Tuesday, May 8, 2012

"Reward" Cemerlang KImIA 2010....

terasa nak mengimbau kenangan 2010 lak... sbb dah alang2 bercerita ttg 'cemerlang kimia 2011', tak lupa jugak thn2 sebelumnya.... ini adalah program tahunan panitia kimia, dan lawatan ke Gua Tempurung ni adalah kali yg ke-4...

negeri Perak sgt besar, jd byk tempat2 menarik ada kat Perak... satu yg menarik perhatian aku ialah Gua Tempurung, Gopeng.... tak penah pegi pun sebelum nih, cuma byk mendengar cerita2 yg best dari rakan2 yg pernah masuk dan explore gua nih, termasuk dari kak dalina sendiri....

kami bergerak dari Bukit Kayu Hitam lepas solat Jumaat, dlm pukul 3 ptg... tp, sbb lokasi Gua Tempurung dekat Gopeng, jd kami semua menumpang tido di SBPI Gopeng....

perjalanan dari SBPI Gopeng ke Gua Tempurung dlm lebih kurang 15-20 minit je... macam biasa, lepas sarapan pagi, semua bertolak ke Gua Tempurung...


waktu tgh2 tunggu tuh, rasanya Syahid Anuar, mai kat aku dalam keadaan teruja...." ni kenapa lak nih?"... "cg, cg, pengacara remaja TV3 tuh"... rupanya, program remaja pun tgh buat shooting, apa ke nama pengacara remaja tuh ntah, lupa dah aku...

ada pelbagai pilihan pakej sebenarnya... tp, yg paling mencabar tentulah meneroka gua tuh iaitu pakej ke-4... dalam anggaran 2 jam utk menghabiskan perjalanan di dalam gua nih...


perjalanan awal cuma melalui anak2 tangga dan melihat binaan batu2 stalakmit dan stalaktit (betui ke eja).... dan macam biasa mesti mengabadikan kenangan dalam gambar....

ini ialah gambar yg di ambil sebelum kami memulakan perjalanan merentas gua...

bila mula turun je tangga dan sampai ke lantai gua, pengembaraan yg sgt2 best bermula... tp, aku tak rakamkan dalam kamera sbb lantai gua dipenuhi air...



aku tak nak memper'judi'kan nasib kamera aku utk 'mandi' di dalam air gua tuh... huiiiih, bkn murah nak beli kamera....

makin lama makin gelap, dah mula masuk ke 'perut' gua'.... mmg bergantung pada lampu suluh yg kami bawak... mmg sgt adventurous.... dari jalan yg landai, sampai mengelungsur turun dari batu yg tinggi, merangkak dengan air mengalir.... best gila...!! kalau nak tau, kena rasa sendiri lah...

hampir 2 jam kami di dalam gua yg gelap tuh, baru lah jumpa tempat rehat yang pertama...







dari perhentian nih, kami semua bergerak semula utk ke penghujung gua... dari atas batu, kena terjun ke bawah... dari atas kena turun bawah ikut lubang kecik... jd kena tunggu sorg2 utk lolos dari lubang tuh....


dan bila semua org dah berkumpul, semua pun teruskan perjalanan.... tak terasa perjalanan, rupanya hampir 2 jam jugak dari perhentian td ke pintu keluar gua....

disebabkan perjalanan tuh asyik berendam ngan air sungai je, tapak kasut aku pun tercabut.... fuuhhhh, nasib baik dah dekat2 hujung perjalanan... kalau tidak seksa nak jalan tak dak kasut...!!!

tp, bila nampak cahaya matahari, rasa macam satu nikmat.... seronoknya nampak cahaya....





dah sampai, dah sampai.... 4 jam rupanya kami berada dlm gua tuh.... walaupun pengembaraan kecil ni lebih kepada 'hadiah' utk pelajar yg cemerlang kimia, namun ada byk pengajaran yg boleh diperolehi....

kurang2 nya aku amat bersyukur, manusia menciptakan rumah sbg tempat tinggal, berbanding zaman paleolitik dulu, manusia tinggal dalam gua.... betapa indahnya sinar matahari, sbb bila dok dlm gua tuh, gelap gelita....

belajar erti BERSYUKUR...

selepas membersihkan diri setelah seronok bermain air dalam gua, kami pun bergerak pulang ke Bukit Kayu Hitam membawa kenangan....

tak rugi kalau belajar rajin2.... sbb akan ada balasan utk setiap pengorbanan.... dan jgn merungut pulak kalau tak dak balasan yg diterima.... kan, kan, kan...???

All ThE BEsT....

3 comments:

  1. nak jugak hadiah!!! hahahha

    best budak2 ni... cikgu bawak depa p jenjalan...

    =)

    ReplyDelete
  2. Cam seronok ja p redah gua,
    saya pun tak pnah lagi masuk gua~

    Selamat Hari Guru, cikgu!
    Semoga cikgu terus mendidik anak-anak murid cikgu ke arah kejayaan dunia & akhirat, sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan Allah dan rahmatNya sentiasa menemani cikgu!

    ReplyDelete
  3. yg lubang tikus tu plg mencabar...haha best2

    ReplyDelete