Tuesday, April 16, 2013

suka duka HKSBP 2013...

masa tiba ke HKSBP Zon Utara 2013 di SAINA, aku rasa hati pasukan perempuan dan lelaki mesti nak kekalkan kecemerlangan thn lepas... iaitu dinobatkan sebagai Johan Zon dan secara langsung akan mewakili Zon Utara ke peringkat kebangsaan...

setelah pelbagai masalah yg dihadapi, pasukan IKUPS menerima dgn hati terbuka dengan kedua dua pasukan kalah di peringkat separuh akhir... dan menutup peluang sekali lagi utk menjadi Johan Zon terutamanya kepada pasukan lelaki...

macam2 lah di hadapi sepanjang perlawanan nih... antaranya, masa perlawanan tertunda hanya kerana kehadiran pengadil yg lewat... pemain2 sudah bersedia di gelanggang... tanpa pengadil, perlawanan tak leh mula... perlawanan tak bermula, maksudnya, perlawanan seterusnya akan meleret...

pengadil kena lah sama2 paham dlm perkara nih... tak adil hanya satu pihak menunggu, cuaca bukan makin sejuk... matahari tuh melimpahkan sinaran.... sinaran matahari panas wooo (kot2 ada yg tak pernah rasa sinaran matahari, hehehehheee)...

kemudian terpaksa menerima kekalahan di peringkat separuh akhir... dan paling terasa bagi aku ialah undian semula yg dibuat akibat bantahan seorg yg tiada dlm taklimat sebelum pertandingan... ohhhh, malang sekali org itu, kerana aku pasti akan ingat sampai bila2...

apa pun semua sudah selesai... pada majlis penutup, sekurang2nya ada jugak nama IKUPS disebut walaupun hanya sebagai pemenang tempat ketiga bersama bagi kedua dua pasukan... aku nampak pengetua agak tersenyum bila diumumkan nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu naik ke pentas utk menerima sijil...



selesai semua upacara penyampaian hadiah di dewan besar, semua pelajar dan guru pun mula bersurai... tp, team perempuan masih tak puas bergambar... kali ni nak bergambar ngan Teh lah plak, sbb sepanjang perlawanan team perempuan, Teh tak dak memberikan sokongan dalam btk 'ayat2 suci' (hanya basketballer SBPIKP je dgr 'ayat suci' ni)...


dah amik gambar, semua pelajar pun pulang ke asrama utk amik makanan... semua guru pengiring makan tengahari di kantin... lepas makan, semua kontinjen pulang ke sekolah masing2...

suka dan duka mmg akan sentiasa bersama... tiada suka kalau tiada duka, tak menarik lah hidup kalau semuanya dgn suka je... terima kasih pada tuan rumah SAINA yg menjadi rumah kami selama hampir 3 hari...

semoga bintang akan bergemerlapan di masa hadapan... 

1 comment: