Wednesday, February 22, 2012

kesian kucing...

tgh2 boring mengadap laptop ni, tergerak hati nak tgk baik hasil Folio Sains pelajar ting 1, thn 2008... ada satu petikan yg agak menarik perhatian...

ROKOK BAHAYAKAN KUCING DUA KALI GANDA...
perhatian bagi anda yang sayangkan kucing.
kajian di Sekolah Veterinar Tufts menunjukkan kucing yang tuan rumahnya menghisap rokok akan terdedah kepada bahaya terkena kanser, dua kali ganda daripada kucing yang tuannya tidak merokok.

kajian seumpamanya yang pertama kali dilakukan ini dilakukan dengan kerjasama University of Massachusetts. kajian mendapati, kadar pendedahan kucing kepada pencemaran asap rokok ini sebenarnya jauh lebih tinggi daripada ahli keluarga lain yang tinggal dalam rumah itu.

ini kerana ahli keluarga lain banyak menghabiskan masa diluar rumah. kucing didapati terdedah kepada asap rokok melalui proses penyedutan udara ataupun semasa membersihkan diri dengan menjilat bulunya.

oleh itu, nasihatkan ahli keluarga anda untuk berHENTI MEROKOK, kerana ia bukan sahaja akan menguragkan masalah barah, serangan jantung, dan kencing manis, tetapi juga mengurangkan risiko barah anak-anak dan juga binatang kesayangan anda.

*kesian kucing yek...

No comments:

Post a Comment