Wednesday, July 2, 2014

melancong ke Beijing (iii)

alhamdullilah, setelah berehat, hari ni kita jalan2 lagi utk hari ketiga... dan, seperti hari sebelumnya, kami turun bersarapan dulu... dan hari ni, kami semua akan pergi melawat ke 'Forbiden City' atau Kota Larangan...

perjalanan dari hotel ke tempat lawatan kami hari nih x lah jauh... belum sempat menghayati suasana, tiba2 bas dah berenti dan kami semua pun mula turun dan berjalan menuju ke tempat lawatan...



nama kota ni Kota Larangan, bkn pasal x bleh masuk... nama ini diberi sbb kota ini ada tempat istana pemerintahan raja... jd, rakyat tidak dibenarkan utk memasuki kawasan ini... diberitahu juga bahawa tidak boleh ada binaan bangunan yg tinggi dari istana raja ketika itu...

dan kami akan memasuki dari pintu Utara dan akan keluar dari pintu Selatan... ada gak pintu Timur dan pintu Barat...

sebelum masuk ke Kota Larangan, kami akan jumpa dulu satu dataran yang dipanggil 'TiananMen Square'... dan di situ juga ada tempat dimana mayat Mao Tse Tung yang telah diawetkan... jd sgt ramai org berduyun-duyun beratur dikawasan nih...

tp, perkara yang perlu dibuat semasa jalan2 ialah pergi ke tandas, hahahaaaa... sambil2 jalan ke tandas, amik gambar dulu...



sekarang kita mulakan ekspedisi... kawasan dataran ni mmg sgt luas, jd pastikan bersedia dgn kasut yang sesuai utk jalan2... seperti biasa 'sambil menyelam minum air'... jd tak sahlah kalau tak de gambar kat kawasan nih...



tgk bangunan di belakang tuh, diletakkan gambar Mao Tse Tung...


ok, setelah puas bergambar, kami berjalan pulak menuju ke terowong pejalan kaki yang berada di bawah tanah... terowong ni utk melintas jalan raya yang mempunyai 4 laluan pergi dan balik... sekarang, barulah masuk ke kawasan Kota Larangan...

asal, ada peluang, mesti asyik bergambar jer... jd, org dah ke depan, kami yang dok asyik amik gambar tertinggal kat belakang... moral: lain kali ikut dulu, bergambar kemudian, sbb tak tau cita sejarah bila 'tour guide' cita...

bila masuk kat dalam tuh rasa macam teruja sikit... sbb selalu dok tgk je kat dalam drama tv, tp, kali ni dpt tgk sendiri depan mata...



ingatkan setakat tuh je lah perjalanan, rupanya kawasan ni sgt luas, patutlah masuk pintu Utara kena keluar pintu Selatan, sbb jauh gila nak patah balik... kat mana pintu Timur dan pintu Barat ntah lah, mmg tak nampak pun...

mmg lah org yg dtg mengunjungi "Kota Terlarang' ni ramai bilangannya...


tp, itu tak menjadi masalah utk kami amik gambar di merata rata, heheheheheee... sekali lagi akibat daripada keseronokan amik gambar, kadang2 apa yang Sandi dok cita, tak dgr pun...




dah lah dgn gambar2... yang kurengnya ialah suasana yang berkabus, jd gambar latarbelakang yang nak difokuskan nampak samar2 je lah... mmg penat berjalan, dan mmg aku rasa kalau ayah aku ikut, mau bising dia kat aku sbb dia kena jalan sejauh itu...

dah penat berjalan dan bergambar, kami pun keluar... di pintu keluar pun masih ramai org... berhati-hati dgn barang2 yang dibawa... dan juga sentiasa berada dlm kumpulan... waktu2 macam nih mudah utk hilang dari pandangan... bkn apa, rakyat cina tidak ramai yang boleh berbahasa lain selain daripada bahasa Cina...




dah penat jalan2 then naik bas utk menuju ke tempat seterusnya utk makan tgh hari dan solat di masjid yang tertua di Beijing...

lepas makan, tuh aku rasa tak sedap badan plak... mungkin sbb jalan jauh2 kot... so, bila kawan aku ajak aku ronda2 kat kawasan tuh, aku dah tak leh nak ikut... kepala serabut, terus je aku pegi solat dan terus naik bas...

then, bila nak makan malam tuh, terus aku demam, huhuhuuu... bila aku sebut je aku demam, semua menghulurkan ubat, walaupun aku dah telan panadol... alhamdullilah, lepas makan ubat, rasa kurang sikit tp bab makan lalu je... yang tak kurang ialah batuk, dan malam tuh terus aku kehilangan suara... heheheheheee...

pesanan aku, jgn lupa bawaklah panadol ke apa ke, utk kecemasan... disebabkan aku telah menelan ubat, jd mata aku tersgt berat... insyaallah, esok akan berjalan lagi...
ZzzZzzzz

No comments:

Post a Comment