Tuesday, June 23, 2015

journey to turkey... day 2 ~3 Jun 2014~

hari ni, hari kedua kami di Turki... hari ni segar lah sikit, dah berehat secukupnya... sarapan pagi bermula jam 7 pg di hotel tempat kami menginap... oooh, Subuh di sini masuk jam 3.30pg... jd pukul 7 tuh matahari dah tinggi segalah dah... eeerrr, takde lah segalah, itu hiperbola jer tuh, heheheheee....

kami turun ke lobi hotel dgn semua beg bagasi... lepas tuh, baru pergi utk menikmati sarapan pg... yang menarik perhatian aku kat hotel ni ialah lif hotel nih... dah lah kecik, dah tuh jenis yg kena bukak pintu lif baru boleh masuk...

kak zah, kak shima ngan kak ana jd model lif

dan lif ni paling maksimum boleh memuatkan 4 org jer pada satu2 masa... jenuhlah jgk nak menunggu giliran kalau ramai yang menunggu....

apa pun jom kita sarapan dulu lah...


kalau keju tuh, semua jenis keju ada kat situ... jem, semuanya diletakkan dalam mangkuk jer... dan sayuran hijau mmg tak terkecuali... makanan lain2 pun byk... aku amik sup, sbb sup kat sini sedap... tp, sup pagi ni aku rasa macam makan bubur cha-cha plak, heheheheee...

dah selesai makan, kami semua berkumpul kat lobi hotel utk menaiki bas ke destinasi lawatan pagi nih... sementara dok menunggu bas, kami pun amik kesempatan amik gambar kat depan hotel... wah sejuknya pagi2... cuma tak keluar asap je bila bernafas....


bila bas sampai, mulalah semua beg dimasukkan ke dalam bas.... tak sabar nak jalan dah pagi nih... bila beg semua dah masuk dalam bas, kami pun dah naik dan bersedia dalam bas, Karem pun memulakan bicara pagi nih...

Karem menceritakan serba sedikit tentang Bursa... yg mana Bursa juga sering dipanggil 'green Bursa' kerana pemandangannya yang segar dan menghijau... kami akan meninggalkan Bursa pagi nih... tp sebelum tuh, kami akan dibawa melawat ke satu masjid tertua di sini, 'grand mosque' kalau tak salah aku....

kawasan masjid ni sgt bersih dan cantik... masa kat dalam masjid ni, ada satu tempat yang menarik perhatian aku iaitu tempat wudhuk yang dibuat dalam bentuk air pancut yang sgt cantik...


dah melawat masjid dan bergambar semua, kami kemudian berjalan kaki menuju ke satu kawasan kedai, Koza Han.... tp, sbb kami di sini terlalu awal, kedai2 di sini masih lagi belum dibuka sepenuhnya... Koza Han bermaksud kedai sutera macam tuh lah...


byk tudung sutera yang dijual kat sini... ttp oleh kerana masa yang diberi terlalu singkat, aku mak aku jer yang masuk ke dalam, ayah aku dok diluar menunggu bawah pokok.... kebanyakkan tudung2 kat sini semua jenis bidang kecik, tp menarik... nak cari tudung berbidang besar agak payah.... bila dah jumpa, seronok pulak memilih... nasib baik masa yang diberi singkat, kalau tak abes semua kedai aku pusing...

selepas membeli belah kami diberitahu yang kami akan melawat di satu lagi masjid yang dipanggil Masjid Hijau.... pun nama ini diberi kerana marmar yang digunakan menampakkan warna hijau dari kejauhan... perjalanan agak lebih kurang sejam jugak lah utk ke 'Green Mosque' nih....

masa tgh dok berkumpul di luar perkarangan Koza Han, tiba2 Umair, ahli kumpulan kami yang darjah 3, dtg bertanya ttg tag nama... katanya tag dia hilang, ada nampak tak..?? Hj Muhammad ketua kumpulan kami pun melawak dgn Umair... "selalu kalau ada ahli kumpulan hilang tag nama, denda dia kena tinggal kat Turki"... pastuh ayah aku pun dok melawak jugak... tiba2 Umair menangis, wargghhhh....

semua org macam, terus buat macam2 nak pujuk si Umair... mak Umair pun pujuk sambil kata amik lah tag nama dia buat ganti... sekali tiba2 mak Umair terperasan yg tag Umair, dia yg pakai.... kami semua pakat tergelak... rupanya depa dah pi cari merata... tup tup, rupanya mak Umair yg pakai...

Umair pun dah dpt balik tag nama dia... dan kami pun naik bas dan bertolak ke destinasi seterusnya...

bila sampai, kami kena berjalan sikit utk ke perkarangan Masjid Hijau.... kemudian, diberi penerangan oleh Karem... lepas Karem abes cakap je, aku, mak dan ayah mencari tandas dulu... hahahahaa, aku rasa macam ini adalah tempat kunjungan wajib dalam ekplorasi nih... dah ke tandas barulah kami menjenguk masjid nih luaran dan dalam...

ada kawasan perkuburan raja di kawasan Masjid Hijau ni... tp kedudukan dia agak tinggi, kena mendaki tangga plak....


lepas melawat dan bergambar, kami semua pun menuju ke bas... tp sbb kedudukan bas agak jauh, so kami kena berjalan kaki menuju ke bas... sambil jalan2 tuh ada plak kedai2 kecil yang menjual cenderamata, berenti sekejap dan membeli beberapa cenderamata... ayah aku dah bising, so, aku pun x sempat beli byk....

perjalanan kami sekarang menuju ke Kusadasi, yang mengambil masa hampir 8 jam di dalam bas.... mak ehhh, jauhnya... Karem juga memberitahu, kami akan berhenti utk makan tengahari di Arkinsar iaitu pertengahan jalan ke Kusadasi....

kata Karem semakin keluar dari kawasan Bursa, warna hijau segar agak payah kelihatan... bentuk muka bumi dan iklim juga semakin berbeza dari Istanbul...

sambil2 dok mendengar cerita Karem sekali sekala, dok layan tepon... maklumlah dah ada wifi kan, kita layan whatapps lah... sambil menyampaikan berita kat adik di Malaysia ttg kesihatan mak ayah kat Turki waktu tuh...

akhirnya setelah lama gila dalam bas, kami pun tiba di destinasi kami utk makan tengahari hari nih iaitu di Arkinsar...


itu lah rupa kebab daging... yang aku suka setiap kali makan, mesti ada sayur... aku ni mmg suka gila sayur, dan sekali lagi sup tuh menepati selera.. selepas makan tengahari, kami solat dulu... sebab perjalanan kami jauh lagi utk menuju ke destinasi....

ada lagi beberapa jam utk sampai ke destinasi... ntah bila masa aku terpejam, lena.... bila sedar dari tido, kami dah hampir sampai... dan aku tertarik dengan tanaman hiasan di tepi jalan raya, iaitu pokok oren...



dan akhirnya, kami sampai ke hotel... dan pemandangannya, ya Allah, sangat cantik dengan laut membiru.... aku ngan kak Azizah dah 'plan' nak bergambar di tepi laut lepas dapat bilik nanti...


bestnya, pemandangan dari bilik ialah laut yang terbentang luas... sementara nak menunggu makan malam, kami pi bergambar di tepi pantai dulu...


dah abes bergambar, kami pun terus pegi utk makan malam... lapar dah nih.... menu wajib mesti ada keju, ada roti dan ada buah zaitun... masakan pun agak rasa berbeza berbanding di Istanbul... lebih rasa minyak zaitun.... 


dah selesai makan, jom balik ke bilik utk urus diri setelah seharian di dalam bas... esok kita memulakan pengembaraan yang seterusnya.... 

No comments:

Post a Comment