


dan persembahan selama 1jam 30minit tuh sungguh menarik dan tak terasa masa berlalu... tp, sbb dah penat...  jomlah, balik berehat plak...

akhirnya, dapat berehat...


bilik hotel ni tak lah sebesar bilik sebelum2 nih... logiklah, lokasi hotel pun di Seoul... tak dak masalah bilik luas atau tidak, sbb mata dah ngantuk selepas sehari berjalan...

esok, jalan2 lagi... sekarang berehat time.... ZzzZZzZZz

Thursday, May 30, 2013

korea - day 2

rupanya dah sehari aku di Korea... hari ni, kita jln lagi.. awal pagi, jam 6.00 pg (waktu korea), kami bersarapan dulu kat hotel sebelum meneruskan perjalanan utk hari kedua nih...

lepas bersarapan, aku sorg2, jalan2 ke kawasan hadapan hotel yang dihias seperti binaan 'Stonehenge'... tgh asyik menikmati pemandangan tiba2 ada org yang menegur... rupanya pelawat yg dtg dari Thai, dan boleh bertutur Bahasa Melayu...

pada ketika itu, sekali lagi aku berasa agak rugi kerana tidak belajar bahasa Thai, walaupun aku mengajar dkt sempadan Bkt Kayu Hitam... agak asyik bersembang, rakan2 kumpulan dari Thai td memanggil kumpulan mereka utk meneruskan perjalanan mereka... selamat jalan...

sekarang, barulah boleh bergambar...


tapi kan, sejuk sangat... jd, utk mengelakkan terus sejuk terus je aku naik bas... selepas semua org dah ada dlm bas, perjalanan diteruskan ke Teddy Bear Farm, yang terletak berdekatan dgn hotel nih...


apa dlm Teddy Bear Farm..??? mestilah teddy bear yg sgt byk... dari sekecil kecil patung sampai ke sebesar besar patung ada dlm nih...





byk lagi teddy bear yg kiut kat situ... lepas abes tgk dan bergambar dgn teddy bear, then kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya pulak... kali ni, kami pergi ke National Park...


mengikut kata org2 di sini, kalau musim bunga, mesti akan penuh dgn bunga2 sakura kat kawasan nih... mesti cantik kan..??? walaupun kami pergi dlm musim bunga, tp, musim sejuk masih terasa... jd tak byk warna lah dpt dilihat...

turun je dari bas, kami semua pun bergerak... nak bergerak ke mana..?? ye lah sbb sepanjang jalan pokok dan salji je yg aku nampak... rupanya kami akan menaiki kereta kabel utk menaiki puncak gunung... kami semua diberi tiket, dan ada waktu ditulis pada tiket tuh... so, tak le naik ikut dan je... jgn berebut yek...


cantik sungguh pemandangan gunung-ganang dgn salji memutih dari kereta kabel...



bila dah sampai kat atas tuh, rupanya ada tangga utk ke puncak... dan kalau rasa nak daki lagi hingga ke hujung puncak, tiada lagi tangga yang disediakan...



jom kita naik tangga... aku ni gayat sikit, naik tangga tak tgk dah tang gaung tuh... sambil menyelam mium air... naik tangga, naik gak, tp gambar mesti diambil... mula2 ingat nak guna je kamera handphone, tp disebabkan sejuk aku pakai sarung tgn... jd susah lah nak 'swipe' skrin hp...



dan bila sampai kat atas, pemandangan lagi menakjubkan... tp, disebabkan aku gayat, gambar aku terhad lah...

kalau sapa2 suka adventure boleh lah pi panjat puncak gunung tuh...


ohh, dan ini ialah Allie dan Ariel, yg menjadi teman sepanjang perjalanan di Korea nih...



selepas dah bergambar walaupun gayat, sekarang masa utk turun semula...



dari Soeraksan, kami semua bertolak ke destinasi seterusnya... Unification Park... kat sini ada terletak kapal dan juga kapal selam yg melibatkan perang antara Korea Utara dan Korea Selatan... kisah sebenarnya, aku pun tak berapa paham, hehehehee....




sekadar mengambil gambar kenang-kenangan kat sini, then meneruskan perjalanan ke stesen keretapi yg hanya bersebelahan dengan laut... 'Jeongdongjin Train Station' ialah stesen keretapi yg paling dekat dengan laut dan merupakan satu daripada Guiness Book of Record...




waktu aku kat pintu, nk keluar menuju laut, tiba2 ada 2 org remaja Korea dtg dan bertanyakan kami dari mana... lalu aku menjawab Malaysia... kemudian 2 org Korea tersebut terpinga pinga, dan bertanya di mana Malaysia.. hah, ko tak tau Malaysia ker..?? terus aku jawab dekat ngan Singapore, terus 2 org td tuh angguk dan senyum dan berlalu... aku andaikan sbb aku BUKAN di Seoul, jd logiklah ada yg tak tau Malaysia kat mana (bersangka baik)... 

life must go on, heheheheheee... jd seterusnya kami semua singgah pulak kat 'Hourglass Park'... apa ada kat sini..?? kat sini ada terletak satu jam pasir yg sgt besar, dan pusingan jam pasir ini ialah setahun... maksudnya pasir2 yg sebyk 8 tan di dalam kaca tuh akan abes jatuh pada 31 Disember setiap thn... akan diadakan festival dan upacara membalikkan jam pasir tersebut pada setiap thn baru...



weih, tak larat dah rasanya berjalan... bila nak berehat nih... kemudian May pun kata, lepas ni kita akan terus ke hotel... tu nampak atas bukit tuh... atas bukit..?? Mana..??  rupanya yg bentuk macam kapal tuh ialah hotel... 


akibat terlalu sejuk, dgn angin dari pantai sungguh kencang, aku lepak dalam bas jer, sambil menelek2 kamera... pemandu bas dok asyik layan berita radio (dlm bahasa Korealah)... pemandu bas tu tiba2 menempik, "tomorow morning got snow"... warghhh, apa!! SALJI... agak teruja, macam mana salji turun... 

bila dah sampai ke hotel, terus je kami semua amik kunci bilik masing2... warghhh, bestnya... 



'Sun Cruise Hotel' ni sebenarnya terkenal dgn arca2 yg pelbagai di perkarangan halaman hotel... dgn keadaan letih, ditambah dgn sedikit hujan, malas rasa nak pi jalan2 amik gambar arca2 tuh... 

bkn saja hotel ni terkenal dgn arca, tp, kawasan pantai ini terkenal dgn pemandangan matahari terbit... rasanya, matahari terbit esok tidak secantik selalu agaknya, sbb ramalan salji akan turun... jd, aku abadikan kecantikan tempat ni dari balkoni bilik aku je lah...



oppppsss, jgn plak ingat yg tinggi2 tuh 'hantu pocong'... sebenarnya itu adalah pokok yg dibalut, rasanya utk mengelakkan kerosakan pada pokok akibat salji yg turun... 

dah hampir satu hari suntuk berjalan2, sampai masa utk merehatkan diri... semoga hari esok dapat berjalan2 lagi...