Thursday, February 23, 2012

canggihkah kita nih (II)..???

sekali lagi masih mengenai kecanggihan tamadun purba...

Teknologi perubatan yang dimiliki oleh Tamadun Mesir Purba memang menakjubkan. Penemuan arkeologi telah berjaya mengejutkan dunia kerana tidak ada sejarawan menyangka bahawa wujud teknologi yang begitu maju dalam tamadun yang wujud kira-kira 3000SM.

Mumia misalnya, dilakukan tanpa merosakkan bentuk badan dan mengeluarkan organ dalaman menunjukkan bahawa tukang-tukang mumia pada masa itu mempunyai kepakaran dalam bidang anatomi. Selain mumia, Tamadun Mesir Purba juga menikmati kemajuan lain dalam bidang perubatan.

contohnya:

  • Setiap kuil mempunyai makmal menghasilkan ubat-ubatan.
  • Doktor purba Mesir mampu membezakan antara luka yang disteril dengan luka yang dijangkiti kuman. Mereka menggunakan campuran lemak Ibex, minyak fir dan kacang tumbuk untuk membersihkan luka yang dijangkiti.
  • Penisilin dan antibiotik merupakan penemuan baru. Tetapi bagi Tamadun Mesir Purba. mereka telah menggunakan versi organik bagi penawar-penawar ini dan sekaligus berjaya menulis perincian ubat-ubatan untuk setiap penyakit.

*agak-agak ada tak 'I-Phone' waktu Tamadun Mesir Purba nih yek..???

No comments:

Post a Comment