Monday, February 27, 2012

kilat...

apa yg kita tahu tentang kilat...???


  • kilat ialah pengeluaran caj elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir.
  • kadangkala kejadian kilat boleh berlaku semasa letusan gunung berapi atau debu akibat pembakaran hutan.
  • kebanyakkan panjang panahan kilat adalah kira-kira 1.6km
  • rekod panahan kilat terpanjang yang pernah dicatatkan ialah 190km yang dilihat berdekatan Dallas, Texas, Amerika Syarikat.
  • semasa berlakunya kejadian kilat, kilat akan memanaskan udara sekitar kira-kira 10,000°C hampir serta merta.
  • haba akibat daripada udara panas tersebut akan menghasilkan gelombang kejutan yang dapat didengari oleh kita semua yang dikenali sebagai guruh
  • oleh sebab itulah apabila berlakunya kilat, guruh juga akan berbunyi

JENIS-JENIS KILAT

Di dalam Awan
Paling lazim berlaku dan biasanya tidak kelihatan apabila berlaku pada waktu siang.

Awan ke Bumi
Berlaku apabila kilat memancar ke bumi dan menjadi ancaman kepada nyawa dan harta benda.

Bumi ke Awan
Apabila bumi melepaskan caj elektrik ke awan melalui gerakan menegak ke atas.

Kilat Kering
Kilat ini berlaku semasa ribut petir yang tidak menghasilkan hujan.


dan rupanya Malaysia merupakan negara kedua yang paling banyak menerima panahan petir di DUNIA... 

No comments:

Post a Comment