Friday, March 2, 2012

3 on 3...

rasanya macam dah lama, tak bawak pemain basketball lawan 3 on 3... last sekali, masa 3 on 3 anjuran Petronas, buat di SMS Teluk Intan (SEMESTI) thn 2009 kalau tak salah...

perlawanan 3 on 3 kali ni dijadualkan di adakan di KOMTAR... dah sampai dekat2 ngan hari perlawanan, tiba2 baru dapat maklumat, yg perlawanan diubah tempat ke Seberang Jaya Covered Basketball Court, Jalan Tenggiri, Seberang Jaya... dan thn ni, 3 on 3 di bawah anjuran Gatorade...

tp, plan dah buat... so, teruskan je apa yg dirancang... rancangannya, utk bermalam di SMS Kepala Batas, dan meneruskan perjalanan pagi esoknya ke Pulau Pinang... sbb kalau nak bertolak dari SBPIKP ke Pulau Pinang pada hari kejadian, agaknya jam 4 pg lah kami bertolak... setelah En. Teh memikirkan yg stamina pemain akan terganggu kalau tak cukup rehat, jadi kami semua akan bermalam di SMS Kepala Batas...

pada pagi 26hb Februari, selepas bersarapan di SMS Kepala Batas, kami pun terus ke gelanggang yg di nyatakan... mula2 bila sampai, macam konfius pun ada, betul ka ni tmpatnya... urusetia pun tak dak, pemain2 lain pun tak nampak byg muka... pemain SBPIKP dan SMSKB adalah org pertama sampai... tanya kat Teh, pukul berapa pendaftaran, berkali kali dia bgtau yg pendaftaran jam 8pg... takpalah, jom kita lepak dulu....

sambil2 lepak menanti pasukan sekolah lain... urusetia pun mula sampai.... lama kelamaan court dah penuh ngan sekolah2 yg menghantar penyertaan utk ke 3 on 3 nih... SEMESTI hantar lebih dari 5 team utk perempuan dan lelaki... SMSKB pun antar 7 team lelaki dan perempuan.... JENAN pun tak kurang hebatnya...  yg pasti SBPIKP antar 3 team je, 1 team perempuan, 2 team lelaki...



perlawanan di mulakan jam 9pg... team lelaki bermula dengan kemenangan pertama, dan diikuti dengan team lelaki kedua juga menang... bila sampai team perempuan pun, menang... semuanya bermula dengan baik... tp, akhirnya team lelaki 2 menerima kekalahan pertama... jd, hanya team lelaki 1 dan team perempuan dapat peluang ke peringkat separuh akhir...


game separuh akhir yg pertama melibatkan team lelaki... dengan bersemangatnya, Teh menjerit dari perlawanan yg pertama, sampai ke perlawanan separuh akhir nih... dan akhirnya team lelaki menang dan berjaya ke peringkat akhir.... team perempuan pun dapat ke separuh akhir, dan biasalah kalau Teh tak bising tak sah.... tp lepas Teh jerit sana sini, team perempuan akhirnya kalah di separuh akhir...

sebelum game senyum dulu - Teh...
pada perlawanan akhir, team lelaki bertemu ngan team TUNAS (Syed Syeh Shahabudin)... walaupun masa utk 3 on 3 ni cuma 5 minit... rasa macam lama gila tgk diorg ni main... tp, akhirnya, team lelaki menang dalam perlawanan akhir menentang TUNAS... team perempuan walaupun kalah kat separuh akhir ada perlawanan utk tmpat 3rd dan 4th... sekali lagi berjumpa dengan team TUNAS dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat nih.... tp, nasib tak menyebelahi team perempuan, kalah ngan TUNAS.... berkecailah harapan utk dapat tempat ke 3 pun....

grand final nanti kat Berjaya Times Square, KL tp tak pasti tarikh perlawanan nih.... dan yg pasti akan pergi ke situ ialah team lelaki lah, sbb dapat Johan bagi kategori SBP lelaki...


team yg menang dapat hadiah dalam bentuk voucher... team yg terdiri dari Rashid Ramlan, Syed Zulkarnain dan Azizi Shoderi ni dapat voucher bernilai RM 500 barang2 Reebok di RSH, Sunway Carnival Seberang Jaya....


apa lagi, membeli belah dgn voucher RM500 lah di Sunway Carnival Seberang Jaya.... apa pun, sekalung tahniah kepada semua yg ambil bahagian... kepada Rasyid Ramlan, Syed Zulkarnain, Azizi Shoderi, tahniah kerana berjaya dpt Johan...

tp, bg yg lain, Ilham Hafiz, kurangkanlah berangan dalam kelas, Ruzaini dan Amnan, nasib baik bukan dalam kelas sy, Fatin Amani, Farhah Samirah dan jugak kepada Syuhada Bakri, belajar biarlah bersemangat macam main bola keranjang....

kalah menang itu adat bertanding... tp, kalau kalah kita cuba perbaiki diri kita kepada yg lebih baik... kalau menang, sentiasa juga pastikan kemenangan sentiasa milik kita dengan usaha yg berterusan.... Jgn perasan kalau menang, dan jgn terus kecewa kalau kalah...

1 comment: