Friday, April 5, 2013

korea, here I come...

seronok, gembira nak jalan2 ke korea plak...

berhenti bergembira, nak kena pikir persediaan... aku akan pergi ke korea, dlm cuti pertengahan penggal bulan mac... maksudnya, musim di korea ialah di antara hujung musim sejuk (winter) sedang beralih ke musim bunga (spring)....

aku pun cuba 'google' dan tgk 'forecast' suhu di korea dlm bln 3... hah, yg paling rendah ialah -1°C... mak ehhhh, sudahlah aku ni tak tahan sejuk... ini nak kena sedia macam2 baju tebal nih...

utk sapa2 yg mungkin nak pegi berjalan2 ke negara 4 musim, terutama ketika suhu adalah rendah, perlu byk persediaan... bg sesiapa yg pernah pergi atau tinggal di negara2 4 musim ni sudah tentu arif dgn keadaan pada musim2 sejuk nih...

apa yg perlu ada:

1- 'long john' atau 'thermal wear' iaitu pakaian dlm yg mampu menahan suhu yg rendah... toksah lah kedekut sgt nak beli 'long john' nih... beli sehelai atau 2 helai boleh guna bila2 nak pi negara musim sejuk... harganya agak mahal, tp bkn nya kena beli sampai sepuluh helai...
2- 'winter coat'... ni kalau tak dak, mmg boleh mati kesejukan... sejuk musim sejuk bukan macam sejuk lepas hujan kat malaysia... teringat aku, ada org tegur aku asyik amik gambar tgn dok dlm poket... itu lah gaya paling biasa, sbb sejuk...
3-'face mask'... kalau setakat -1°C je, aku rasa tak perlu sgt benda nih... tp, kalau nak kena jalan2, hmmmm, sakit gak muka kalau kena angin sejuk nih... aku guna 'scarf muffler' aku je buat tutup muka...
4- pelembab bibir... mmg patut bawak, atau mmg patut ada... mmg bibir akan mudah pecah akibat dari sejuk....
5- losyen pelembab utk kulit... mmg tension dok kat tempat2 sejuk nih... kulit akan cepat kering... pakailah selalu, bukan sekali sehari...
6- tisu basah utk muka....
7- sebotol air... botol air ni bergantunglah, nak besar ka kecik... jgn ingat tmpat sejuk tak dahaga... mmg tak dahaga, tapi terhidrat yg amat sgt... kena minum air sgt byk... (minum byk nak ke tandas lak)...
8- aksesori yg diperlukan... selalunya aksesori hanya dipakai utk menambahkan kecantikan, tp, aksesori seperti sarung tgn, skarf, topi kepala dan stokin panjang sgt2 diperlukan...
9- 'hot packs'... aku rasa ini adalah antara yg agak penting... sbb tgn akan sentiasa sejuk dan mesti selalu masukkan dlm poket... dan kurang2 kalau ada 'hot packs' dlm poket, rasa selesa sikit...

dgn adanya semua tuh... aku sudah boleh berjalan ke korea... yeeeayyyy...

jom kita korea... 

No comments:

Post a Comment