Monday, April 28, 2014

persediaan melancong ke Beijing...

pertama kali nak melancong ke Beijing, yg mula2 terbayang ialah Tembok Besar China... yg lain2 tuh aku rasa hanya pelengkap kepada acara melancong ke Beijing (pendapat aku je)... heheheheeee...

perjalanan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur - Capital Beijing mengambil masa 6 jam... bg aku, kurangkan waktu tido sebelum pi jalan2 tuh... pasalnya, nanti kita akan cepat ngantuk bila dlm flite tuh, nanti cepat sikit tertido, sedar2 dah sampai destinasi... hehehehehee

satu lagi, kalau boleh pakailah 'flight socks' bagi mengelakkan DVT atau nama panjang dia Deep Vein Thrombosis, atau senangnya, pemakaian stokin ni memudahkan aliran darah dari bahagian kaki ke otak... tak pasti kalau yg pernah lalui perkara nih.... simptom yang paling ketara ialah, kaki kita akan bengkak, dan selalunya kita cuma sedar masa dah mendarat... tp, biasalah, kalau teruk mungkin boleh menyebabkan kematian...

jangan lupa perkara utama, tukar duit ringgit malaysia ke mata wang China, Yuan atau kadang2 org panggil Remimbi... maklumlah mesti nak membeli belah punya....
tp, ada beberapa perkara kecil yang perlu dititik beratkan semasa melancong dan khususnya apabila berada di Beijing...

1. perlu sentiasa berhati-hati terutama ttg penggunaan wang Yuan... apa yg sentiasa diperingatkan ialah jangan suka utk membeli terutama dgn peniaga2 yang menjual di sisi jalan... menurut kata 'tour guide' kami, byk peniaga2 di sisi jalan tidak jujur terutama apabila memberi baki wang jualan... kerana mereka akan menukarkan wang tersebut kepada matawang lain yang lebih rendah nilainya dari Yuan, ttp mempunyai ciri fizikal yang hampir sama dgn Yuan... bkn lah semua, cuma kena ada sedikit sikap hati2...

2. kalau ke Beijing, mmg terpaksa utk berkunjung ke kedai yang di wajibkan oleh kerajaan China.... dan masalahnya ialah sampai 8 kedai nak kena pi... mak kau...!! tp, tolonglah jgn lah buat perangai tak mau turun dari bas kalau di bawa ke kedai2 tuh... yg paling penting ialah jgn lah terpedaya sgt dgn hasutan diaorg nih... diaorg pandai bg cair org wooo.. mesti ada yg akan membeli nanti... padahal kalau tak beli pun tak pe....

3. pastikan betul2 pakaian yang sesuai utk dipakai semasa berada di sini (China)... kalau boleh carilah maklumat ttg musim2 di negara yang kita akan lawati... kebetulan ketika aku dan rakan2 berkunjung ke negara China kali ni, musim bunga sudah menampakkan wajahnya... kerana pada tarikh yang hampir sama pd tahun sebelumnya, ketika aku di Korea, musim sejuk masih belum melabuhkan saljinya... cara pemakaian x kan sama semasa musim yang berbeza... masa musim bunga di sini, paginya agak sejuk dan menghampiri 10°C, ttp suhu pada tgh hari menghampiri 23°C jd bagi aku agak panas... jd bawak lah pakaian yang sesuai...

4. juga penting kalau nak ke tandas... jangan lupa ini negara org... so, cara mereka ke tandas sudah tentu tidak sama dengan kita... jangan lupa membawa botol kosong utk tujuan kita ke tandas, kerana tiada paip air di dalam tandas... satu lagi perkara ialah, mmg sgt jarang pintu tandas mereka ini boleh dikunci... jd, aku sarankan supaya ajaklah teman... bkn pasal apa, utk jd penunggu sat dpn pintu utk tujuan keselamatan, mksd aku satg tgh dok dlm tandas tiba2 ada yg pi 'ter'bukak pintu tandas, mau terkejut beruk satg...

5. aku dapati di Beijing tandas awam atau senang RnR susah utk didapati... kalau nak terkencing payah wooo, nak pi tandas, tandas plak tak dak... suka aku ingatkan supaya pi lah tandas sebelum perjalanan bermula... kalau hotel tempat kita menginap dkt dgn tmpat lawatan x de lah masalah sgt... tp, kalau kedudukannya umpama aku di Kedah kau di Johor, agak lama perjalanan tuh... paham2 lah kalau nak pegi tandas tp takde plak RnR...

6. dan paling kecil sekali, belajar2 lah cakap mandarin sikit... sbb semua org di Beijing, atau mana kawasan di China semuanya menggunakan perantara dalam bahasa Mandarin atau Hokkien... walaupun ada byk perbezaan dialek antara bahasa Mandarin yg ada di Malaysia dan di China sekurang-kurangnya lebih mudah utk berkomunikasi...

itu antara perkara kecil yang kena ambil berat sikit masa di Beijing nanti... ada perkara di luar kawalan kita, tp, seboleh-bolehnya kita ambil sedikit langkah berjaga-jaga... semoga kita dapat melancong dgn gembira...

1 comment:

  1. Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
    Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
    Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
    FULL SERVICES
    Hotel 3 Bintang
    Makanan Halal
    Driver humble
    Pemandu Pelancongan professional

    Sila contact Tiara Tours Indonesia
    Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
    Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
    Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
    Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
    Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
    Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
    Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari

    Note :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    ReplyDelete