Monday, March 27, 2017

KOH LANTA...

sebenarnya ramai yg tak tahu bila aku sebut Koh Lanta... yg org penah dgr selalu, Krabi atau Phuket... bagi aku kalau diberi pilihan utk pergi ke Krabi atau Phuket... aku akan pilih Koh Lanta... tarikan utama Krabi dan Phuket tentulah laut.... kepadatan org di pantai2 sebelah Phuket dan juga di AoNang tuh menyebabkan aku pilih Koh Lanta kalau nak p mandi laut...

aku cita pengalaman aku di Koh Lanta je lah... nanti korang boleh datang sendiri... lepas dah jenuh memandu 5 jam dari sempadan, kena lah cari tempat nak tido dulu... jadi kami pun melilau lah sekeliling pulau...

ayah aku jenis org yg mmg tak suka buat tempahan awal atas talian... walaupun sebenarnya aku cadangkan utk memudahkan kerja dan tak perlu tercari2 kat mana nak tido, boleh tempah atas talian dari Agoda... byk pilihan dan harga yang berpatutan... tp kalau suka cari hotel 'walk-in' macam ayah aku pun bleh...

tp, disebabkan tahap kelaparan yang tinggi, kami singgah makan dulu sebelum mencari hotel... untuk pengetahuan yg tak pernah pergi... penduduk pulau ni ialah masyarakat Muslim... utk makan, tak dak masalah sgt... tp, kedai2 makan kat dalam pulau ni lebih byk menawarkan makanan berbentuk 'Western' kerana ramaiya pelancong barat kat sini...

lepas makan, baru bergerak p cari tempat nak tido... senang nak cari hotel atau resort kat sini... masuk ja mana2 jalan yg menuju ke pantai mesti akan ada pilihan hotel atau resort... cuma sedia duit ja...

cari punya cari punya cari, ayah masuk satu lorong... dan mmg pemandangan laut sgt cantik... cuba2 nasib ja, harap ada lah bilik yg kosong... kat Koh Lanta ni, disebabkan ramai sgt pelancong2 barat, jd, tak payah nak risau nak cakap bahasa apa... cakap ja bahasa Inggeris, tak perlu nak beria nak cakap Thai pun...


mmg tak de kawasan nak parking2 kereta... sbb kebanyakkan pelancong dtg dgn van atau pun dtg dgn kapal terbang... mat salleh, main jln kaki jer... jd, kereta kami je lah yg ada dalam kawasan tuh... bila mula2 masuk kawasan nih, mmg dah tertarik dgn pemandangan yg cantik.... dan rumah2 dia agak comel... so, bila tanya harga... dia berikan harga yg sgt 'reasonable'... ayah aku terus bersetuju utk ambil 2 bilik dan menginap 2 malam...


ooohh, lupa... tempat ni nama Lanta Summer Beach Resort... tanya punya tanya, harga satu bilik 800 baht... so utk 2 bilik harga jadi 1600 baht... sbb nak amik 2 malam, jadi ayah mintak kurang sikit... bg aku utk bilik yg selesa seperti ni harga sgt berpatutan... tp, yang kureng sikit sbb diaorg tak terima kad kredit... hanya penggunaan tunai je...

elok je kami selesai buat pembayaran semua, hujan pun turun dgn lebat... jadi kami pun duduk je kat lobi sambil tgk laut dalam hujan... tak berapa lama lepas tuh hujan pun berenti... so, aku ngan mak aku pun pi lah jalan2 tepi2 laut sambil amik gambar....


dah nak malam, blk solat dulu... berapa meter je rumah kami tuh dari laut... lepas solat semua, kami pun keluar makan malam... tak order makan spesel2... makan nasi goreng ngan somtam ja... jadilah, bukan nak mai makan, nak mai bercuti... balik rumah penginapan dan tido...

esok pagi, kami sarapan berat... sbb lepas sarapan, aku dah bercadang nak pi terjun laut dgn mak aku...


mat salleh belakang tuh, tgk je kami makan berat utk sarapan... diaorg makan roti ngan teh panas ja... heheheheheee...

lepas makan, kitaorg blk ke resort tempat kami menginap... masa tuh air tgh pasang... jd masa tuh air surut lah sikit... nampak lah batu2 tepi2 laut tuh... so, aku ngan mak aku pi lah dok lepak2 atas batu sambil kena hempas dgn ombak air pasang... yg bestnya ialah, tak ramai pun org nak main2 tepi laut nih... kat pantai pun tak lah ramai org berjemur macam pantai di Phuket atau pun di Aonang...


