Thursday, March 22, 2012

andai dpt ku putar masa....

apa yg tak dak dlm dunia, suka duka, benci cinta, lapar kenyang... dunia, dunia, penuh ngan pelbagai ragam manusia....

bila diumumkan keputusan SPM 2011, aku sgt gembira pada anak2 pelajarku yg berjaya... walaupun hanya pd slip peperiksaan, yg menunjukkan akademik terbaik sejak mereka di bangku sekolah... 

gembiranya mereka bila diumumkan pelajar mendapat keputusan semua A utk SPM 2011... akhirnya penat lelah setiap hari menunjukkan hasilnya hari ini.... 

mmg akhir sekali, tak dak pun org akan ingat berapa A pun kita dpt... apa lg, bila selalu org sebutkan yg SPM cemerlang, tak semestinya akan cemerlang di masa hadapan... dan gagal SPM bkn beerti kegagalan sehingga ke akhirnya.... betul, mmg apa yg org katakan itu mmg betul...

tp, kalau sudah berjaya di peringkat SPM, kenapa tak cemerlang seterusnya...??? mana dpt sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya... mestilah usaha itu menjadi titik tolak utk berjaya, lebih2 selepas SPM... 

betapa sedihnya aku, bila melihat ank2 pelajar ku macam di'buta'kan, hingga kan terlupa, keghairahan mereka mendapat keputusan cemerlang lah, menyebabkan mereka belajar A, B, C, belajar mengeja, belajar 1, 2, 3, belajar mengira... tanpa itu semua, adakah mampu kita (atau aku sendiri) berada di mana aku berada sekarang..???

walaupun apa yg terjadi, sekalung TAHNIAH kpd calon SPM 2011 SBPIKP, yg berjaya dalam mendapat A yg byk dalam pengumuman keputusan SPM.... jgn lah dgn A yg byk itu korang jd riak, dan lupa asal usul diri.... sbb A tuh bukan boleh makan pun... lain lah kalau 'A'yam...

utk semua 20 org pelajar cemerlang SBPIKP, aku ucapkan selamat berjaya utk menempuhi hidup yg akan dtg... tp, bg yg lain, ingat gagal sekali itu bukan maksud gagal selamanya (tp A sikit maksud gagal ke..??).... teruskan USAHA mencapai yg lebih baik.... 

kerana usaha bukan berhenti sehingga zaman persekolahan shj... DUNIA luar sgt luas utk diterokai.... byk perkara yg akan ditempuhi.... 

kerana, kalau mampu aku buat, ingin sekali aku putar kembali masa ke zaman persekolahan, utk merasai sekali lg kegembiraan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.... 

2 comments: