Saturday, February 18, 2012

zaman kejatuhan...

sakit sungguh kalau jatuh... tp, jatuh nih menyebabkan sakit hati je.... hmmmm, dah lama sgt rasa duduk di atas, kadang2 kena rasa macam mana tergolek jatuh ke bawah lak...

tp, jatuh waktu tgh main, benjol di dahi (gambar sebenar)... 

eeeh, jatuh apa nih..?? hari ni perlawanan separuh akhir bola keranjang peringkat daerah Kubang Pasu utk thn 2012... pasukan perempuan dengan gembiranya dikalahkan oleh pasukan SMK Pulau Nyior pg td... ptg semalam, kalah ngan SMSAH, utk dapat naib johan kumpulan je.... walaupun masuk separuh akhir, macam malu je, main pun macam ntah apa2... main macam kat sekolah tak de gelanggang bola keranjang, teruk gila... teringat zaman mula2 bola keranjang kat SBPIKP... gelanggang pun tak dak... kurang2 kalau kalah, sbb tak de tmpat nak berlatih.... boleh lah cover sikit....

sebelum ini, pasukan perempuan SBPIKP pernah pegang Johan Daerah Kubang Pasu 2 thn berturut turut, thn 2009 dan 2010... tp, thn lepas dapat naib johan je, itu pun kalah ngan SMK Pulau Nyior di perlawanan akhir... dan thn ni, setakat separuh akhir je... mmg agaknya jodoh SBPIKP asyik kena jumpa ngan SMK Pulau Nyior kot.... tak jumpa di pusingan akhir, jumpa di separuh akhir...

tiba2, teringat waktu peringkat awal2 dulu, 'drible' bola pun tak betul... teringat waktu HKSBP kat SBPI Gopeng thn 2005 dulu... macam lawak je pi antar wakil, dahlah pertama kali... senang2 je kena belasah, semua game mesti score ialah 0 tak pun 2... lebih dari tuh, mmg jauh pinggan dari api lah....

pasukan lelaki thn ni, agak beruntung sbb terus ke separuh akhir... tp, lawan di separuh akhir, tak kurang hebat, mmg antara musuh tradisi diaorg dalam bola keranjang, SMK Changlun.... tp, tak dapat menandingi ketangkasan pemain2 SMK Changlun... walaupun kalah 35-46, sekurang kurangnya, bukan mudah laluan nak ke separuh akhir ni...

tahniah kerana dapat ke separuh akhir, dan takziah sbb tak dapat ke pusingan akhir...

No comments:

Post a Comment