Wednesday, July 16, 2014

tepung pelita

kali ni aku nak kongsi resepi lain pulak.... kalau kita 'search' dalam internet, kita akan jumpa macam2 versi resepi tepung pelita nih... ini bkn resepi aku amik dari mana2 blog masakan, tp, resepi ni aku amik dari mak aku...

kuih ni asalnya dari negeri Perak... masa mula2 aku kenal kuih ni aku panggil kuih Limas atau kadang2 org panggil kuih sampan (sbb kena ada sampan)... tp, bila di utara, org kat sini panggil TEPUNG PELITA... aku sebenarnya agak keliru ngan nama2 ni sebenarnya... tp biarlah, apapun nama kuih nih, yg pasti kita boleh makan, sudah...

BAHAN-BAHAN:

Badan:
4 cawan tepung gandum
8 cawan air pandan (kalau 1 cawan air pandan + 3 cawan air biasa pun boleh je.. tambahkan pewarna hijau, tp tak lah wangi kuih tu nanti)
1 cawan gula

Kepala:
1 ½ cawan tepung gandum
4 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

CARA-CARA:

1. Mula2 kena buat sampan dulu. Untuk buat sampan kena guna daun pisang. Tetapi disebabkan malas, aku guna je bekas dadih yang kecik tuh....
2. Sediakan pengukus.
3. Campurkan semua bahan utk badan kuih. Untuk mengelakkan bintil2 gunakan je 'blender'. 
4. Campurkan juga semua bahan utk kepala kuih. Untuk mengelakkan bintil gunakan je 'blender'.
5. Bila kukus dah panas, masukkan bekas dadih dan isikan 2 sudu teh gula di dalam bekas dadih tuh. Kukus kejap bagi gula tuh cair sikit.


6. Bila gula tuh cair sikit, baru tuangkan aduan badan td ke dalam bekas dadih tuh. Anggaran aku dalam 5 minit je kukus. 
7. Selepas 5 minit, bahagian badan dah keras, then masukkan pulak adunan utk kepala kuih tuh. Anggaran mengukus ialah 7-8 minit. 
8. Ulang semua proses memasak sampai lah semua adunan tuh abes.
9.  Bila kita nak makan nanti, kuih tuh akan basah sbb ada air gula yang terhasil sbb kita masukkan gula sebelum kukus tuh.

* kuih ni tak sedap makan panas2... bagi dia sejuk, baru best makan...
* bancuhan badan kuih yang warna hijau mmg lagi byk dari kepala kuih yang berwarna putih... pandai2 lah bahagi utk masuk dalam bekas.
* balutkan tudung pengukus dgn tuala bersih... utk elakkan air wap dari jatuh ke atas kuih.
* pengalaman aku pertama kali guna bekas dadih nih, selalu aku buat sampan daun pisang... jd butir gula yang aku masukkan sebelum kukus tuh agak kurang... jd kuih aku tak sebasah yg aku selalu buat..
* aku dpt hasilkan lebih kurang dlm 30 kuih dalam bekas kecik tuh...

No comments:

Post a Comment