ayah aku tgk dari jauh je... dia lepak kat kerusi bawah pokok kat tepi pantai tuh...aku ngan mak aku dok main2 ombak... org lalu lalang kat situ dok cari kulit2 siput, senyum2 ja kat kitaorg... ada yg lambai2 sambil senyum tgk aku ngan mak aku dok dalam laut... eeehhh, tepi laut... hehehehehehee...

masa tgh2 dok asyik dok main air, mak tegur sorg pelancong yg dok kat situ... kami pun sembang2 ngan dia dan suami dia... sgt ramah... aku pun saja2 lah tanya, berapa kali dah dia dtg ke Koh Lanta... dia kata, kali pertama dia dtg ke pulau tuh tahun 1997... mak ehhh... aku bgtau lah yg ni kali pertama aku sampai sini... dia kata dia dari Sepanyol... dan dia dan suami akan dtg setiap thn dan lepak kat pulau ni 3 - 4 minggu... 'nice meeting you, Marissa'...


tak larat dah berendam... aku ngan mak pegi join ayah yg dok bawah pokok... lain kali kalau aku pi lagi mandi laut, nanti aku sedia baju mandi muslimah siap2... t-shirt dan seluar yg aku pakai tuh mmg tahap nak kena lupus dah tuh.... kalau pakai t-shirt bkn tak boleh, tp, kena ingat lah, abes pasir halus tuh masuk dalam baju semua...

tengahari tuh, lepas solat kitaorg jalan2 dari awal sampai hujung pulau... besar pulau nih... masa kami tanya org kat resort tempat kami menginap, dia kata jalan sampai hujung akan jumpa rumah api... dan itu lah jalan hujung... aku ingat jalan tuh akan pusing satu pulau...

mula2 kami ke pantai yang mula jumpa bila masuk ke pulau nih... pantai KawKwang... mmg cantik pemandangan kat sini...


lepas tuh, jalan2 lagi... ke pantai Phra Ae... pantai kat sini pun sgt cantik...


kalau nak 'island hoping' macam kat Krabi pun boleh je dari sini... boleh cari tiket kat pelabuhan Saladan... tp, sbb masa pi Krabi dulu aku dan mak ayah dah penah ke PhiPhi Don, jd kami tak lah pegi 'island hoping' sekali lagi.. kalau nak rasanya boleh terus tanya kat hotel tempat kita menginap, mcm mana nak dapat kan tiket utk 'island hoping'...


tp, sbb dah makin ptg, lagipun nak kena save kan minyak keta utk balik ke tanah besar esok jd kami tak pusing abes satu pulau... lain kali kalau ada peluang ke sini lagi, kami kena pastikan minyak kena isi penuh sebelum naik feri ke Lanta Noi... tp, kena ingat, harga minyak kat Thailand lagi mahal dari harga minyak di Malaysia...

ptg tuh, aku ngan mak aku pi terjun lagi kat tepi laut... pastuh mak aku malas dah nak kena pukul ngan ombak dia pi lepak ngan ayah aku kat kerusi bawah pokok... sambil2 tuh, tunggu matahari terbenam... pelancong2 yg kami jumpa semua kata yg pemandangan matahari terbenam di pantai Khlong Kong antara yg paling cantik...

video

tp, cuaca tak berapa cantik petang nih... dan aku pun cuma amik gambar dari telepon je... jd gambar aku tak le secantik mana...


nampaknya, terbenam matahari, masuk lah maghrib... kami pun balik ke bilik, solat semua... pi keluar mkn mlm dulu... lepas mkn, ayah ajak duduk tepi pantai... kebetulan ada bar kecik kat situ, jd adalah ramai pelancong2 kat situ... kami dok kat kerusi yg sama ayah lepak ptg td... ramai org dok jln2 sepanjang pantai... sambil dgr bunyi ombak... bestnya dgr bunyi ombak...

kemudian balik dari pantai, lepak kat depan bilik plak... ada buaian yg siap pasang kat depan setiap bilik... sambil makan2 bekal yg beli hari tuh, sembang2 ngan mak ayah pastu dengar bunyi ombak dari jauh, mmg sgt mendamaikan...

pastuh, hujan pun mula turun, kami pun masuk bilik then tido... esok pagi kami akan bertolak balik terus ke Bukit Kayu Hitam...

No comments:

Post a Comment