Wednesday, July 16, 2014

tepung pelita

kali ni aku nak kongsi resepi lain pulak.... kalau kita 'search' dalam internet, kita akan jumpa macam2 versi resepi tepung pelita nih... ini bkn resepi aku amik dari mana2 blog masakan, tp, resepi ni aku amik dari mak aku...

kuih ni asalnya dari negeri Perak... masa mula2 aku kenal kuih ni aku panggil kuih Limas atau kadang2 org panggil kuih sampan (sbb kena ada sampan)... tp, bila di utara, org kat sini panggil TEPUNG PELITA... aku sebenarnya agak keliru ngan nama2 ni sebenarnya... tp biarlah, apapun nama kuih nih, yg pasti kita boleh makan, sudah...

BAHAN-BAHAN:

Badan:
4 cawan tepung gandum
8 cawan air pandan (kalau 1 cawan air pandan + 3 cawan air biasa pun boleh je.. tambahkan pewarna hijau, tp tak lah wangi kuih tu nanti)
1 cawan gula

Kepala:
1 ½ cawan tepung gandum
4 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

CARA-CARA:

1. Mula2 kena buat sampan dulu. Untuk buat sampan kena guna daun pisang. Tetapi disebabkan malas, aku guna je bekas dadih yang kecik tuh....
2. Sediakan pengukus.
3. Campurkan semua bahan utk badan kuih. Untuk mengelakkan bintil2 gunakan je 'blender'. 
4. Campurkan juga semua bahan utk kepala kuih. Untuk mengelakkan bintil gunakan je 'blender'.
5. Bila kukus dah panas, masukkan bekas dadih dan isikan 2 sudu teh gula di dalam bekas dadih tuh. Kukus kejap bagi gula tuh cair sikit.


6. Bila gula tuh cair sikit, baru tuangkan aduan badan td ke dalam bekas dadih tuh. Anggaran aku dalam 5 minit je kukus. 
7. Selepas 5 minit, bahagian badan dah keras, then masukkan pulak adunan utk kepala kuih tuh. Anggaran mengukus ialah 7-8 minit. 
8. Ulang semua proses memasak sampai lah semua adunan tuh abes.
9.  Bila kita nak makan nanti, kuih tuh akan basah sbb ada air gula yang terhasil sbb kita masukkan gula sebelum kukus tuh.

* kuih ni tak sedap makan panas2... bagi dia sejuk, baru best makan...
* bancuhan badan kuih yang warna hijau mmg lagi byk dari kepala kuih yang berwarna putih... pandai2 lah bahagi utk masuk dalam bekas.
* balutkan tudung pengukus dgn tuala bersih... utk elakkan air wap dari jatuh ke atas kuih.
* pengalaman aku pertama kali guna bekas dadih nih, selalu aku buat sampan daun pisang... jd butir gula yang aku masukkan sebelum kukus tuh agak kurang... jd kuih aku tak sebasah yg aku selalu buat..
* aku dpt hasilkan lebih kurang dlm 30 kuih dalam bekas kecik tuh...

Monday, July 14, 2014

journey to turkey... the day we fly...

setelah berjaya menghabiskan menanda kertas kimia utk PPT 2014, aku semakin semangat, nak jalan2... semua baju dah masuk dalam beg... sekarang menantikan ketibaan tarikh 2 jun 2014...

dan perjalanan aku kali ni akan ditemani mak dan ayah aku.... selalu, aku jalan2 bersama kawan2.... bila aku ajak diaorg (mak ayah) bila nak jalan, diaorg selalu bg alasan tak larat nak jalan (sbb byk jalan kaki).... tp, kali ni, disebabkan mak dan ayah mmg selama ni teringin nak berjalan ke Turki, jd bila aku ajak diaorg temankan aku, ya adalah jawapan yg aku terima....

walaupun 'ya' tuh mmg bkn nya jawapan yg mudahlah... jenuh pujuk tuh... oh, dan bkn aku teman diaorg, diaorg yg teman aku... heheheheheee... semua persediaan aku buat dari A-Z, beli baju baru, cari 'flight socks' utk mak ayah aku, beli tiket penang - KL, KL - penang, dan mintak mak aku bersedia dgn sambal ikan bilis...

dan perjalanan aku kali ni ialah dgn Andalusia Travel & Tours...

tiba2 nak dijadikan cerita, mak dan ayah tiba2 demam, demam yg sgt teruk beberapa hari sebelum hari kami bertolak... rasa macam patah hati nih... mak dgn tak lalu makan, ayah plak dengan batuk tak berenti... huhuhuhuhuhuuu, dah lah nak jalan ke Turki, bkn nak p KL je... mak pun malas2 je kemaskan baju masuk dalam beg...

