Tuesday, March 6, 2012

bahasa isyarat....

waktu berhenti utk solat Maghrib di Hentian Gurun baru2 nih, terlihat kepada 2 org perempuan yg berbicara dalam bahasa isyarat... asyik melihat gelagat mereka bercakap... mencuit sesama sendiri kalau salah seorg tidak melihat kepada yg sedang berisyarat...

sedihnya tak dak suara utk memanggil kawan sebelah, kalau kawan tak tumpukan perhatian pada apa yg kita cakap... kemudian dia mencuit plak ayah dia rasanya... memberitahu sesuatu, kot....

kemudian aku terfikir, macam mana dia nak membeli barang, terutamanya kalau makanan lah... bukan semua org tau guna bahasa isyarat... ye lah, bahasa inggeris pun bukan semuanya reti nak cakap, apa lagi bahasa isyarat... kalau ada kertas menu, kurang2 boleh tunjuk2 je... tp, kalau nak bgtau tak nak pedas ka, jgn bubuh ayam ka, kurang ais ka, kurang manis ka... macam mana yek..??

pentingkah kita nak belajar bahasa isyarat nih...??? aku masih terfikir, kalau lah ditakdirkan aku dapat anak yg kekurangan dari segi suara, mmg aku akan terpaksa belajar bahasa isyarat.... dan selalunya, hanya keluarga yg ada anak2 istimewa seperti ini je yg akan tau guna bahasa isyarat dan cikgu yg mengajar sekolah2 khas lah...

teringat aku masa aku darjah 4 dulu... ada aku belajar bahasa isyarat yg digunakan utk huruf A, B, C... sampai situ je lah aku belajar...


setakat belajar A sampai Z, boleh lah kan... jom belajar...

3 comments:

  1. dh try praktik dh mahaguru..
    buleh cramp jari jgak la
    hadoi ssah..insaf slama ni kufur nikmat suara

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... nikmat tuh tiada nilai dgn wang ringgit...

      Delete
  2. heehee dah follow cgu =p

    lepas ni klu ada crita2 apa2 bolehla update sini.. xla setaon sekali baru nak g skolah tanya pastu crita sampai xdan nak buat bnda lain..hehe

    ReplyDelete