Friday, March 16, 2012

mimpi jd nyata...

akhirnya tiba hari yg dinanti... hari terakhir HKSBP yg mana akan menyaksikan perlawanan akhir antara team lelaki SBPIKP dan SAINA...

pg nih, aku ngan cg SAINA sama2 pegi breakfast sbb nak tgk game final pukul 8.00pg nanti.... dalam tentatif sepatutnya jam 8.30pg, tp dianjakkan ke depan utk memberi laluan kepada pengetua SEMESTI yg nk dtg menyokong pasukan perempuan mereka pada jam 9.30pg...

seawal jam 7.00pg diaorg dah ada di gelanggang... awal lagi nih, baru jam 7.00pg, jd aku balik tgk budak perempuan dulu lah... tak larat nak naik sebenarnya, nun, tingkat 3.... tp, sbb waktu aku p sarapan td, tgk bilik bdk2 tu gelap je, baik aku naik tgk... hah, benar sangkaan aku... rupanya masih diulit mimpi semuanya... aku tanya nak tgk game final tak, baru lah terkulat kulat menjawab dlm keadaan mamai2...

aku terus ke gelanggang pi tgk team lelaki bersedia...


menang atau tidak utk final ni, sudah dijamin utk pergi ke Hari Kecemerlangan Kebangsaan di STAR nanti... tp, tak kan nak puas hati ngan jd naib johan je...?? itu kata diaorg lah, tak pa diaorg yg main, aku tgk kat tepi je...

video

walaupun SAINA dah jauh ketinggalan masa suku ke-3, 10 minit masa yg panjang, apa2 pun boleh jadi... dan bila wisel penamat ditiup, SBPIKP menang 42-22 utk menjadi johan HKSBP Zon Utara 2012...


semua senyum lebar, buat pertama kalinya, SBPIKP dapat ke HKKebangsaan... buat bekas2 basketballer SBPIKP thn ni thn bertuah utk dioarg, jgn jeles lah yek...


selalu waktu majlis penutup ni, cuma akan tgk MCKK dan STAR akan naik utk terima pingat sbg johan dan naib johan... bukan senang nak dpt peluang macam nih, satu dlm berjuta... TAHNIAH kpd 12 org pasukan bola keranjang lelaki, Izwan, Rasyid, Syed, Sayuti, Azizi, Ilham, Asyraf Mazli, Ruzaini, Amnan, Najib, Azrul Hafiz dan Nabil....

kpd pasukan bola keranjang perempuan, yg mendapat tempat ke-3, TAHNIAH... bkn perkara mudah utk mencapai kejayaan melainkan dgn usaha yg berterusan... TERIMA KASIH sbb sy pun dpt naik pentas buat pertama kalinya bergambar bersama johan bola keranjang HKSBP Zon Utara 2012...

walaupun Mr Liew memberi tunjuk ajar kepada basketballer perempuan mahupun lelaki, tetapi pujian akan sentiasa aku berikan kepada Teh Chee Hui atas semangat dia sentiasa mengajar pasukan bola keranjang lelaki dan perempuan dalam mencapai kejayaan... Teh latih diaorg dari kecik sampai nak abes sekolah....TAHNIAH utk Teh Chee Hui utk kemenangan nih...


lepas je abes majlis penutup, posing sana sini, jom lah kita balik... bukit kayu hitam bukannya dekat... nak pegi pekan Teluk Intan, dah kena naik air... utk meraikan kejayaan yg julung2 kali ni, kami pegi singgah ke Kuala Sepetang (Port Weld) utk makan mee udang...


tp, syed, rasyid dan izwan, tak sempat nak merasa lah mee udang Kuala Sepetang sbb dah sampai balik Ipoh... lain kali lah yek... 

Hari Kecemerlangan SBP Zon Utara kali ke-39 di SEMESTI ni meninggalkan kenangan manis kpd team bola keranjang terutama kepada team lelaki yg dah ting 5, sbb dapat pergi ke HK Kebangsaan sebelum keluar sekolah... 

utk team perempuan tak salah utk bermimpi lagi... dan berharaplah agar mimpi dapat jd kenyataan... 

*for Mr Liew, TERIMA KASIH byk2 atas tunjuk ajar... hope they could beat CAGERS one day... 

3 comments:

  1. tahniah sbpikp. :) bangga dengan cikgu. :)

    ReplyDelete
  2. tahniah buat semua ahli PHOENIX '12..

    PHOENIX '10 ucapkan tq sebab berjaya tunaikan mimpi kitorang nak tgk team ni g kebangsaan..^_^

    ReplyDelete