Thursday, March 15, 2012

menuju kecemerlangan (I)....

alhamdullilah, cuaca terang, matahari memancarkan cahaya, menghapuskan semua kerunsingan semua jurulatih dan pengurus bola keranjang ttg hujan... bersemangat utk game pertama pembukaan pagi ni, game 1, jam 8.00pg di gelanggang SEMESTI bg team perempuan...

manakala team lelaki, game 3, jam 8.00pg gak, tp berlangsung di gelanggang Jalan Speedy, Teluk Intan.... oleh sbb kedudukan gelanggang Jalan Speedy yg hampir 30 minit perjalanan dari SEMESTI, jd team lelaki keluar sejam lebih awal dari masa perlawanan....

pasukan perempuan berada dalam kumpulan M dengan 3 sekolah lain iaitu, SAINA (SMS Pokok Sena), SESTA (SMS Tapah) dan SEMUJI (SMS Sultan Muhammad Jiwa)... pasukan lelaki pula di kumpulan A dengan SMS Kubang Pasu dan SABDA (SMS Bagan Datoh)...

sebelum game utk kategori perempuan bermula, Mr Liew menyatakan beberapa teknik yg harus ditekankan utk kemenangan pertama hari nih....


permulaan yg baik bila pasukan perempuan berjaya mendapat kemenangan pertama menentang SAINA dgn 17-11... dan team lelaki yg berada di Jalan Speedy pun mencapai kemenangan yg pertama, dgn 45-11 bertemu dengan SABDA...

game kedua utk team perempuan, nun, pukul 4.00ptg nanti... jd, semuanya balik dan berehat utk game 17 ptg nanti... team lelaki plak ada game pukul 11.00pg, masih di Jalan Speedy... gelanggang di Jalan Speedy agak berpasir, jd agak licin masa bermain...

aku ngan Teh, menumpang bas SMS Kubang Pasu utk pergi ke Jalan Speedy.... dan SBPIKP akan bertemu ngan SMSKP utk game pukul 11.00pg nanti... perlawanan ni adalah perlawanan terakhir team lelaki SBPIKP utk pusingan awal...


team lelaki menang dengan SMSKP 54-22... pastuh kami semua balik ngan bas SMSKP ke SEMESTI semula... walaupun bas tuh bas SMS KP, tp dgr suara aku, Teh je dok bercakap, macam bas tuh bas SBPIKP, heheheheeeee...

balik berehat dulu, game utk perempuan pukul 4.00ptg nanti... makan tghari dulu kat kantin... makan pelajar semua kat dewan makan, makan utk guru pengiring, jurulatih, dan pengurus semuanya di kantin... dewan makan SEMESTI mmg kecik, sekolah ni dah dekat 30thn kalau dibandingkan dengan SBPIKP baru nak masuk 8thn... so, tak muat utk pelajar dan guru2 makan sekali di dewan makan...

game ptg tuh, SBPIKP bertemu dgn SEMUJI... berakhir dgn cemerlang, bila team SBPIKP menang 22-7... team lelaki dah jadi johan kumpulan A bila menang semua perlawanan kumpulan dan dah tentu akan masuk suku akhir... team perempuan lak, pun dah confirm akan masuk suku akhir, sbb dah menang 2 dari 3 perlawanan... cuma akan ada perlawanan kumpulan yg terakhir hari esoknya... undian kalah mati utk suku akhir esok jam 11.00pg...

malam tuh lak, ada Jamuan Makan Malam di dewan besar SEMESTI... jamuan makan rasmi, so, semua org kena pakai baju batik... aku pun macam mana ntah nak bawak bj batik SBPIKP thn 2005 dulu... kalau tak, selalu aku pakai bj kurung biasa je... dok jenguk2 tak nampak pun budak perempuan, mana nih... aku nampak budak2 laki kat luar dewan... so, aku keluar utk jenguk2 budak2 tuh kat luar... sambil2 tuh amik2 gambar dulu sebelum makan....


dok sembang2 ngan diorg tiba2 dgr pengacara majlis memulakan majlis, menjemput tetamu makan.... aku pun terus masuk balik dalam dewan dan duduk bersama rakan2 guru yg lain... sambil makan, kami semua disajikan dengan nyanyian oleh pelajar SEMESTI...

hidangan makan malam, ada udang galah, ntah berapa ekor, semua nya kak Zalena yg belasah... sbb aku malas nak makan udang, yg lain lak, mmg dok asyik makan udang galah je... so, kak Zalena, makan lah semuanya...

lepas makan, tak dak apa2 pun yg menarik berlangsung, cuma nyanyian je sepanjang kami makan... kemudian dijemput bekas pelajar utk buat persembahan... tak lama lepas tu, pengacara majlis lak sebut, sehingga itu saja majlis kita... itu saja..??? ok, aku pun pegi lah cari budak perempuan, nampak budak SEMESTI je... kebetulan bj batik SBPIKP sama ngan SEMESTI...

tiba2 ada tgn lambai2... hah, dok sebelah ngan SEMESTI mmg aku tak nampak lah... mmg sama sebijik warna bj batik SBPIKP-SEMESTI... setakat nyanyi2 tuh, kami semua malas nak layan... so, budak2 tuh ajak berposing....


sudah2 lah berposing, esok ada game lagi... sambil jalan2 balik, budak2 tuh singgah kat Koop dulu, ntah apa dibelinya...

baik mimpi utk suku akhir esok...

2 comments:

  1. sabda sekolah mana cikgu?

    dengar cite MCKK n star x main... sbb tu berpeluang? hehehe

    ReplyDelete
  2. SABDA = SMS Bagan Datoh... MCKK n STAR terus ke peringkat kebangsaan...

    ReplyDelete