Sunday, April 21, 2013

bercuti ke Ho Chi Minh (hari 2)

setelah berehat dgn selesanya, hari ni bermula perjalanan utk hari kedua plak... seawal pagi, kami semua turun utk bersarapan...


lepas sarapan, bermulalah perjalanan hari ni.. pg ni kami menuju ke terowong bawah tanah tinggalan tentera Vietnam iaitu 'Chu Chi Tunnel'... tak sabar nak jalan2 nih...


sampai kat sana, kami semua di bawa ke satu tempat utk mendengar taklimat mengenai penggunaan terowong bawah tanah ni semasa waktu perang dulu... mmg agak terpegun dgn kedudukan dan kepanjangan terowong bawah tanah tuh walaupun hanya berdasarkan peta...



setelah khusyuk mendengar taklimat dan cerita, sekarang masa utk melihat keadaan sebenarnya pulak... sambil2 berjalan, 'tourist guide' kami asyik bercerita.... byk betul penerangan dia...


kemudian sampai ke satu tempat lapang, kami ditunjukkan lubang tersembunyi utk masuk ke dalam terowong...



apa...??? macam mana nak terjun masuk dlm lubang sekecil itu..??? aku tgk mamat mat saleh tu cuba masuk pun aku rasa macam tersangkut dah... aku takut dia tersekat je... fuh, mmg waktu perang org boleh buat apa saja...

jalan2 lagi, sambil mendengar penerangan... kemudian sampai satu hentian yg tunjuk semua jenis perangkap yg di gunakan... huh, agak ngeri tgk semua perangkap2 tuh... sbb semua perangkap mesti akan ada buluh runcing kat bahagian dasar...


mmg tertipu dgn rupa... sekali terpijak, mesti terjatuh dan mati sbb kat dlm tuh ada buluh runcing atau pun besi yg tajam...


dan mmg tak best lah, kalau dah pi melawat terowong bawah tanah, tp tak rasa pengalaman berada dlm terowong... ada terowong yg dibuka utk pelawat2... rasanya ada yg perjalanannya 5 meter, 10 meter dan 15 meter... kami cuba terowong yg paling pendeklah...


mmg seksa gila... mmg semangat kental lah org2 yg sanggup duduk dalam terowong nih... dah lah cukup2 ruang utk jalan je, sempit gila...

dah abes melawat sekitar kawasan terowong, kami disajikan dengan ubi kayu rebus dgn air teh panas... sedap jugak makan ubi rebus sekali sekala...


dari terowong bawah tanah, bergerak utk makan tengahari dulu... dah kenyang, baru kami bergerak pulak ke muzium perang...


setiap tingkat di muzium ni menceritakan detik2 perang di antara tentera US dgn Vietnam dulu... byk gambar dpt dilihat pada setiap tingkat menceritakan kisah semasa peperangan... aku rasa nak nangis bila tgk gambar2 tuh... betapa perang sgt2 menyeksakan semua rakyat...




dah abes melawat muzium tuh, kami di bawa ke tempat penghasilan seni lakuer... sgt cantik hasilnya... bila tgk macam mana buat, rupanya menggunakan kulit telur yg dipecahkan kecil2, jadi serpihan lalu di lekatkan dan dijadikan bentuk dan gambar... mmg agak rumit dan penuh kesabaran... mmg sgt logik harga setiap barangan lebih dari RM100...




dan destinasi terakhir lawatan hari ni, ialah bangunan pejabat pos... masa kami sampai hujan renyai2... walaupun hujan, aku tetap bergambar dgn gembiranya...


aku sempat mencari poskad utk di jadikan cenderahati buat student2 aku nanti... lepas berjalan sana sini, perut pun dah lapar...



sebelum makan, tiba2 ada pengumuman kepada 2 org yg kebetulan menyambut hari kelahiran pada bulan Mei... wah wah, best, ada kek...


menyambut hari lahir di negara org... macam best jer...


lepas makan, balik semula ke tempat penginapan... kami di beritahu ada pasar malam di kawasan market Benthanh... tp, mata aku dah sgt mengantuk, rasanya esok lah kami jalan2 membeli belah...

berehat utk hari ini... esok kita akan mulakan operasi membeli belah... 

No comments:

Post a Comment