Thursday, February 23, 2012

nak jaga tayar...???

semua org ada kereta... tp, semua org ambil kisah kah pasal tayar kereta... yang sayang kereta, mesti akan dikelebek dari dalam, ke luar... dari bahagian luar hingga bahagian dalam kereta... hanya nak berkongsi, kot2 terlupa, kita ingatkan semula... (terutama aku yg menulis nih, heheheheheheee)

TIPS PENJAGAAN TAYAR KERETA

  1. Penting sekali memilih tayar yang berSESUAIan dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3. cukuplah menggunakan 'sport rim' bersaiz 14 inci (35 cm). Jika anda menggunakan 'sport rim' bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, 'speedometer tidak akan merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol. 
  2. Jika sudah memilih saiz tayar yang bersesuaian, perhatikan pulak bahagian tepi tayar. Kalau diperhatikan betul-betul, ada rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Rangkaian nombor ini memberikan maklumat mengenai tarikh tanya dikilangkan (minggu dan tahun). Ikut piawaian antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan. Jom belek-belek lah tarikh tayar dikilang.
  3. Untuk saiz tayar pula, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50VR16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240km per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. (rujuk kepada gambar)
  4. Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira daktor kualiti dan iklim.
  5. Tahukah anda, tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukar ke kiri belakang (sesuai untuk empat tayar bersaiz sama).
  6. Jangan lupa perhatikan bunga tayar sekali sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maknanya tekanan terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.
dari 1-6, ada 1 atau 2 perkara yang pernah aku buat... yang pasal nombor tuh bukan tak perasan, tp tak tau nak baca pun... apa2 pun, jgn lah abaikan kepentingan tayar... sbb kalau tak dak tayar, enjin secanggih mana pun kereta tuh, nak bergerak macam mana, kalau tak dak TAYAR... 

    No comments:

    Post a Comment