Friday, March 16, 2012

menuju kecemerlangan (II)....

hari sabtu dah..??? wah, cepat pulak rasanya... hari ni dah hari ke 3 berada di SEMESTI, dan tentunya perlawanan suku akhir ptg nih di nanti2...

cuaca mmg terbaik sepanjang hari... sejak dari pagi, tak de tanda2 hujan akan turun... hari ni team perempuan yg akan bertemu dgn SESTA (SMS Tapah)... itu pun pukul 11.00pg nanti... tp, yg pasti budak2 tuh mesti turun awal punya...

dalam jam 9.30pg aku turun utk tgk budak2 tuh... Teh dah ada bersama dgn Mr Liew, oooppsss, terlambat....


dan kemenangan berpihak kepada SBPIKP dgn 28-7 semasa menentang SESTA... abes je game tuh, aku ngan Teh terus ke bilik gerakan utk cabutan undi perlawanan kalah mati suku akhir...

aku dan Teh sama2 cabut no 3 utk team perempuan dan lelaki... jd, team perempuan akan menentang SMS Tuanku Syed Putra, pada jam 2.00ptg, dan team lelaki akan menentang SEMESTI pada jam 3.00ptg... Teh akan bersama ngan team perempuan, dan aku ikut team lelaki ke gelanggang Jalan Speedy....

tak dapat tgk game suku akhir team perempuan sbb nak kena bertolak ke gelanggang Jalan Speedy... semasa team lelaki baru memulakan perlawanan, Teh tepon dan bgtau yg team perempuan menang... dan akan ke separuh akhir menentang SEMESTI yg mengalahkan team JENAN (SM Sultan Abdul Halim)...

team lelaki pun akhirnya ikut jejak langkah team perempuan, bila mendapat kemenangan dan akan ke separuh akhir utk menentang SEMUJI yg mengalahkan SMSTSSS di peringkat suku akhir.... balik dari gelanggang Jalan Speedy, turun utk tgk game separuh akhir team perempuan lak...

mmg agak tension perlawanan dgn SEMESTI dlm separuh akhir nih... kebetulan bertemu dgn tuan rumah, dan berlawan di gelanggang sendiri pulak tuh, mmg byk advantage kpd team SEMESTI... dan Mr Liew ada sebut yg team SBPIKP kalah bkn kerana team SEMESTI kuat, tp pasal SBPIKP main tak gunakan 'otak'...


mmg betul jgk, sbb SBPIKP mmg dah lead sampai ke suku ke-3... tp, mcm mana kekuatan budak2 ni start goyah dan mula jatuh.... ditambah lagi bila 3 pemain utama mendapat 5 'foul', menyebabkan kena keluar gelanggang lah... dan SEMESTI amik peluang ni utk mendapat kemenangan 38-22... takpalah, dpt tempat ke-3 sekali lagi...

separuh akhir utk team lelaki berlangsung pd malam hari di gelanggang Jalan Speedy jam 9.00mlm... team perempuan pun semua sekali pergi ke Jalan Speedy utk menyokong... dan ditambah dgn 5 org pelajar Syed Putra pun sama2 nak balas sokongan...

Afifi (bj biru) & Aiman 
dari tingkap: Asyraf, Azizi & Anuar...
dan kemenangan memihak kpd SBPKIP di separuh akhir, dgn 72-50... pertama kalinya dgn gembira esok bertemu dgn pasukan SAINA di peringkat akhir... ada hikmah jugak bila MCKK ngan STAR tak bertanding di peringkat zon, bila diaorg terus ke peringkat kebangsaan... ada gak peluang SBPIKP tunjuk teror, heheheeeee...

hari ni, mimpi peringkat akhir esok...

No comments:

Post a Comment