ayah pun kata, kalau setakat dekat2 je, mungkin dia dah batalkan niat dia utk berjalan jalan... tp sbb perjalanan ini ke Turki, ayah kuatkan semangat gak... utk teman anak comel dia nih... heheheheheheee

at last, the day has come... menunggu itu memang satu penyiksaan... tp, menjadi lagi penyiksaan, mak dan ayah aku tak gembira sbb tak sihat... bayangkan lah kegembiraan itu hilang kerana mereka tak gembira... huhuhuhuuu...

apa pun, kami bertolak dari Lapangan Terbang Bayan Lepas ke KLIA....



muka ayah pun tak berapa berseri...
tapi mak aku seronok je walaupun demam...


bila sampai di KLIA, solat semua dulu, then kami pergi makan kat 'Food Court' di KLIA tuh.... aku ikut je apa mak ayah aku makan, sbb diaorg yg tak lalu makan, bkn aku... mak dan ayah berkenan kat masakan Padang.... dan alhamdullilah, tiba2 plak, mak dan ayah selera plak makan.... petanda positif, maklumlah org demam lalu makan nih bagus nih...

tp, kami nak menunggu lama lg sbb kami perlu berkumpul pada jam 9 mlm di kaunter L13 tingkat 5... so, kami melepak kat surau dulu, dan solat maghrib dan isyak baru kami bergerak ke tempat yang di janjikan... dan keje aku sambil menunggu, memenuhkan 'memory card' dgn gambar lah...

errrk, sekali, bateri tepon sudah tinggal nyawa2 ikan... alamak, 'powerbank' pun abes.... jumpa plug terus je cas tepon aku.... sempat cas kejap jer... sbb dah masa utk berkumpul... yeay, jom lah cepat... excited gile u...

masih awal lagi, so, kami makan sikit dulu... mak teringin nak makan 'whipped potato' KFC... aku pegi beli then, diaorg lepak kat McD... dah dkt pukul 915mlm, baru kami bergerak...

jalanlah kami 3 beranak menuju ke tempat pertemuan yang dijanjikan... ada ramai yg kami nampak, tp biasalah awal2 nih, x lah berkenalan pun.... Tn Hj Muhammad org yang bertanggungjawab sbg 'tour leader' dari pihak Andalusia Travel... kami diberikan tag nama dan kemudian diberitahu supaya utk dtg semula selepas jam 10.30 malam utk taklimat....

tunggu lagi... aduih, penantian itu satu penyiksaan wooo....

bila kami berkumpul semula, kami diberikan pasport dan juga boarding pass masing2... alah, bila tgk nombor seat, mak ayah aku dok jauh sikit dari aku... aku akan dok sebelah bakal 'roomate' aku iaitu kak azizah... x kesah, asalkan kapal terbang tuh akan sampai ke Istanbul... heheheheheee


ok, 'boarding pass' dah dapat, "mak ayah jom kita masuk ke balai berlepas..." nak ke gate C25 mula2 kena naik tren ke terminal antarabangsa dulu... mak aku macam pelik, nak pi mana plak...?? terang satu persatu dari naik tren sampai lah kami tiba kat pintu C25 tuh...

heheheheheee, lawak gak mak ayah aku... maklumlah, kali terakhir diaorg naik kapal terbang nuh, thn 2003 dulu... masa KLIA tak sesesak macam sekarang... berapa thn tuh, baru nak terbang semula....

disebabkan dah masa utk tido, mata aku dah ngantuk gila, jd matlamat paling utama ialah nak tido bila 'boarding' nanti... bila masuk dan duduk, agak kecewa sikit bila xde 'usb port' konon2 nak cas tepon sepanjang perjalanan nanti... nasib baik sudah bersedia ngan kamera, 2 kamera tuh...

waktu mak aku tanya berapa jam ke Istanbul, aku kata 6 jam... rupanya aku tipu, salah rupanya... bila kapten kapal sebut kata 10jam 15minit baru terpikir yang 6 jam tuh takat p korea, beijing, lepas lah.... nak ke Mekah pun 8 jam... sori mak, tersalah maklumat... heheheheheheee

jadi bila dgr je 10 jam, arrrk, alahai, sakit pinggang lah 10 jam nak duduk tido atas kapal terbang.... waahahahaaa.... tp, mata ngantuk, oohhh, sempat berkenalan dulu ngan bakal 'roomate'... pastuh terus hilang terlelap... pengumuman terakhir yang aku dgr ialah "...... breakfast will be serve 2 hours before landing"...

aku tido dulu yek... insyaallah, entry ni aku sambung kemudian bila dah tiba selamat di Istanbul....

