Sunday, May 19, 2013

korea - day 1

akhirnya tercapai cita2 aku utk berjalan-jalan ke Korea kali ni... 2-3 hari sebelum tiba hari penerbangan, terdengar berita tentang Korea Utara yang ingin menyerang Korea Selatan...

aduh, dulu waktu aku nak terbang ke Eropah, pasal gunung berapi meletus... ini nak letuskan perang plak... tunggu lah sat... bagi aku bersuka ria kat Korea Selatan tuh, pastuh ikut ko lah nak buat apa pun.... hahahahaaaa (ada aku kesah, kata Korea Utara...)

tp, alhamdullilah, masih diberi kesempatan utk melihat keindahan bumi Allah, Korea... walaupun mendapat berita sedih dari kawan aku, bila ada hal menyebabkan dia terpaksa membatalkan niat utk ke Korea... jd aku gagahkan pergi, tanpa kawan di sisi...

aku terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke LCCT... dari LCCT aku naik bas utk ke KLIA... ini semua adalah perancangan aku dan kawan aku, yg mana sama2 akan berjumpa di LCCT... Allah juga yang menentukan...

disebabkan aku pergi dgn pakej, so, aku terus bertemu dgn 'tour leader' di KLIA dan terus check-in... oleh kerana penerbangan ke Korea pada jam 11.30 mlm, aku jalan2 sekitar KLIA, makan2, then baru masuk ke balai berlepas...


bila dah naik kapal terbang, rasa macam seronok gila nak pi Korea nih... perjalanan ke Korea amik masa 6 jam... lama sungguh nak tunggu 6 jam... aku tgk movie, main game, sampai dah tak tau nak buat apa, akhirnya aku terlena...

bila bgn, dah dekat nak sampai ke destinasi... yeaaay, seronoknya... waktu tiba di Incheon pukul 5 pg (waktu Korea)... dah cerah dah bila sampai ke Incheon... ooohhh, perbezaan masa dgn Malaysia ialah satu jam... mamai lagi lepas bgn tido... tadi kat Malaysia, sekarang dah kat Korea, heheheheheheee...

bila dah turun dari kapal terbang, kami semua diberi masa utk tukar pakaian, ke pakaian musim sejuk... suhu di Korea waktu kami mendarat ialah 1°C... tp, dlm airport, tak de lah rasa sejuk pun... lepas semua dah selesai, lepas kastam, lepas amik beg, so, kami semua pun mula beredar dari Lapangan Terbang Incheon...

bila keluar je dari pintu lapangan terbang, mak eeehhhh, SEJUKnya... sejuk macam mana..??? sejuk sampai bernafas pun berasap... kami semua terus naik ke bas, dan mulakan perjalanan ke Seoul... jauh jugak perjalanan dari Incheon ke Seoul... mula2 dok menikmati pemandangan, last2 tertido sbb tak larat nak tgk dah...

bila dah nak sampai tuh, aku mamai2 terbgn... kami sampai ke destinasi pertama... jom kita turun bas, tp kat luar tuh sejuk gila... warrggghhhh...!!! walaupun panas terik, tak terasa sikit pun kesan matahari... mula2 tak de tempat lain nak pi, mesti cari tandas dulu, heheheheeee...

baru lah boleh berposing...




dan dari situ, berjalan kaki ke Cheongwadae atau pun sebenarnya Istana kediaman Ketua Daerah (lebih kurang)... tak amik pun gambar 'Blue House' tuh...


berdepan dgn Cheongwadae atau 'Blue House' ialah Istana Gyeongbokgung... rasanya tiket masuk ke istana ni W2,400...




dari situ kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya pulak... iaitu ke Pulau Nami, tempat pengambaran drama Korea yg popular iaitu "Winter Sonata"...


sbb nama dia pun pulau, jadi mestilah nak pergi ke situ mestilah kena naik feri... ramai sungguh org yg nak pegi ke Pulau Nami... perjalanan dgn bot hanya memakan masa 5 minit je...


kalau betul2 nak jelajah pulau ni rasa aku, mesti mengambil masa yg panjang... dgn kehadiran org yg ramai, aku pun malas nak bergambar sgt... lagipun dah letih, turun2 kapal terbang terus jalan2...

dari Pulau Nami, kami semua pun dibawa ke tempat penginapan... hotel ni berdekatan dgn kawasan Soeraksan...


dan bila masuk dalam bilik hotel nih, macam takjub je... mak eehhh, besar gila...!!


dan pemandangan dari balkoni bilik ni, ya Allah... menakjubkan... dgn salji memutih, gunung ganang, masyaallah cantik sungguh...



dan pastinya SEJUK....

mlm tuh keluar makan malam... satu yg menarik aku tgk dalam makanan Korea, mesti ada senarai jeruk sayuran, rumpai laut dan yg wajib mesti ada Kimchi (jeruk kobis)...



aku sebenarnya, siap bawak bekal dari Malaysia lg, iaitu sambal tumis ikan bilis ibuku... kalau2 kot tak lalu makan makanan di Korea... tp, alhamdullilah, tak de mati kebulur pun kat sana...

balik dari makan mlm, terus ke hotel utk urus diri... insyaallah, pagi esok ada lagi perjalanan yg menarik... 

*terima kasih May (tour leader), yg selalu tolong amik gambar aku...

1 comment:

  1. di Seoul mudah kah untuk mencari hotel..maksudnya untuk walk in?

    -MCo-

    ReplyDelete