Wednesday, July 2, 2014

melancong ke Beijing (iii)

alhamdullilah, setelah berehat, hari ni kita jalan2 lagi utk hari ketiga... dan, seperti hari sebelumnya, kami turun bersarapan dulu... dan hari ni, kami semua akan pergi melawat ke 'Forbiden City' atau Kota Larangan...

perjalanan dari hotel ke tempat lawatan kami hari nih x lah jauh... belum sempat menghayati suasana, tiba2 bas dah berenti dan kami semua pun mula turun dan berjalan menuju ke tempat lawatan...



nama kota ni Kota Larangan, bkn pasal x bleh masuk... nama ini diberi sbb kota ini ada tempat istana pemerintahan raja... jd, rakyat tidak dibenarkan utk memasuki kawasan ini... diberitahu juga bahawa tidak boleh ada binaan bangunan yg tinggi dari istana raja ketika itu...

dan kami akan memasuki dari pintu Utara dan akan keluar dari pintu Selatan... ada gak pintu Timur dan pintu Barat...

sebelum masuk ke Kota Larangan, kami akan jumpa dulu satu dataran yang dipanggil 'TiananMen Square'... dan di situ juga ada tempat dimana mayat Mao Tse Tung yang telah diawetkan... jd sgt ramai org berduyun-duyun beratur dikawasan nih...

tp, perkara yang perlu dibuat semasa jalan2 ialah pergi ke tandas, hahahaaaa... sambil2 jalan ke tandas, amik gambar dulu...



sekarang kita mulakan ekspedisi... kawasan dataran ni mmg sgt luas, jd pastikan bersedia dgn kasut yang sesuai utk jalan2... seperti biasa 'sambil menyelam minum air'... jd tak sahlah kalau tak de gambar kat kawasan nih...



tgk bangunan di belakang tuh, diletakkan gambar Mao Tse Tung...


ok, setelah puas bergambar, kami berjalan pulak menuju ke terowong pejalan kaki yang berada di bawah tanah... terowong ni utk melintas jalan raya yang mempunyai 4 laluan pergi dan balik... sekarang, barulah masuk ke kawasan Kota Larangan...

asal, ada peluang, mesti asyik bergambar jer... jd, org dah ke depan, kami yang dok asyik amik gambar tertinggal kat belakang... moral: lain kali ikut dulu, bergambar kemudian, sbb tak tau cita sejarah bila 'tour guide' cita...

bila masuk kat dalam tuh rasa macam teruja sikit... sbb selalu dok tgk je kat dalam drama tv, tp, kali ni dpt tgk sendiri depan mata...



ingatkan setakat tuh je lah perjalanan, rupanya kawasan ni sgt luas, patutlah masuk pintu Utara kena keluar pintu Selatan, sbb jauh gila nak patah balik... kat mana pintu Timur dan pintu Barat ntah lah, mmg tak nampak pun...

mmg lah org yg dtg mengunjungi "Kota Terlarang' ni ramai bilangannya...


tp, itu tak menjadi masalah utk kami amik gambar di merata rata, heheheheheee... sekali lagi akibat daripada keseronokan amik gambar, kadang2 apa yang Sandi dok cita, tak dgr pun...




dah lah dgn gambar2... yang kurengnya ialah suasana yang berkabus, jd gambar latarbelakang yang nak difokuskan nampak samar2 je lah... mmg penat berjalan, dan mmg aku rasa kalau ayah aku ikut, mau bising dia kat aku sbb dia kena jalan sejauh itu...

dah penat berjalan dan bergambar, kami pun keluar... di pintu keluar pun masih ramai org... berhati-hati dgn barang2 yang dibawa... dan juga sentiasa berada dlm kumpulan... waktu2 macam nih mudah utk hilang dari pandangan... bkn apa, rakyat cina tidak ramai yang boleh berbahasa lain selain daripada bahasa Cina...




dah penat jalan2 then naik bas utk menuju ke tempat seterusnya utk makan tgh hari dan solat di masjid yang tertua di Beijing...

lepas makan, tuh aku rasa tak sedap badan plak... mungkin sbb jalan jauh2 kot... so, bila kawan aku ajak aku ronda2 kat kawasan tuh, aku dah tak leh nak ikut... kepala serabut, terus je aku pegi solat dan terus naik bas...

then, bila nak makan malam tuh, terus aku demam, huhuhuuu... bila aku sebut je aku demam, semua menghulurkan ubat, walaupun aku dah telan panadol... alhamdullilah, lepas makan ubat, rasa kurang sikit tp bab makan lalu je... yang tak kurang ialah batuk, dan malam tuh terus aku kehilangan suara... heheheheheee...

pesanan aku, jgn lupa bawaklah panadol ke apa ke, utk kecemasan... disebabkan aku telah menelan ubat, jd mata aku tersgt berat... insyaallah, esok akan berjalan lagi...
ZzzZzzzz